CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hari Bahagia Bertukar Tragedi, 16 Wakil Rombongan Pengantin Maut Disambar Petir

5-8-2021 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2422| Komen: 13

Sekurang-kurangnya 16 maut dan beberapa yang lain cedera di barat Bangladesh selepas mereka disambar petir.

Menurut pegawai kerajaan tempatan, Sakib Al-Rabby, insiden berlaku pada Rabu ketika rombongan pengantin lelaki dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan di Shibganj dalam daerah Shapainawabganj.



Gambar hiasan

Jelasnya, rombongan berkenaan baru sahaja meninggalkan bot yang dinaiki mereka untuk mendapatkan perlindungan sebelum disambar petir.

Tambahnya lagi, pengantin lelaki turut cedera dalam kejadian tersebut.

Kawasan ini terletak kira-kira 245 kilometer dari barat laut Dhaka.

Monsun tahunan kini sedang mendominasi sebahagian besar kawasan di Bangladesh.

Setiap tahun lebih daripada 200 orang kebanyakan daripada golongan petani terbunuh akibat disambar petir.

Pakar mendakwa pencemaran udara dan pemanasan global menyumbang kepada peningkatan kekerapan serangan kilat di negara itu.



Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 5-8-2021 12:46 PM
Takziah kpd keluarga.

Taktau ramai disambar petir setiap tahun..

Setiap tahun lebih daripada 200 orang kebanyakan daripada golongan petani terbunuh akibat disambar petir.
Quote matbad 5-8-2021 12:47 PM
ramainya yg meninggal sambar petir. sini ada jgk tp jarang dgr
Quote lasagnaklcc 5-8-2021 01:03 PM
Kena sambar sbb duduk bwh pokok ke? Sekali ramai mati.
Quote nakkomenjugak 5-8-2021 01:17 PM
takziah kepada yang terlibat
donya makin tenat
Quote Artemesiaa 5-8-2021 01:19 PM
Dari suka bertukar duka takziah buat keluarga mangsa
Quote Supersirap 5-8-2021 01:38 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote Sakurahana 5-8-2021 01:40 PM
Alahai..kesian ek. Hari bahagia betukau jadi hari yg menyedihkan. Kalo diorang ni sambut anniversary mesti teringat peristiwa petir ni kan..
Quote Whitepinkrider 5-8-2021 02:03 PM
takziah kepada mangsa
Quote OyenLemas 5-8-2021 04:27 PM
takziah pada keluarga. kalau dah tiap2 tahun ade kes. yela. sekalipun ajal maut ditangan tuhan. takkan kerajaan tak buat sesuatu kt tpt tuuuu. hmmm bangladesh kenn.
Quote MontanaHannah 5-8-2021 04:39 PM
dah lah hitam melegam kena petir pula


dajjei sungguh laaaaaaaaaaaaa

selamat Malaysia

kalau tidak lepas menikkah mesti naik tongkang dtg Malaysia sebagai pendatang haram
Quote naina 5-8-2021 04:52 PM
Dorang takda sistem tanam wayar bumi dalam tanah kot. Kita jarang2 ada Sebb dah ada sistem cmtu dari dulu.
Quote Ayda89 5-8-2021 05:00 PM
Kesiannya perantin….
Quote sabundettol 5-8-2021 06:59 PM
Takziah buat pengantin

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.210983 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top