CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenapa Pula Saya Nak Sokong Mereka Yang Gagal Tahap World-Class? - Najib

5-8-2021 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1922| Komen: 17

Description: Datuk Seri Najib Razak secara sinis berkata, sudah terbukti mereka perlu membodek Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika mahu kes digugurkan bukan melawannya dengan menarik sokongan.
Datuk Seri Najib Razak secara sinis berkata, sudah terbukti mereka perlu membodek Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika mahu kes digugurkan bukan melawannya dengan menarik sokongan.

Bekas perdana menteri yang sering dikaitkan sebagai Kluster Mahkamah itu menegaskan, nama seseorang tidak dapat dibersihkan sepenuhnya sekiranya kes digugurkan begitu sahaja sebaliknya ia perlu melalui proses perbicaraan penuh, telus supaya kebenaran boleh muncul.


Kredit foto: Reuters

”Seperti kebenaran-kebenaran yang sudah pun terbukti dalam perbicaraan mahkamah saya bahawa dana yang sering disebut RM2.6 bilion itu sudah dipulangkan kepada penghantar empat bulan selepas diterima, bahawa saya terima RM642 juta terus dari akaun bank kementerian kewangan Arab Saudi dan disedekahkan sepenuhnya, bahawa wang RM42 juta berkait SRC juga disedekahkan sepenuhnya – bukan untuk kegunaan peribadi dan fakta bahawa RM114 juta yang dirampas dari saya adalah dana PRU-14 UMNO dan bukan dana dari sumber 1MDB atau sumber haram.


”Berani kerana benar. Itu pendirian saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Najib berkata, Muhyiddin perlu faham keputusan untuk tarik sokongan dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO yang berpuluh orang ahlinya serta pendirian akar umbi semasa Perhimpunan Agung UMNO bahawa UMNO tidak mahu berpakat dengan parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Tegas beliau, keputusan itu bukan keputusannya seorang.

Najib tidak lagi boleh menyokong Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara kerana tidak boleh memaafkan kesilapan demi kesilapan yang terlalu jelas bagi dasar dan langkah kawalan Covid-19 yang langsung tidak masuk akal sehingga ramai nyawa terkorban dan negara menjadi antara paling parah dilanda Covid-19 di dunia.

Menurutnya, Malaysia tidak akan menjadi paling parah dalam dunia tanpa sebab atau tanpa kesilapan kerajaan yang amat besar.

Malaysia menjadi satu-satunya sahaja negara dalam dunia yang isytihar darurat untuk gantung Parlimen tetapi Covid-19 menjadi 10 kali ganda lebih teruk dan pasaran saham kita jadi kedua paling corot dalam dunia di belakang Venezuela.

Bahkan, Malaysia menjadi satu-satunya negara sahaja dalam dunia yang melakukan sekatan pergerakan paling lama tetapi kes jangkitan Covid-19 semakin tinggi.


Loading FB Post...

”Itu pun belum cukup bagi mereka. Lagi mahu menipu dalam parlimen serta derhaka pada YDP Agong dan Raja-Raja Melayu.

”Kenapa pula saya nak sokong lagi mereka yang gagal tahap world-class sehingga terlalu ramai nyawa terkorban? Kenapa pula saya nak sokong mereka yang jelas derhaka pada Raja-Raja Melayu?” soal Najib lagi. 


Sumber: MalaysiaGazette
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 5-8-2021 01:04 PM
Banyak munyikk betol jibby.
Pak lah jugak aman2 jah tengok kemelut Malaya
Quote OyenLemas 5-8-2021 01:33 PM
ko punya gagal tahap apa? universe ???
Quote hatikudus 5-8-2021 01:43 PM
income tax tertunggak dah byr ke belum? byr cepattt
Quote Itzy 5-8-2021 01:46 PM
OyenLemas: ko punya gagal tahap apa? universe ???

hahahah betul tu, dia punya gagal lagi teruk, habis jatuh menjunam ringgit. Tak pasal2 semua barang naik harga tambah dgn pengenalan gst dia, time nak buat gst dia siap salahkan anwar ibrahim yg perkenalkan gst bahahaha. Jibby betul2 anak didik atok Madey. Atok Madey dendam dan selamanya salahkan Anwar, sekarang Jibby pulak. Parok! Jibby dendam sakit hati dgn muhyidin sampai gugur pecat muhyidin dari kerajaan  umno dulu. Kemudian dia lantik zahid pulak, bila jatuh tegolek kerajaan pimpinan jibby,  zahid pun nak lawan muhyidin sebab tak puas hati midin dpt jadi pm walau dh dipecat.
Quote MissVixen 5-8-2021 01:54 PM
Pot pet pot pet dalam fb. Dalam parlimen diam. Duit banyak, pergi bantu orang pekan. Aku ikut jalan dari chenor ke pekan tu ramai orang susah. Dinding pun kayu reput.
Quote jas7512 5-8-2021 01:58 PM
MissVixen replied at 5-8-2021 01:54 PM
Pot pet pot pet dalam fb. Dalam parlimen diam. Duit banyak, pergi bantu orang pekan. Aku ikut jalan  ...

Pekan lah patutnya xde org miskin..dahlah bandar diraja...rakyat msia ni klu seme pemimpin or wakil rakyat amanah rasanya mesti dah 0 kemiskinan....dgn syarat rakyat pun kn  rajinlah
Quote Whitepinkrider 5-8-2021 02:00 PM
ape je lah bosskurrrr. org risau bnda lain naw naw
Quote otai_g 5-8-2021 02:02 PM
Blk2 nak banding dgn venuezela. Teruk sgt ke negara venezuela tu?

Ntah2 venuezela tu lg maju dan hebat dr msia ni.
Quote amira_adlina 5-8-2021 02:03 PM
Walau ape salah najib, kerajaan abah cow lebih teruk melibatkan beribu nyawa rakyat dan tekanan hidup rakyat skrg disbbkn pengurusan covid xmembuahkan hasil dah tu xmau plk dibhskan dan dipersoalkan
Quote doubleharmonic 5-8-2021 02:08 PM
see my level. world class only. prestigious life berkepok kepok why bother
Quote Olumis 5-8-2021 11:55 PM
Go go power rangers
Quote Orix 5-8-2021 11:57 PM
hahahaha... world class ko
Quote malaysiaku123 6-8-2021 12:05 AM
Aku tetap salahkan PN kali ni..
Jadah oi 20k dah..anak2 nasi yatim piatu scr tiba2..sapa nk bela? Oi bodo la…nyawa skrg ni..
Lantak p sapa jd pm pun..aedihlaaaa
Quote axl_bach 6-8-2021 12:10 AM
Giler btol Najib ni, nmpk gaya from zero to hero to zero balik ni....

Ramai dah walaunmuda yg dulu berbossku kulu berbossku kilir dah malu2 nk share page Fb dia
Quote Mulotkoyak 6-8-2021 12:36 AM
nakkomenjugak: Banyak munyikk betol jibby.Pak lah jugak aman2 jah tengok kemelut Malaya

Pak lah xlarat dh.. Nyanyok memnjg
Quote cm_vungtau 6-8-2021 12:38 AM
Najib zaman dia dulu bursa Malaysia the longest bull run in the world la. Memang jauh beza dengan bursa sekarang makin lama makin corot. Venezuela tu dia bezakan sebab Venezuela selalu jauh kat bawah. Masa Najib dulu banyak investor masuk.
Quote zeed 6-8-2021 12:53 AM
Itzy replied at 5-8-2021 01:46 PM
hahahah betul tu, dia punya gagal lagi teruk, habis jatuh menjunam ringgit. Tak pasal2 semua baran ...

Sebab study pasal gst tu dah buat lama dari tahun 90an. Of course la dia cakap gitu. Aku dulu pun tak caya dgn dia. Tapi bila involved gst n baca papers related to the study barulah paham.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.058140 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top