CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan Bandingkan Hafiz Suip Dengan Syamel

5-8-2021 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4695| Komen: 20

Description: Penyanyi popular Hafiz Suip boleh dikatakan cukup bertuah kerana sudah berduet dengan beberapa penyanyi wanita terbaik tanah air termasuk luar negara.
Penyanyi popular Hafiz Suip boleh dikatakan cukup bertuah kerana sudah berduet dengan beberapa penyanyi wanita terbaik tanah air termasuk luar negara.

Antaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Rossa, Misha Omar, Faizal Tahir dan Adira. Terbaharu, Hafiz yang muncul dengan single Berakhirlah Pencarianku berduet dengan Ernie Zakri.



Kredit foto: IG Hafiz

Bagaimanapun, Hafiz, 31, atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip berkata, dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat mahupun memilih rakan duet.

Menurut Hafiz, dia tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan rakan duetnya, sebaliknya tanggungjawab itu diserahkan sepenuhnya kepada syarikat rakaman Nova Music.

"Saya tidak pernah memilih rakan duet dalam projek ini. Tugas saya hanya menyanyi dan soal rakan duet semuanya urusan pihak label kerana mereka yang membuat perbincangan dan mempunyai kuasa memilih.


"Walaupun pernah memenangi anugerah saya tidak pernah meletakkan sebarang syarat siapa yang boleh menyanyi dengan saya. Semua orang boleh menyanyi dengan saya. Siapa saya untuk meletakkan syarat sebegitu?" katanya.

Dalam pada itu, Hafiz turut memohon supaya peminat tidak membandingkan dirinya dengan penyanyi Syamel yang juga suami Ernie dalam lagu Goodbye Hello.

"Saya akan buat tidak kisah jika dibandingkan kerana kita tidak akan hidup yang mahu melayan kehendak semua orang. Saya hanya ambil perkara positif," katanya.



Dalam perkembangan lain, Hafiz mengakui turut terkesan kerana pandemik Covid-19.

"Tipu jika saya kata tidak terkesan, semua orang terkesan musim pandemik ini. Cuma saya cuba elak untuk bercerita mengenainya. Pernah berlaku seorang anak seni cuba meluahkan apa yang ditanggung, tetapi menjadi tanggapan lain pula.

"Semua orang dalam kesempitan, dalam keadaan sekarang ini apa yang boleh saya katakan lebih baik berdiam dan fikir apa yang kita boleh lakukan untuk menambah pendapatan.

"Saya bernasib baik mempunyai perniagaan makanan dalam talian bersama isteri," katanya yang berniaga makanan Sarawak seperti Mee Jawa Sarawak dan Laksa Sarawak.



Menurut Hafiz, tiada gunanya jika terus merintih kerana nasib seseorang ditentukan menerusi tindakannya pada hari ini.

"Memang susah kerana bidang nyanyian perlu mengumpulkan ramai orang dan perkara terbabit agak mustahil untuk dilakukan dalam musim pandemik ini.

"Sebelum ini ada yang kata mahu mengadakan acara secara virtual, namun belum ada sebarang hasil. Jadi, saya sendiri tidak tahu nasib sebagai penyanyi.

"Bukan saya sahaja, orang berpendapatan tinggi turut terjejas apatah lagi orang biasa. Saya berharap kita semua kuat dan terus berdoa supaya pandemik ini segera berakhir," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zack8hunter 5-8-2021 03:30 PM
ok jer dia dpt berduet dgn nama2 besar..sbb vocal dia pun pd league yg sama..
Quote Kurex 5-8-2021 03:58 PM
Kalau apis ni ada scandal dgn ernie baru dikatakan gosip. Ni la akibat bagi sgt muka dekat jizklongklong & reput belaan dia. Maksud gosip pun dorang tak tau
Quote OyenLemas 5-8-2021 04:31 PM
eh mana ade banding kan. tak terbanding laa. suara syamel lg sedap kakakakakkakaa
Quote Whitepinkrider 5-8-2021 04:32 PM
kurus mcm sakit ke sakit tu yg kurus
Quote slyfynx 5-8-2021 05:16 PM
Waaaa, gosip sgt
Quote biozipstar 6-8-2021 01:01 PM
betul dia ni kurus dia lain... moga selalu sihat... good luck
Quote RatuDunia94 6-8-2021 05:14 PM
X berapa best lagu duet heols dgn ernie tu..
Quote ekmal_sorrow 6-8-2021 05:15 PM
sohai 2.0

next sohai 3.0  - hiqieqie rusly
Quote twins 6-8-2021 09:19 PM
pada aku .. suara hafiz & suara syamel dua-dua sedap giler...
hafiz kalau lagu melancholic mendayu2 memang  meremang  bulu tengkuk... memang layannn...
syamel pulak kelebihan dia suara dia husky... husky yg lembut & sangat sedap didengar..
kalau suruh pilih siapa lagi sedap.. aku bagi markah seri sebab memang tak boleh nak pilih... sedap & dalam kelas tersendiri.... Khai Bahar yg dok diwar2 selalu dapat artis meletop la popular la... hanya sekadar popular sbb fans dia undi giler2.. tapi dari segi kualiti suara aku rasa dia tak mampu lawan Hafiz & Syamel......
Quote NEmma 6-8-2021 09:43 PM
Lagu & lirik kureng sikit kali ni.
Quote edoraixora 6-8-2021 09:50 PM
Lagu syamel & ernie tu, goodbye hello ke apa tajuknya..melodi dia macam sama pulak dengan lagu madison beer, reckless tu.
Quote apech 6-8-2021 11:30 PM
Nak OT sket boleh? Selalu buat kerja repair dekat rumah diorang ni. Sepanjang tu ada la terserempak , dan dia ni bukan jenis menyombong. Tak de buat muka sombong ke apa ke. Mcm rakyat marhaen biasa, tegur mcm biasa. kita pun takde la tanya, buat2 mcm taktau pun dia tu hafiz suip.  Selamba je jalan sana sini tak berbaju. Ok la tu kan? Ada sesetengah retis ni kekwat kemahen.

Cuma....mak ayah mentua dia yg mcm kekwat sikit. Macam je la....kang kena saman plak.

Tang payment, ok bukan jenis kedekut tekan harga. Ok la tu kan? Kalau tak takkan masih dipanggil sampai sekarang..

Quote tunangku 6-8-2021 11:41 PM
apech replied at 6-8-2021 11:30 PM
Nak OT sket boleh? Selalu buat kerja repair dekat rumah diorang ni. Sepanjang tu ada la terserempak  ...

mak mertua hafiz mcm org have2 kan
bisnes gitu

hafiz mmg sgt naif
penah jumpa dia masa umur dia 19 tahun.baik sgt

ayah dia oun guru besar je.. mak tak keja
sbb tu dia baik.
Quote apech 11-8-2021 12:36 PM
tunangku replied at 6-8-2021 11:41 PM
mak mertua hafiz mcm org have2 kan
bisnes gitu

Ya mertua dia have2. Driver bertukar ganti, semua tak tahan.

Oppss sori ter OT lagi.
Quote tunangku 11-8-2021 08:25 PM
apech replied at 11-8-2021 12:36 PM
Ya mertua dia have2. Driver bertukar ganti, semua tak tahan.

Oppss sori ter OT lagi.

kat KL ke kat Kuching
kat KL ek
Quote nuralisa 11-8-2021 09:57 PM
edoraixora replied at 6-8-2021 09:50 PM
Lagu syamel & ernie tu, goodbye hello ke apa tajuknya..melodi dia macam sama pulak dengan lagu madis ...

Kan ..kdg2 aku nyanyi part hello tu eh mcm sama
Quote enot_sibudak 11-8-2021 10:01 PM
apech replied at 11-8-2021 12:36 PM
Ya mertua dia have2. Driver bertukar ganti, semua tak tahan.

Oppss sori ter OT lagi.

menarikkk. cer tumpah kan tea lagi.. aiol malas nk lap lagi tea yg tumlah skit td... hahahahaha
dak piss.. iolls suka u lg dr syamelll... sori bg mel
Quote fazila17 11-8-2021 10:24 PM
Suka hafiz

Tak minat syamel and ernie

So far tak dengar habis lagi lagu duet hafiz/ernie.. dengar sikit je dan tak menangkap telinga
Quote apech 11-8-2021 11:50 PM
tunangku replied at 11-8-2021 08:25 PM
kat KL ke kat Kuching
kat KL ek

USJ Subang. Rumah pak mertua diorang yg dekat sini

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.096690 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top