CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bangga Proton Saga 1989 Menang Anugerah Kereta Klasik Di Britain

5-8-2021 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2638| Komen: 17

Description: Kemenangan tidak diduga seorang pemilik kereta Proton Saga di Britain, Jon Coupland pada Ahad lalu diperkatakan ramai warganet di negara itu selain Malaysia.
Kemenangan tidak diduga seorang pemilik kereta Proton Saga di Britain, Jon Coupland pada Ahad lalu diperkatakan ramai warganet di negara itu selain Malaysia.

Pegawai polis berusia 30 tahun itu dilaporkan media Britain terperanjat apabila kereta lama berusia tiga dekad tersebut mampu menewaskan 49 pesaingnya.


Uniknya, model Saga yang dijenamakan sebagai Black Knight 1.5 GL untuk pasaran kereta jenis sedan Britain itu hanya ada 201 unit berjaya dijual di negara berkenaan pada 1989.

“Rakyat Malaysia tentu bangga!” ciap pengguna akaun sosial Twitter di Britain yang dikenali sebagai Jemboolo Doborbalah sebelum dibalas beliau semula dengan ucapan terima kasih.


JON COUPLAND bergambar dengan Proton Saga yang diumumkan menjuarai Concours de I’Ordinaire di Lincolnshire, Britain baru-baru ini. – Foto Twitter Jon Coupland

Acara tahunan yang bermula sejak 2014 itu menyaksikan pelbagai jenama kereta klasik dari 1968 sehingga 1989 untuk diadili enam juri bagi merebut anugerah Concours de I’Ordinaire.


Festival Hagerty itu berlangsung meriah di pekarangan istana Grimsthorpe berusia 505 tahun di Lincolnshire dengan mendapat liputan luas pelbagai media antarabangsa terutama Eropah.

Menerusi ciapan dalam akaun dirinya, Coupland menulis: “Anda mungkin tidak percaya yang saya sendiri pun masih lagi tidak percaya akan menang sebab persaingan memang sengit!”

Menariknya, kereta terpakai itu dibelinya pada 2019 lalu dan beliau pula merupakan pemilik ketiga setelah tuan punya asalnya menyimpan kenderaan tersebut dalam garaj sejak 1993.

Pemilik pertama ujar beliau, hanya memandu sejauh 5,794 kilometer sebelum jatuh sakit dan dibeli pemilik kedua pula pada 2017 dengan jarak keseluruhannya cuma 16,093 kilometer.

Disebabkan minat dengan kereta lama itu, beliau bahkan memiliki dua buah lagi model sama yang juga berwarna hitam iaitu 1.5 SE LE dan 1.3 GLS di kediamannya di Boston, England.

“Spesifikasi model ini cukup asas iaitu tidak dilengkapi stereng berkuasa, tiada bumbung suria dan tingkap masih tuil manual lagi selain radio kaset jenama lama Blaupunkt,” jelas Coupland.

Proton Saga mula dilancarkan pada 1985 dan sehingga kini, sejumlah 1,834,454 unit model sedan segmen A itu dengan terbaharu generasi ketiga, sudah pun dijual di 29 buah negara.

Model asal direka bentuk berasaskan Mitsubishi Lancer Fiore dari Jepun dan dibangun di kilang Proton di Shah Alam, Selangor dengan unit pertama dihadiahkan kepada Muzium Negara. 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 2-8-2021 02:23 PM
Cantik cat dia. Tak de bikin melampau.. Dalam pun cantik lagi mcm asal.
Quote Artemesiaa 2-8-2021 02:28 PM
Masih nampak cantik terjaga kalau kat sini dah macam kedai besi buruk bergerak
Quote nakkomenjugak 2-8-2021 02:38 PM
kalau kat sini

dah jadik besi buruk
masih ada tapi cat da tanggal
Quote edayildiz 2-8-2021 02:45 PM
kat malaysia dh xjmpa kan proton saga yg jenis ni..wira ada jmpa satu dua jer kt jalan..
Quote Firenzza 2-8-2021 02:55 PM
nakkomenjugak replied at 2-8-2021 02:38 PM
kalau kat sini

dah jadik besi buruk

Klau x silap sultan johor ada simpan lg yg 1st model
Quote Rockafella 2-8-2021 02:57 PM
Kereta lama kalau dijaga dengan baik, memang nampak cantik. Teringin nak memilik kereta Honda City first edition
Quote batmana 2-8-2021 03:13 PM
https://twitter.com/flaneurUK/status/1421536957134426112/photo/2

bersih btul dlman..

Quote JohnyEnglish 2-8-2021 04:01 PM
knp kete proton saga yg baru2  ni lebih buruk dari yg first edition?
Quote Supersirap 2-8-2021 10:26 PM
tahniah diucapkan
Quote akmal 2-8-2021 10:40 PM
Firenzza replied at 2-8-2021 02:55 PM
Klau x silap sultan johor ada simpan lg yg 1st model

Btul..yg dia bwk madey round dlm kete tu .madey simpa lg lex saga..
Quote Decaffeinated 2-8-2021 11:21 PM
Ia merupakan satu acara khusus bagi menghargai model-model kereta yang unik dari era 60-an hingga 90-an.


Saga ni tahun 90'an tapi mengalahkan model 60'an peraduan kereta antik

Sorry for laughing - don't mean to be disrespectful

Quote mylia 2-8-2021 11:37 PM
Hmm.. tahniah jelah
Quote CARI-MAL 5-8-2021 03:53 PM
Kemenangan tidak diduga seorang pemilik kereta Proton Saga di Britain, Jon Coupland pada Ahad lalu diperkatakan ramai warganet di negara itu selain Malaysia.


Pegawai polis berusia 30 tahun itu dilaporkan media Britain terperanjat apabila kereta lama berusia tiga dekad tersebut mampu menewaskan 49 pesaingnya.


Uniknya, model Saga yang dijenamakan sebagai Black Knight 1.5 GL untuk pasaran kereta jenis sedan Britain itu hanya ada 201 unit berjaya dijual di negara berkenaan pada 1989.


“Rakyat Malaysia tentu bangga!” ciap pengguna akaun sosial Twitter di Britain yang dikenali sebagai Jemboolo Doborbalah sebelum dibalas beliau semula dengan ucapan terima kasih.




JON COUPLAND bergambar dengan Proton Saga yang diumumkan menjuarai Concours de I’Ordinaire di Lincolnshire, Britain baru-baru ini. – Foto Twitter Jon Coupland





Acara tahunan yang bermula sejak 2014 itu menyaksikan pelbagai jenama kereta klasik dari 1968 sehingga 1989 untuk diadili enam juri bagi merebut anugerah Concours de I’Ordinaire.


Festival Hagerty itu berlangsung meriah di pekarangan istana Grimsthorpe berusia 505 tahun di Lincolnshire dengan mendapat liputan luas pelbagai media antarabangsa terutama Eropah.


Menerusi ciapan dalam akaun dirinya, Coupland menulis: “Anda mungkin tidak percaya yang saya sendiri pun masih lagi tidak percaya akan menang sebab persaingan memang sengit!”


Menariknya, kereta terpakai itu dibelinya pada 2019 lalu dan beliau pula merupakan pemilik ketiga setelah tuan punya asalnya menyimpan kenderaan tersebut dalam garaj sejak 1993.


Pemilik pertama ujar beliau, hanya memandu sejauh 5,794 kilometer sebelum jatuh sakit dan dibeli pemilik kedua pula pada 2017 dengan jarak keseluruhannya cuma 16,093 kilometer.


Disebabkan minat dengan kereta lama itu, beliau bahkan memiliki dua buah lagi model sama yang juga berwarna hitam iaitu 1.5 SE LE dan 1.3 GLS di kediamannya di Boston, England.


“Spesifikasi model ini cukup asas iaitu tidak dilengkapi stereng berkuasa, tiada bumbung suria dan tingkap masih tuil manual lagi selain radio kaset jenama lama Blaupunkt,” jelas Coupland.


Proton Saga mula dilancarkan pada 1985 dan sehingga kini, sejumlah 1,834,454 unit model sedan segmen A itu dengan terbaharu generasi ketiga, sudah pun dijual di 29 buah negara.


Model asal direka bentuk berasaskan Mitsubishi Lancer Fiore dari Jepun dan dibangun di kilang Proton di Shah Alam, Selangor dengan unit pertama dihadiahkan kepada Muzium Negara.




Sumber: UTUSAN ONLINE
Quote borrow 5-8-2021 04:12 PM
dh 32 thn umurnya.  Tahniah bam saga
Quote djzara81 5-8-2021 05:22 PM
Still nmpk kete saga lama or wira on the road tapi majority org jual nasi lemak guna utk angkat kelengkapan gerai. Kete Saga tu bawa slow gile & nmpk buruk sgt. Rasanye peniaga beli murmur juz for the sake utk bawa brg2 niaga. Selain tu, van nissan vanette pon jadi pilihan peniaga.
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 11:09 AM
nampak segak lagi bang saga itu...
Quote OyenLemas 6-8-2021 01:28 PM
cantiknyaaa.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.314936 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top