CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kebiadaban Zuraida Tak Boleh Dipandang Ringan

5-8-2021 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2761| Komen: 6

Description: Kebiadaban ahli menteri Kabinet tidak boleh dipandang ringan memandangkan perkara tersebut tidak seharusnya berlaku terutamanya apabila menyentuh perkara berkaitan institusi diraja.
Kebiadaban ahli menteri Kabinet tidak boleh dipandang ringan memandangkan perkara tersebut tidak seharusnya berlaku terutamanya apabila menyentuh perkara berkaitan institusi diraja.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemimpin bertaraf menteri perlu mempunyai sikap penghayatan Rukun Negara lebih mendalam untuk dijadikan tauladan.



Kredit foto: MalaysiaGazette/Malay Mail

“Saya menganggap biadab bagi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk  Zuraida Kamaruddin mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam satu program televisyen beberapa hari lepas.

“Terpaculnya kata-kata ini daripada seorang anggota jemaah menteri Kerajaan Persekutuan tentunya sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan apatah pula menjadi precedent yang tidak boleh dibenarkan berulang.


Jelasnya, tindakan sewajarnya hendaklah menyusul demi menegakkan prinsip-prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara, serta Kesopanan dan Kesusilaan sepertimana termaktub dalam Rukun Negara.

Wan Rosdy berkata demikian menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu tindakan Zuraida yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong perlu mendapatkan penjelasan daripada jemaah Menteri sebelum mengeluarkan titah disifatkan sebagai biadab oleh ramai pihak.

Ahli Parlimen Ampang itu disifatkan demikian selepas mengulas kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebuah rancangan temubual berbahasa Inggeris oleh sebuah televisyen swasta.

Dalam pada itu, Wan Rosdy selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO menyatakan sokongan penuh kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang menyokong penuh kenyataan media oleh Presiden UMNO petang semalam atas pendirian UMNO Malaysia tentang kemelut semasa,” katanya.

Justeru, Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang meminta kepemimpinan serta ahli-ahli parti pelbagai peringkat agar terus bersama-sama menyokong keputusan ini yang juga selari dengan yang telah dicapai pada Perhimpunan Agung UMNO lepas.

Tambah beliau, fokusnya ke arah menangani kemaslahatan rakyat yang sehingga kini masih terkesan dengan pelbagai langkah dan kekangan dihadapi akibat wabak pandemik Covid-19. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 5-8-2021 04:14 PM
Klo dia adjust bnyok ghuper dia kut kut dpt mcm Uqasa neran sembelit..mungkin bukan biadap tapiii antoganist gitu
Quote OyenLemas 5-8-2021 04:31 PM
hmmmmmmmm no komen
Quote cactuskapi 5-8-2021 07:15 PM
Quote gorjeous 5-8-2021 08:23 PM
No komen...
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 11:13 AM
makin lama makin mcm2.. bagi la rakyat memilih semula..
Quote Punat_button 6-8-2021 11:40 AM
Thread dah ada lah

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1263467&mobile=2

Editor Cari dah buka dulu... eh... ini editor Cari gak ka

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.052833 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top