CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Positif Covid-19 Tertekan Dipaksa Makan Ivermectin

5-8-2021 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5923| Komen: 33

Description: Penggunaan Ivermectin untuk merawat COVID-19 menjadi topik hangat ketika ini sehingga ada Ahli Parlimen pembangkang mendesak agar ia diberi kelulusan segera.
Penggunaan Ivermectin untuk merawat COVID-19 menjadi topik hangat ketika ini sehingga ada Ahli Parlimen pembangkang mendesak agar ia diberi kelulusan segera.



Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Ivermectin adalah ubat antiparasit yang diluluskan Food & Drug Administration (FDA) dan kebiasaannya digunakan untuk haiwan bagi merawat penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.

Disebabkan keberkesanan Ivermectin untuk merawat COVID-19 belum disahkan pihak KKM, golongan petugas kesihatan memberi amaran orang ramai jangan sesekali menggunakan ubat berkenaan tanpa kebenaran.

Seorang pengguna Twitter memaklumkan, majikan kepada kakaknya memaksa pekerja untuk mengambil ubat Ivermectin apabila disahkan positif COVID-19.




Bukan itu sahaja, kakaknya juga perlu memakan ubat tersebut dihadapan majikannya sendiri sebagai bukti.

Dia memberitahu, apabila kakaknya disahkan positif COVID-19 dan dipercayai dijangkiti semasa bekerja. Difahamkan, abang iparnya sudah meninggal dunia dan kakaknya merupakan seorang ibu tunggal.

Lelaki itu juga mendakwa seramai 23 orang yang bekerja di tempat kakaknya sudah positif COVID-19 namun dikerah untuk bekerja seperti biasa.

Justeru, kakaknya mengadu pada keluarga kerana sedih diperlakukan sebegitu walaupun telah menolak.

Dalam pada itu, dia merancang untuk mencari pekerjaan lain kerana tidak sanggup menerima layanan sebegitu.



Walaupun ada laporan mengatakan India dan Filipina telah berjaya menggunakan menggunakan Ivermectin untuk merawat COVID-19 tanpa kesan sampingan dilaporkan.

Bagaimanapun, mereka tidak menyebut bahawa pihak berkuasa kesihatan di kedua-dua negara itu tidak pernah mengumumkannya secara terbuka.

Terdapat kesan sampingan Ivermectin yang tidak dimaklumkan antaranya Ataxia atau masalah keseimbangan, sawan dan seumpamanya.



Setakat ini, KKM telah memberi kelulusan khas penggunaan ubat ini secara off label untuk kajian klinikal sahaja atas kebenaran WHO dan keputusan akan diketahui pada September depan.


Sumber: Odisi

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 5-8-2021 11:02 AM
kenapa tak 'repot' jer kpd pihak berkuasa..lgpon ko nk benti jugak kat situ...
Quote krustykrab 5-8-2021 11:24 AM
Bukan aritu ramai ke proubatkecacingan ni...
Quote JohnDeSouza 5-8-2021 11:29 AM
Dah ada majikan start x percaya beksing
Quote tupai 5-8-2021 11:30 AM
Report je la, kau pi up kt socmed watpe....
Quote msdummy.2018 5-8-2021 11:37 AM
Babi boss ni
Quote exclusive_vvip 5-8-2021 12:17 PM
I mmg marah kat bos gini…dlm masa yg sama, i marah jugak kat pekerja yg xmo buat report
Quote twins 5-8-2021 01:00 PM
krustykrab replied at 5-8-2021 11:24 AM
Bukan aritu ramai ke proubatkecacingan ni...

kaaannnn.... aku pun ingat... sampai bertekak2 antara netizen.... mana yg pro salahkan kkm kenapa tak guna sbb dah beratus2 kes kematian harian.... skrg dah tau mudah dapat di pasaran.. sesiapa yg pro tu beli jer lah & makan... untuk sabut timbul......
Quote laksmanabentan 5-8-2021 01:20 PM
Edited by laksmanabentan at 5-8-2021 01:22 PM
exclusive_vvip replied at 5-8-2021 12:17 PM
I mmg marah kat bos gini…dlm masa yg sama, i marah jugak kat pekerja yg xmo buat report

staff tak nak report sebab nanti takde kerja camna auoollsss??
siapa nak tanggung???
da la skrg susah nak cari kerja...
dapat gaji pun ngam2 jer...
camna tu ya....

kakak dia Pegawai Inventori
gaji pastilah di atas RM1,500
tidak dilindungi oleh Jabatan Buruh...
Quote fizamn 5-8-2021 01:22 PM
Perangai mcm kim jun un betul..
Quote amyza82 5-8-2021 01:27 PM
laksmanabentan replied at 5-8-2021 01:20 PM
staff tak nak report sebab nanti takde kerja camna auoollsss??
siapa nak tanggung???
da la skrg  ...

betul, kesian sgt dkt marhaen, sbb tu aku benci sgt bila jemin semburit tunggang covid demi kuasa dia

Quote nakkomenjugak 5-8-2021 01:28 PM
pulakkkkk dahhhhhh
Quote white_musk 5-8-2021 01:36 PM
Cari anak kesayangan boss tu. Suruh anak kesayangan boss tu minum racun
Quote TomyamPuteh 5-8-2021 01:43 PM
Majikan tu blastoff kot.
Quote laksmanabentan 5-8-2021 01:45 PM
amyza82 replied at 5-8-2021 01:27 PM
betul, kesian sgt dkt marhaen, sbb tu aku benci sgt bila jemin semburit tunggang covid demi kuasa  ...

tu menteri selfish!!! besarkan perut anak beranak jer!!!!
puihhhh...

mana2 company yang tutup tu sebab covid tu kan,
company bayar gaji ker uollss??

kalau company bayar, alhamdulillah...
takut company yg kecik2 tu... tak tahu ler bayar ker tak...
Quote pumpkingirl 5-8-2021 02:14 PM
Apa beza ivermectin n zentel albendazole.
Dua utk cacing, parasites.
Dua2 blh diambil oleh mnusia.

Quote Kitty_catz 5-8-2021 02:16 PM
meh keja ngan meols, mmg nak cari budak inventory pun

jgn risau, meols takde nak gegar2 rumah paksa masuk keja
Quote Chessman 5-8-2021 02:37 PM
Melampau lah boss dia ni. Kalau dah kkm sendiri tak luluskan kau siapa nak paksa orang lain makan. Makan lah sendiri kalau nak. Kang kalau staff kau dapat side effects bukan kau nak bertanggungjawab pun. Geram betul aku baca berita macam ni lah
Quote rainbowrainz 5-8-2021 02:40 PM
Ramai je tauke tauke cina taknak amik vaksin tapi pekerja dia pandai pulak dia suruh amik.. kejadahnya lahhhh
Quote krustykrab 5-8-2021 03:03 PM
twins replied at 5-8-2021 01:00 PM
kaaannnn.... aku pun ingat... sampai bertekak2 antara netizen.... mana yg pro salahkan kkm kenapa  ...

Bila x bagi gatai pungkok nakkkk jgk..sampai maki2 kkm, dg..
Ni org dah suruh ambik, takut pulak..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.048939 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top