CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Gila Ke? Suamiku Juga Jadi Mangsa Sebab Orang Johor" - Watie

5-8-2021 05:42 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6699| Komen: 22|Original author: Oleh: LilRose

Description: Usaha warga maya menjejaki siapa pelawak yang terkait dengan kes pemerdagangan manusia kali ini membawa kepada Joey Daud pula.
Usaha warga maya menjejaki siapa pelawak yang terkait dengan kes pemerdagangan manusia kali ini membawa kepada Joey Daud pula.

Masih menjadi misteri, nama Joey pula menjadi sasaran penyiasat online berdasarkan umur dan alamat tempat asal iaitu Masai, Johor sama seperti dakwaan laporan tangkapan pelawak berkenaan.



Kredit foto: IG

Bagaimanapun, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud enggan mengambil pusing dakwaan orang ramai.

Berkata kepada mStar, dia mengakui menerima banyak mesej (DM) bertanyakan sama ada dia pelawak diperkatakan itu.

"Tapi saya hanya baca dan senyum saja... selagi ia tidak menjatuhkan maruah, saya takkan balas.

"Anak saya pun ada hubungi bertanyakan perkara itu sebab dia risau. Apabila nama saya kena petik, saya rasa macam kelakar dan tak perlu melenting pun. Mulut orang kita tak boleh tutup.


"Lagipun itu andaian netizen dan mereka ini seperti juri... akan petik saja nama. Tapi bagus juga untuk promosi saya... sekurang-kurangnya orang masih ingat saya lagi," katanya.


Kredit foto: IG

Isterinya, Watie turut menegaskan bahawa suaminya berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan masih berfikiran waras.

"Ramai orang mesej di laman sosial dan kawan-kawan pun ada WhatsApp tanya pelawak itu suami saya ke? Gila ke apa? Janganlah sampai macam itu... suami saya elok saja ada di rumah.


Kredit foto: IG

"Muka dia nampak saja keras tapi masih boleh berfikir waras. Hanya sebab Joey pernah jadi naib juara, usia 40-an dan berasal dari Johor, orang petik nama dia. Ramai pelawak terkena tempias.

"Anak Joey pun ada call sebab kawan-kawan dia asyik tanya juga fasal pelawak itu. Kami pun tak tahu siapa pelawak yang dimaksud itu," ujarnya.



Kredit foto: IG

Sebelum ini, nama Tauke (Jambu) dan Shahrol Shiro sudah dipetik. Nama siapa pula bakal menjadi sasaran warganet? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OyenLemas 5-8-2021 05:52 PM
siannn......
Quote najib888 5-8-2021 05:55 PM
Sambung je la cerita pimp ni kat tred sedia ada..
Quote belilies 5-8-2021 05:57 PM
Hamboi watie… kemahen nama ig kau haaa. Tak perlulah official bagai. Taruk je watie_joey lg ngam!

Sian joey. Tak memasal jadik bahan. Tapi iols still mcm xcaya je joey ni laki watie. Tp cute lah couple ni. Walopun watie tu pernah calarkan nama hana pasal pinjaman kete dulu tu, sampai susah nak keluar negara jumpa anak si kawan tu
Quote _blackbird 5-8-2021 06:05 PM
so pelawak 40an itu masih misteri lah ye
Quote tikusmontok 5-8-2021 07:40 PM
Misteri apa?bukan dah ada police report?
Quote gorjeous 5-8-2021 08:07 PM
Kesiannya...
Quote ayu_v6 5-8-2021 08:10 PM
Kesian.. x memasal nama kena petik...Org tu elok je duk belakang zoo nun
Quote nakkomenjugak 5-8-2021 08:18 PM
sebab member tu dok kata fitnah, orang lain kena tempias.
Quote MatDeghem 5-8-2021 08:35 PM
jangan salahkan netizen. salahkan polis. kerana tak bagi nama sebenar. kasi bayang2. jadi netizen main teka teki
Quote makadek 5-8-2021 09:42 PM
belilies replied at 5-8-2021 05:57 PM
Hamboi watie… kemahen nama ig kau haaa. Tak perlulah official bagai. Taruk je watie_joey lg ngam!
...

Diorg mmg sweet joey pandai melukis
Dia lukis pic watie ni ..motherly look sgt2
Potrait blck n white harga 8k dia jual
Quote belilies 6-8-2021 12:09 AM
makadek replied at 5-8-2021 09:42 PM
Diorg mmg sweet joey pandai melukis
Dia lukis pic watie ni ..motherly look sgt2
Potrait blck n w ...

Huhuuu iols xjumpa gbr tu. Nampak yg jd wonder woman jur. No wonder watie suka joey, banyak talent ropernye heols ni
Quote Mulotkoyak 6-8-2021 12:20 AM
Mulot org xbole dipetik tp bole dijentikkkk
Quote makadek 6-8-2021 12:26 AM
belilies replied at 6-8-2021 12:09 AM
Huhuuu iols xjumpa gbr tu. Nampak yg jd wonder woman jur. No wonder watie suka joey, banyak talent ...

Pic tu iols snap snediri kat balai seni
Quote Pauhnaga 6-8-2021 12:32 AM
Xhabis lg ke teka teki ni......
Quote Adrif 6-8-2021 12:42 AM
netizen petik nama macam baling dadu/ baling dart

sape kena nasib
Quote misuke 6-8-2021 03:20 AM
Habis semua bini kaver laki kata dok rumah haih
Quote kakakpositifker 6-8-2021 09:30 AM
kan dah tahu siapa. kecoh betul netizen ni.. habis semua kau kacau. masuk lah forum cari ni. semua info ada. aduhaiiiii
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 11:19 AM
abes la semua bangsa johor kene tuduh
Quote biozipstar 6-8-2021 12:55 PM
oh baguslah kalau bukan dia... ha gitu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.069690 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top