View: 1779|Reply: 13
|
Hari Bahagia Bertukar Tragedi, 16 Wakil Rombongan Pengantin Maut Disambar Petir
[Copy link]
|
|
Sekurang-kurangnya 16 maut dan beberapa yang lain cedera di barat Bangladesh selepas mereka disambar petir.
Menurut pegawai kerajaan tempatan, Sakib Al-Rabby, insiden berlaku pada Rabu ketika rombongan pengantin lelaki dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan di Shibganj dalam daerah Shapainawabganj.
Gambar hiasan
Jelasnya, rombongan berkenaan baru sahaja meninggalkan bot yang dinaiki mereka untuk mendapatkan perlindungan sebelum disambar petir.
Tambahnya lagi, pengantin lelaki turut cedera dalam kejadian tersebut.
Kawasan ini terletak kira-kira 245 kilometer dari barat laut Dhaka.
Monsun tahunan kini sedang mendominasi sebahagian besar kawasan di Bangladesh.
Setiap tahun lebih daripada 200 orang kebanyakan daripada golongan petani terbunuh akibat disambar petir.
Pakar mendakwa pencemaran udara dan pemanasan global menyumbang kepada peningkatan kekerapan serangan kilat di negara itu.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kpd keluarga.
Taktau ramai disambar petir setiap tahun..
Setiap tahun lebih daripada 200 orang kebanyakan daripada golongan petani terbunuh akibat disambar petir. |
|
|
|
|
|
|
|
ramainya yg meninggal sambar petir. sini ada jgk tp jarang dgr |
|
|
|
|
|
|
|
Kena sambar sbb duduk bwh pokok ke? Sekali ramai mati. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah kepada yang terlibat
donya makin tenat |
|
|
|
|
|
|
|
Dari suka bertukar duka takziah buat keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai..kesian ek. Hari bahagia betukau jadi hari yg menyedihkan. Kalo diorang ni sambut anniversary mesti teringat peristiwa petir ni kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah pada keluarga. kalau dah tiap2 tahun ade kes. yela. sekalipun ajal maut ditangan tuhan. takkan kerajaan tak buat sesuatu kt tpt tuuuu. hmmm bangladesh kenn. |
|
|
|
|
|
|
|
dah lah hitam melegam kena petir pula
dajjei sungguh laaaaaaaaaaaaa
selamat Malaysia
kalau tidak lepas menikkah mesti naik tongkang dtg Malaysia sebagai pendatang haram |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang takda sistem tanam wayar bumi dalam tanah kot. Kita jarang2 ada Sebb dah ada sistem cmtu dari dulu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|