“Niat saya nak semua pakai dan mampu membelinya.” Itu yang diucapkan aktres dan usahawan Nur Fazura mengenai penetapan harga tudung jenamanya, Tudung Fazura pada harga bawah RM50.
Jelasnya dalam sesi siaran langsung Instagram baru-baru ini, dia tidak berniat untuk menjual pada harga yang mahal kerana mahu semua wanita bertudung mampu membelinya. “Ramai juga orang bertanya mengapa tudung saya dijual hanya dengan harga RM27, semua macam tak percaya. “Namun, niat sebenar saya ialah mahu semua orang pakai dan mampu untuk membelinya,” katanya dalam video yang kini tular dalam aplikasi TikTok. Tambah isteri kepada aktor Fattah Amin itu, dia tidak menafikan bahawa sebagai usahawan, dia juga memasang niat untuk mendapatkan keuntungan dalam setiap jualan produk yang dipasarkannya.
|
unguaurora replied at 5-8-2021 11:17 AM
Beli baju mcm x cukup kain yg harga ribu riban sblm ni x bising pun?
Nurul_007 replied at 5-8-2021 03:25 AM
Aduhai dia ditanya lah you kenapa jual harga tudung murah $27 bukan dia bising so dijawab lah supa ...
ADVERTISEMENT