Tular sebuah video memaparkan seorang individu tidak berpuas hati dengan kek yang dibeli sebelum membuangnya ke dalam plastik sampah. Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang kurang bersetuju dengan tindakan individu berkenaan. Berdasarkan posting di Facebook yang dikongsikan Ain Syaf, dia mengakui terkilan dengan sikap seorang pelanggannya yang tergamak membuang kek dibeli daripadanya ke dalam plastik sampah. Menurut Ain Syaf, dia menerima kiriman WhatsApp daripada pelanggan berkenaan memaklumkan kek itu langsung tiada rasa selain manis gula icing sahaja. Menurutnya, selama dia menjual kek, individu ini adalah pelanggan pertama yang mengadu kek ‘bajet’ berharga RM10 itu tiada rasa. Sumber: OHBulan
|
ADVERTISEMENT