CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Presiden Brazil Masuk Hospital Sebab Sedu Kronik

15-7-2021 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2228| Komen: 10

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro dimasukkan ke hospital semalam bagi mengenal pasti punca beliau mengalami sedu kronik.

Menurut pejabat presiden, Bolsonaro mengunjungi sebuah hospital ketenteraan untuk menjalani pemeriksaan dan pemantauan selama 24 hingga 48 jam, lapor Reuters.


"Beliau dalam keadaan baik dan semuanya lancar,” jelas kenyataan pejabat presiden.


Kredit foto: France 24/Al Jazeera

Dalam perkembangan baharu, Bolsonaro dilaporkan mungkin perlu menjalani pembedahan segera susulan kecederaan pada usus akibat insiden tikaman sebelum ini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Bolsonaro dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit perut pada awal pagi semalam.

Tahap kesihatan presiden itu sering menjadi isu selepas beliau pernah ditikam dan mengalami kecederaan parah pada ususnya ketika mengikuti kempen presiden pada 2018.


Bolsonaro juga dilaporkan dijangkiti Covid-19 pada Julai lalu dan beberapa bulan lepas, beliau dilihat mengalami gejala batuk yang serius.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 15-7-2021 03:56 PM
balasan ke atas penindasan rakyat Brazil kot
Quote tripleid 15-7-2021 04:24 PM
Cash sbb gigih tebang hutan amazon
Quote CiliPadiSedap 15-7-2021 04:27 PM
nasib baik bukan cirit birit
Quote wasabi29 15-7-2021 05:29 PM
President yang dibenci rakyat Brazil
Quote makiting 15-7-2021 06:02 PM
Arwah suami dulu pun hiccup / sedu teruk sblm meninggal.. doktor terpaksa bg ubat tp xstop jugak. Sampai dia mcm stress sbb br nak lelap dah tersedu2.. dah la dia sgt susah nak tido sbb tahan sakin yg amat. Tp lg 3 hari nak meninggal.. terus stop sedu dia. Tp dah mula berak dan muntah darah pulak

Nampak seksa bila org terkena sedu kronik ni
Quote nakkomenjugak 15-7-2021 06:04 PM
cash on delivery
Quote helicornia 15-7-2021 09:37 PM
makiting: Arwah suami dulu pun hiccup / sedu teruk sblm meninggal.. doktor terpaksa bg ubat tp xstop jugak. Sampai dia mcm stress sbb br nak lelap dah tersedu2. ...

kesiannya. kita sendiri klu sedu tk berhenti.penat rasa
Quote Belibis 15-7-2021 09:56 PM
Boleh ya share pic presiden dengan gaya gitu..'presiden' kita kena cery bery takde photo ponggg..
Quote naina 15-7-2021 10:06 PM
makiting replied at 15-7-2021 06:02 PM
Arwah suami dulu pun hiccup / sedu teruk sblm meninggal.. doktor terpaksa bg ubat tp xstop jugak. Sa ...

Orang kata kalau sedu minum air banyak. Tak hilang jugak ek arwah Asben makiting
Quote makiting 15-7-2021 10:20 PM
naina replied at 15-7-2021 10:06 PM
Orang kata kalau sedu minum air banyak. Tak hilang jugak ek arwah Asben makiting

Tak pun. Makin teruk..sampai doktor cancer bg ubat ilang sedu pun xjalan.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.186749 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top