CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Keluarga Serabut Ramai Bertandang Nak Tengok Bayi Berkepala 3

15-7-2021 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2698| Komen: 10

Description: Seorang wanita di Uttar Pradesh, India melahirkan anak dengan tiga kepala yang mengejutkan masyarakat tempatan hingga ada yang menganggapnya suci.
Seorang wanita di Uttar Pradesh, India melahirkan anak dengan tiga kepala yang mengejutkan masyarakat tempatan hingga ada yang menganggapnya suci.

Berita kelahiran bayi pada 12 Julai lalu mendorong ramai datang menziarah untuk melihatnya dari dekat.


Ibu bayi itu yang hanya dikenali sebagai Ragini difahamkan tidak menghadapi sebarang masalah ketika proses kehamilan dan semuanya normal, namun terkejut apabila melahirkan bayi berkepala tiga itu.



Memetik Daily Star. Video dan foto menunjukkan seorang wanita sedang membetulkan cara bayi itu berbaring supaya dia selesa.

Dua lagi kepala terletak di bahagian belakang kepala yang normal, malah mempunyai rambut.

Dua kepala itu kelihatan berat ketika perempuan itu meletakkannya ada selimut, namun tidak ada tanda-tanda ia mendatang kesakitan kepada bayi berkenaan

Ibu dan bayi itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan sudah pulang ke rumah.


Bagaimanapun, keluarganya kurang gembira dengan kehadiran orang ramai yang berterusan semata-mata mahu melihat bayi itu.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 15-7-2021 04:29 PM
Allahuakbar..better la dibuang je lebihan kepala tu..
Quote Punat_button 15-7-2021 04:36 PM
Bagaimanapun, keluarganya kurang gembira dengan kehadiran orang ramai yang berterusan semata-mata mahu melihat bayi itu.

sediakan ja tin milo. lepas la beli pampers.

Quote sue_liah 15-7-2021 04:48 PM
alahai sian nya baby...tgh covid2 teruk kat sana pun tk ada kesedaran lg
Quote mclaren 15-7-2021 04:54 PM
Kesiannya. Nak kaji apa ada dalam lebihan tempurung2 tu pun hospital2 sana tengah penuh dengan pesakit covid.

Harap baby tak apa2 and tu just ketumbuhan yang tak berisiko. Esok2 covid dah reda boleh kot dirawat, bedah buang ke apa
Quote dua_chzy 15-7-2021 05:35 PM
Bukti manusia ciptaan Allah tak sempurna. Kristian also can stop bullshiting about how Elohim created humans PERFECT in His image.
Quote nakkomenjugak 15-7-2021 05:57 PM
ah sudah kang membawak penyakit kat baby
Quote Tinot7 15-7-2021 07:22 PM
kepala tiga ka ketumbuhan?
Quote naina 15-7-2021 07:29 PM
Herlok sihat bambam baby tu..
Elok la dibuang karang nanti jadi bahan puja plak
Quote hanihan16 15-7-2021 07:35 PM
namlak besar sihat babynya mcm dah 3-4 bulan, berapa kilo la tu ye
Quote ellejo 15-7-2021 09:26 PM
mesti tak scan kan masa dalam perut? kesiannya.

Lihat semua komen(10)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-2-2023 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.075555 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top