CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dah Dapat Anak Baru Tahu Adikku Bukan Waliku

15-7-2021 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3594| Komen: 16

Seorang peguam dikenali dengan nama Fahmi Ramli menerusi Facebook berkongsi kisah seorang wanita yang sudah berkahwin selama tiga tahun baru mengetahui bahawa dirinya merupakan anak angkat yang dinikahkah oleh adik lelaki yang disangka adik kandungnya.


Peguam Syarie itu menceritakan kembali kejadian yang berlaku empat tahun lalu.


Gambar hiasan

Difahamkan, wanita itu mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yang juga merupakan rakan sekerjanya.

Menurut sumber, dia dinikahkan adik lelakinya iaitu satu-satunya wali yang ada memandangkan ibu bapa mereka sudah meninggal dunia dan mereka juga tidak mempunyai datuk atau bapa saudara. 

Malah, segala urusan perkahwinan juga diuruskan saudara mara sebelah ibunya.

Lebih tiga tahun bahagia bergelar suami isteri, mereka akhirnya dikurniakan sepasang cahaya mata. 

Namun, segalanya bertukar menjadi satu mimpi ‘ngeri’ selepas membaca sepucuk surat yang menyatakan bahawa dirinya hanyalah anak angkat keluarga tersebut.



Jelasnya lagi, tidak ada seorang pun ahli keluarga dan saudara mara yang tahu pasangan ini mengambil anak angkat. Mereka juga langsung tidak menceritakan apa-apa mengenai perkara tersebut.

Untuk mendapatkan kepastian, wanita bersama adik lelakinya membuat ujian pengesahan DNA. Alangkah terkejutnya apabila mendapati keputusan ujian tersebut negatif. 


Kredit foto: FB

Jelas peguam ini, ikatan perkahwinan wanita ini bersama suaminya perlu ‘Difaraqkan’ atau dipisahkan oleh mahkamah. 

Namun, mereka boleh bernikah semula dengan membuat permohonan wali hakim. Sementara itu, status anak pasangan ini adalah anak sah taraf disebabkan pernikahan mereka bukanlah atas dasar zina.


Sumber: OhBulan
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • orangbiasaje

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mclaren 15-7-2021 03:57 PM
Edited by mclaren at 15-7-2021 04:49 PM

Dia ni pengkhususan law practice dia bab2 zina, sumbang mahram dan sewaktu dengannya je ke

Kalau kisah2 macam ni mesti datang dari dia

Fetish ke apa
Quote KIM.K 15-7-2021 04:03 PM
Hati hitam berkarat sangat nak ambil iktibar
Quote edayildiz 15-7-2021 04:04 PM
sejak cite mengandung ank adik ipar aritu byk plak cite gini..tp kes ni ok jer kn..nk wat cmna..kena kawen balik guna wali hakim..xblh ke?
Quote Decaffeinated 15-7-2021 04:09 PM
Okay cerita ni masuk akal lah kot. Cuma aku terfikir adakah ini yang dikatakan Islam itu mudah?

Lagi satu siapa penulis surat itu, why tak mati awal.

Quote sambaldurian 15-7-2021 04:57 PM
klu setakat wali x sah, ntah la pandangan ak mcm biasa je. x boleh ke anggap adik angkat tu ala2 wali hakim ke. wali hakim mmg kena org bijak pandai ke ape . maafla, ak bab2 mcm ni , mcm perkara 'remeh'.  lain la kahwin dgn sedarah yg tu luar biasa.
Quote glump 15-7-2021 05:14 PM
Sebb masalah wali,rukun nikah Tak sempurna,anak dilahirkah jatuh Tak sah taraf Dan perhubungan suami isteri dari nikah Tak sah tu jadi zina...
Ini kerna dia anak angkat Dan dia Tak tahu dia anak angkat n saudara mara pun Tak ambik kisah pasal benda nie. Macam pelik bila pak cik mak cik Tak tu dia ank angkat.
Quote awanysss 15-7-2021 05:20 PM
Decaffeinated replied at 15-7-2021 04:09 PM
Okay cerita ni masuk akal lah kot. Cuma aku terfikir adakah ini yang dikatakan Islam itu mudah?

L ...

kau tak rasa cerita ni hasanah ke?

tp baguslah utk g kesedaran pd orang..

Quote Elle_mujigae 15-7-2021 05:23 PM
Eh byk pula cerita camni dari fb peguam..ye ye je..mesti hassanah ni..saje nak viral
Quote fair_iza 15-7-2021 05:30 PM
Isu ber bin/binti kn ayah angkat pernah hot dulu dn mufti2 prnh bg pendapat psl ni. Sbb pejabat pendaftaran dh benarkan anak angkt/luar taraf x perlu berbin/binti kan bapa kandung atau abdullah. Tak mustahil pun kalau timbul cerita macam ni, apatah lagi parent angkat dh meninggal.
Quote nakkomenjugak 15-7-2021 06:02 PM
haihhh macam2 hal
Quote Tinot7 15-7-2021 06:09 PM
japss.. siapa penulis surat tuh? kepada siapa surat tuh dikirimkan? maknya meninggal 5 tahun daa. awat la ni baru belek2 laci mak?
Quote JunkMail 15-7-2021 06:18 PM
Okey cerita ni tak berapa Hasanah... Aku boleh terima
Quote doubleharmonic 15-7-2021 06:36 PM
motip feeling blissful?
Quote Ciktiekus 15-7-2021 07:57 PM
So hasanah ke tak ni
Quote pearl.silver 15-7-2021 08:26 PM
So mak dia org last yg tahu status ank dara. Tp mak dia masih nk rahsiakan???
What is wrong dgn mak dia.
Sepatutnya akil baligh je ank dara tu dah kne ready. Bab2 hukum aurat segala.
Quote spankee_fili 15-7-2021 08:37 PM
Err anak tu kira sah taraf sebab bukan faktor zina, tapi perkahwinan tak sah..
Kalau kes kahwin darah daging tu taraf anak sah ke tak?
Macam macam

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.057489 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top