CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Cucuk Vaksin Covid-19 4 Kali Untuk Perlindungan Maksimum

14-7-2021 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3643| Komen: 21

Seorang lelaki di Sydney, Australia mengambil empat dos suntikan vaksin bagi memastikan dirinya mendapat perlindungan maksimum daripada pandemik Covid-19,  lapor portal berita Mail Online semalam.


Tom Lees, 34, menerima dua dos lengkap vaksin AstraZeneca dan Pfizer meskipun tidak bekerja dalam barisan hadapan di negara itu.



Menurut syarat yang ditetapkan setakat ini, vaksin Pfizer hanya diberikan kepada rakyat Australia berumur 40 tahun dan ke atas atau pekerja sektor kritikal seperti hotel kuarantin, manakala AstraZeneca ditawarkan kepada orang awam lain.

“Jika varian Delta ingin menguji kekuatannya, ia perlu datang ke kawasan Greater Sydney.

“Ini mungkin merupakan karya seni terhebat yang pernah berlaku ketika pandemik ini. Kemenangan seorang lelaki yang bebas daripada birokrasi,” tulis Lees pada satu hantaran di Twitter yang turut memaparkan gambar sijil-sijil vaksinasinya.


Lelaki itu mula mendapatkan dos pertama AstraZeneca pada 31 Mac lepas dan selepas melengkapkan dos keduanya, dia mendapatkan pula suntikan dos pertama dan kedua vaksin Pfizer.

“Saya tidak memotong giliran dan saya tidak mencuri sebarang vaksin.

“Sebaliknya saya beratur dalam barisan untuk mencuba nasib bagi mendapatkan suntikan vaksin. 

“Apa yang perlu dilakukan adalah memberi perhatian kepada lokasi-lokasi pusat vaksinasi atau klinik-klinik perubatan am, pergi ke sana dan minta untuk divaksin,” katanya.

Kajian untuk menguji keberkesanan vaksin berganda masih di peringkat awal.

Kajian Universiti Oxford mengenai campuran satu dos vaksin AstraZeneca dan satu dos vaksin Pfizer menunjukkan keputusan memberangsangkan.


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 14-7-2021 02:55 PM
Mamposss.. Maka terlahir la Zeus King of Super Alpha Zombie
Quote nakkomenjugak 14-7-2021 03:26 PM
jangan amek pfizer nanti ketet beso.
ke bawah ke... idk

haihhhh orang lain dah sampai rajin 4-5 dos. aku appt vaxx pun ke sudah tak dapat lagi
Quote CatMiow 14-7-2021 03:36 PM
Ostralia ni bnyak yg belum vaksin kan?
Dah tu ada pula nak ambik sampai 4 dos.
Quote Nham22 14-7-2021 03:39 PM
Pulakkk daahh... Tp kalau vaccine berlebih2x kat negera depa.. Why nott... Hahahaha
Quote pasa 14-7-2021 03:52 PM
yg tak nak amek vaksin pun ramai....igt kokesen ni semnggah sangat ke perangai..

ummah altar berapi acah2 berkerak je memoja kokesen.
Quote prettyuglybabe 14-7-2021 04:28 PM
mana mungkin ummah bertamadun junjungan acik forum kiasu gini
Quote doubleharmonic 14-7-2021 04:43 PM
helok     
Quote doubleharmonic 14-7-2021 04:45 PM
Quote doubleharmonic 14-7-2021 04:45 PM
Quote doubleharmonic 14-7-2021 04:46 PM
Quote doubleharmonic 14-7-2021 04:46 PM
Quote doubleharmonic 14-7-2021 04:47 PM
Quote doubleharmonic 14-7-2021 05:05 PM
Quote doubleharmonic 14-7-2021 05:08 PM
Quote Samerosie 14-7-2021 05:20 PM

Haha semua ko tabuh ye dik....tak de side effects ke?  tanya jer.
Quote Samerosie 14-7-2021 05:21 PM

Maju kan kedai toto dia...TAB.  Kalau dulu balik kerja jalan kaki kena pass kedai ni.
Quote prettyuglybabe 14-7-2021 05:52 PM
so next vaksin apa pulak dia nak amik?
Quote nenekglamer 14-7-2021 05:59 PM
Aku next week dpt 2nd dose. Sinovac. Klu perlu n selamat... Aku nk aje amik 3rd dose. Dah mcm kucing pulak nnt ada booster shot haha
Quote Adrif 14-7-2021 07:25 PM
kita bila nak dapat  

first jab pun tak kena lagi

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.109147 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top