Iran pada Isnin memperkenalkan sebuah aplikasi Islam bagi mempertemukan jodoh dalam kalangan golongan muda dengan tujuan untuk mendirikan rumah tangga, lapor stesen televisyen kerajaan. Aplikasi yang dikenali sebagai Hamdam atau dalam bahasa Parsi bermaksud berteman membolehkan para pengguna untuk mencari dan memilih pasangan mereka, lapor stesen televisyen tersebut.
Ketua polis siber, Kolonel Mohammad Rajabi berkata, semua platform mencari jodoh yang popular di Iran selain Hamdam itu sebenarnya haram di negara berkenaan. Aplikasi tersebut dibangunkan Institut Kebudayaan Tebyan dan mendakwa, ia menggunakan kecederasan buatan untuk mempertemukan jodoh untuk golongan bujang yang mahu mendirikan rumah tangga. Menurut laman sesawang aplikasi itu, pendaftaran untuk menggunakan laman mencari jodoh itu adalah percuma. Sebelum ini Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyatakan beberapa kali bahawa negara tersebut berdepan dengan peningkatan umur perkahwinan dan penurunan kadar kelahiran.
Sumber: Sinar Harian
|
Decaffeinated replied at 14-7-2021 03:28 PM
Apa beza Malaysia. Cuba ko nikah guna imam bukan imam gomen, halal ka tak halal nak berjimak, ada be ...
sekngucing replied at 14-7-2021 03:33 PM
iran lg. kuat kot.. sana tak boleh dating
sini ckp ja rokok haram.. arak haram.. babi haram.. ...
Gianna111 replied at 14-7-2021 02:50 PM
tak heran la dengan syiah ni..walaupun lawa putih merah...
tiberr..........
sfrnna replied at 14-7-2021 03:53 PM
Iran macam ni la strict nak mampus pastu student2 Iran yang datang Malaysia ni semua culture shock. ...
brego replied at 14-7-2021 04:26 PM
apa pendapat @ifanonline tentang andartu di Iran?
macam mana mereka nak cari jodoh kalau dating si ...
dani-rox replied at 15-7-2021 04:08 PM
orang Iran kuat melantak nasi.
tp masakan nasi dia org pun sedap2.
edayildiz replied at 15-7-2021 04:14 PM
mkn ns jgk ke? i tbyg puak sana mkn roti.
dani-rox replied at 15-7-2021 04:23 PM
Makan roti jugak tapi tak se-hardcore nasi
ni la ANTARA jenis2 masakan nasi dia org hahaha ...
edayildiz replied at 15-7-2021 04:27 PM
menarik la nasi dorg ni.nampak sedap.i rasa kalau meleis kena pindah sana sng la dorg cri mknan:lo ...
ADVERTISEMENT