CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Siapa Tak Nak Pfizer Kan,"- Che Ta Pun Memilih Vaksin, Tapi Bukan Tolak Mentah-Mentah

14-7-2021 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8746| Komen: 42

Pelakon terkenal Rozita Che Wan mengakui dia juga merupakan individu yang memilih jenis vaksin namun menyifatkan dirinya tidak boleh mementingkan diri terhadap apa jua jenis vaksin yang bakal diterimanya kelak.


Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta ketika dihubungi Kosmo! Juga menegaskan, adalah menjadi hak setiap individu untuk memilih jenis vaksin yang terbaik namun biarlah secara berpada-pada dan kena dengan situasi. 


Foto: IG
“Macam saya sendiri jujur saya katakan memang seorang yang penakut dan jenis memilih vaksin. Takut pada mulanya nak ambil vaksin secara sembarangan. Masakan tidak kan, benda (vaksin) itu nak masuk ke dalam badan kita q4c6 kita risau. 

“Tapi bukankah bermaksud saya memilih vaksin dan tolak mentah-mentah vaksin yang. Tidak sama sekali. Kalau dapat apa jenis vaksin sekali pun saya okey dan terima. Tapi siapa tak nak Pfizer kan. Dalam hal ini kita ikhtiar dan sama-sama bantu kerajaan,” katanya.


Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar walau bagaimanapun memberitahu hingga kini dia dan anak-anak masih belum mendapat sebarang janji temu untuk vaksinasi melainkan suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin.



“Suami (Zain) seorang saja yang dah dapat tarikh janji temu. Hari ini (semalam), dia dah dapat vaksin jenis Sinovac. Dia pun jenis tak kisah apapun jenis vaksin yang diterima.

“Lagipun sebagai rakyat, jadi tanggungjawab kita semua untuk sama-sama berganding bahu dan melandaikan kes Covid-19 yang semakin memeningkan ketika ini,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon drama Kak Marr itu memuat naik hantaran berhubung kerisauannya terhadap Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) yang diarahkan tutup susulan terdapat kes positif Covid-19 dalam kalangan petugas.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Che Ta mengakui berasa seperti sudah tidak selamat setelah mengetahui perkara tersebut.



“Betui-betui qasa tak selamat dah ni! (Betul-betul rasa tak selamat dah ni),” tulisnya menggunakan loghat Kedah. 

Menjengah ruangan komerata-rata pengikut dilihat memberikan pelbagai pendapat dan kebanyakan daripada mereka turut melahirkan rasa gusar seperti yang dialami pelakon drama Kak Marr itu. 



Hari ini, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF)  bertindak menutup Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam ekoran penularan kes positif C0vid-19.

Untuk rekod, seramai 204 petugas PPV IDCC disahkan positif Covid-19 dan perkara tersebut dikenal pasti berpunca daripada ujian saringan beramai-ramai dilakukan terhadap kesemua 453 petugas di situ.



Orang ramai yang hadir untuk vaksinasi di IDCC Shah Alam pada 9, 10, 11 dan 12 Julai diminta melaksana kawalan kendiri selama 10 hari. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skymania 14-7-2021 10:29 AM
kesihatan diri apa??? mengelupur ngelabah tetek x dpt nak masuk negara2 eropah le tuh.. dasar babi semua ni...
Quote ElizabedahTan 14-7-2021 10:33 AM
lama cheta tak pergi kodiang.. Opsss..salah santorini
Quote Tinot7 14-7-2021 10:35 AM
Baguih la tak memilih. Moga dipermudahkan urusan dpt beksin.
Quote naina 14-7-2021 10:38 AM
Untung dia dapat Zain
Kokusen yg berbahasa melayu
Takdala lidah utagah dia terbelit2 nk speaking English
Untung2 anak mix
Quote melinda_kerr 14-7-2021 10:39 AM
Kalau dh bervaccine pun berani juga diaorg amik risiko nk travel ya.. anak2 kau tk bervaccine tpi kau je bervaccine nanti. Sanggup ke heret anak2. Variant baru pulak dh mengganas.
Quote SANKURIANG 14-7-2021 10:47 AM
Tujuan vaksin hanya nak senangkan mereka berjimba ke luar negara. Masih ada lagi dana eh mereka nak berholidays bagai. Sedangkan ramai yg tengah nazak di poket nak bagi anak susu.
Bawak2 bersyukur, nanti ALLAH akan bagi lebih banyak kurniaan untuk awak bersyukur tau.
Quote mama_neko 14-7-2021 10:56 AM
aku dok tggu giliran nak bervaksin, apa pun takdak perkembangan dlm mysejahtera, tup tup smlm aku tgk dlm fb laki aku, kawan dia dah siap bervaksin di klinik swasta and dpt pfizer.. la ni vaksin boleh beli ka? ka kwn laki aku tu propa ja.. kalau boleh beli kenapa golongan retisss kaya raya ni amek yg preee jugak.. hehehehe.. tapi aku dok serba salah pasal vaksin ni, sbb kalau ibu bapa bervaksin, anak2 aku tak dpt sbb kecik lagi.. takkan nk bawak depa berjalan, expose virus kat depa pulak ...
Quote nakkomenjugak 14-7-2021 10:58 AM
ambik jee vaxx apa yang ada
Quote mijan79 14-7-2021 11:29 AM
mama_neko replied at 14-7-2021 10:56 AM
aku dok tggu giliran nak bervaksin, apa pun takdak perkembangan dlm mysejahtera, tup tup smlm aku tg ...

Rasanya klinik tu jd tempat suntik vaksin kot.. Sbb skrg ni byk klinik yg dijadikn tempat suntik vaksin tp still ikut tarikh my Sejahtera... Rasanya... Kalau tak salah
Quote mama_neko 14-7-2021 11:33 AM
mijan79 replied at 14-7-2021 11:29 AM
Rasanya klinik tu jd tempat suntik vaksin kot.. Sbb skrg ni byk klinik yg dijadikn tempat suntik v ...

owh.. sbb tgk komen kata private jab.. igtkan klinik dah start jual vaksin ka apa...
Quote fairiza 14-7-2021 11:40 AM
Xpaaaa thn ni sinovac
Tahun depan pfizer
Tahun lg satu AZ
Boleh kaaaa
Quote krustykrab 14-7-2021 11:45 AM
mama_neko replied at 14-7-2021 10:56 AM
aku dok tggu giliran nak bervaksin, apa pun takdak perkembangan dlm mysejahtera, tup tup smlm aku tg ...

Ada je yg dpt appt  cucuk kat klinik swasta tp free la...untung sb x ramai org hihihi
Quote salmon-suki 14-7-2021 12:06 PM
Skrg ramai plak retis tiba2 alahan,sakit yee semata2 nak dpt pfizer..ehhhhh..y byk bunyi ni retis2 y dulu hodoh, skrg putih pinkish haa.. medical conditions my S!
Quote uori 14-7-2021 12:33 PM
ye lah che ta oii
warga emas macam chuols memang patut dapat pfizer


Quote cicicumel 14-7-2021 12:40 PM
Sheols dah insaf ke labuh tudungnya.. Sopan seiring usia
Quote cheezel 14-7-2021 12:53 PM
bukan ke tak boleh pilih jenis vaksin? tapi yg faktor kesihatan yela mmg doc pilihkan e.g breastfeed mom kne pfizer je
Quote aku_best 14-7-2021 01:46 PM
uori replied at 14-7-2021 12:33 PM
ye lah che ta oii
warga emas macam chuols memang patut dapat pfizer

Ambo setuju dgn kenyataan sis...hihi
Quote MentariSenja 14-7-2021 02:00 PM
I beg to differ....kalau ada pilihan, I prefer sinovac anytime.
Quote Nenasketum 14-7-2021 02:12 PM
Yer lah, engkorang jer yang deserve the best. Bangang plak tu, rata2 cakap Sinovac is if not better, setanding dengan Pfizer.
Yang pompuan2 hanyir retis ni suma memilih kenapa ek, income tax pun tak bayar.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.132390 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top