Sebagai bukti kesungguhannya untuk membina mahligai indah, Dini Schatzmann ingin membeli rumah impian bersama kekasihnya, Janna Nick. Kata aktor terbabit seperti dipetik dari Kosmo!, sudah lama dia memendam hasrat itu.
"Kami memang serius ingin mendirikan rumah tangga tetapi semua perancangan itu memerlukan masa yang panjang. Pada sama sama kita dahulukan rumah impian. "Rancangan membeli kediaman selesa untuk persediaan masa depan juga sudah diperincikan. Janna menjadi pemangkin saya untuk bekerja lebih keras dan menabung. "Buat masa ini saya kena kukuhkan kerjaya dan kewangan sebelum melangkah ke fasa itu. Paling penting kedua-dua belah keluarga tahu kami cukup serius dalam perhubungan," katanya. Bercerita mengenai karier, Dini akui banyak projek dan penggambaran ditunda sehingga lockdown tamat. "Dalam situasi sekarang yang serba mencabar, kita perlu patuh kepada norma baharu. Jangan keluar jika tidak perlu dan teknologi juga banyak membantu memudahkan urusan. "Sejak keadaan sukar ini berlaku, saya lebih banyak membuat kerja promosi menerusi Instagram. Banyak kempen untuk beberapa jenama dilakukan dalam talian," ujarnya. |
zeed replied at 6-7-2021 10:12 PM
Mmg dah kawen kat siam kan. Boleh beli dah kot
Cik_jantung replied at 6-7-2021 10:33 PM
Bila la nak leak gamba kawen dia tu..
hollahop replied at 7-7-2021 12:32 AM
kawen siam? Siyes laaaaaaa
ADVERTISEMENT