CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makin Ramai Pak Arab Nikah Kontrak

5-7-2021 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6975| Komen: 59

Arab Saudi dilaporkan berdepan peningkatan kes perkahwinan misyar mirip nikah mut’ah  dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Kaedah kahwin misyar ini menjadi pilihan kepada lelaki yang mahukan lebih daripada seorang isteri, namun mengelak tanggungjawab seperti menyediakan tempat tinggal dan membayar nafkah.


Perkahwinan tersebut adalah lebih kepada memenuhi tuntutan batin.

Di negara itu, nikah misyar membolehkan suami isteri tinggal berasingan dan kaum wanita tidak boleh menuntut apa-apa hak seperti dalam perkahwinan tradisional.


Kredit foto: Middle East Eye

Seorang ahli farmasi di Riyadh berkata, dia mula mencari calon isteri misyar selepas menghantar isteri dan anaknya pulang ke Kaherah tahun lalu akibat Covid-19.

“Sementara saya dan isteri berjauhan, saya mengambil peluang mencari isteri menggunakan kaedah nikah misyar di Riyadh menerusi agensi cari jodoh online,” katanya.


Rakyat Arab Saudi dan  pekerja ekspatriat dilihat antara golongan paling kerap melayari laman web mencari isteri misyar secara online, lapor AFP.

Menurut laporan akhbar Al-Watan pada 2018, pernikahan misyar biasanya hanya bertahan dalam tempoh 14 hingga 60 hari dan sering berakhir dengan perceraian.

Ia juga dilihat sebagai alternatif buat golongan wanita untuk menamatkan zaman anak dara tua atau janda dengan segera.

Dalam rencana terbitan akhbar Saudi Gazette pada 2019, kolumnis Tariq Al-Maeena menggambarkan nikah misyar sebagai lesen untuk mempunyai ramai isteri tanpa banyak tanggungjawab atau perbelanjaan.

“Laporan media Saudi telah membicarakan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai jumlah anak dimiliki lelaki Arab Saudi menerusi pernikahan misyar ketika bertugas di luar negeri,” tulisnya.

Sebilangan wanita yang bergelar isteri misyar terpaksa membuka kes mahkamah terhadap lelaki Saudi yang enggan mengiktiraf anak yang dilahirkan dalam perkahwinan jenis ini.

Ulama Arab Saudi mengatakan, amalan nikah misyar ini wujud sejak 1996, apabila mufti besar ketika itu mengesahkan pelaksanaannya. 


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gianna111 5-7-2021 10:55 AM
di malaysia pula nikah kontrak dengan paki dan pak arab yang nk buka kedai nak ada lesen.
Quote KIM.K 5-7-2021 10:58 AM
Sure nikoh dgn instafemes
Quote Kurex 5-7-2021 10:58 AM
Amboi pak arab, kau ikut sedap kau je kan, kalau bertanggungjawab, tak boleh kata apa la. Tapi rata2 demi kehendak napsu & ciknek nak nikoh cara ni
Quote ifanonline 5-7-2021 11:04 AM
Ia juga dilihat sebagai alternatif buat golongan wanita untuk menamatkan zaman anak dara tua atau janda dengan segera.


masalah andartu dan janda meningkat juga di tanah arab
Quote bakingsoda 5-7-2021 11:21 AM
kes nak kongkek tanpa komitmen versi halal ke?
Quote nakkomenjugak 5-7-2021 11:28 AM
wahhhhh syok bebeno jadik jantam erebs dan jantanz in general yach!
Quote otai_g 5-7-2021 12:22 PM
Knp nak salahkan pak arab je walhal wanita arab tu sendiri yg setuju nak nikah. Bkn kena paksa ke apa srh nikah.

Btw inilah keindahan fahaman syiah. Nikah kontrak
Quote kelapaparut 5-7-2021 01:00 PM
Edited by kelapaparut at 5-7-2021 01:10 PM
otai_g replied at 5-7-2021 12:22 PM
Knp nak salahkan pak arab je walhal wanita arab tu sendiri yg setuju nak nikah. Bkn kena paksa ke ap ...


bukan kah wahhabi mereka, kat msia ramai pro wahabi dlm jakim tu ramai, kalu dpt buat nikah misyar sukenye dieorg
Quote ultra78 5-7-2021 01:09 PM
Arab do,malay must follow.
Quote manzilla 5-7-2021 01:17 PM
Saya kenal seorang wanita yang menyesal berkahwin dengan pak Arab yang tidak pedulikannya tapi baik dengan orang agama, juga seorang lelaki yang bermusuhan dengan mertua Arabnya yang pandai baca quran dan hadis tapi suruh ceraikan anaknya kerana 'nak kahwin beberapa hari' saja.
Quote Supersirap 5-7-2021 01:19 PM
Janganlah jadikan nafsu itu sebagai motif hidup
Quote edayildiz 5-7-2021 01:32 PM
apa keuntungan belah wanita yg kawen misyar ni..mcm untung kt pak arab jer..tp i tacod pak arab..rasa dorg ni mcm ganas bab tu..
Quote edayildiz 5-7-2021 01:33 PM
Gianna111 replied at 5-7-2021 10:55 AM
di malaysia pula nikah kontrak dengan paki dan pak arab yang nk buka kedai nak ada lesen.

oh malaysia pun ada ke
Quote insulin 5-7-2021 01:42 PM
edayildiz replied at 5-7-2021 01:32 PM
apa keuntungan belah wanita yg kawen misyar ni..mcm untung kt pak arab jer..tp i tacod pak arab..ras ...

Uols ada plan nak kahwin dengan pak arab ke?
Quote dudaberhias 5-7-2021 01:44 PM
Soo ni kira level elok sikit dari langgan pelacur la kekdahnya?

Asalkan halal di sisi agama gittew. Ko ader?
Quote Gianna111 5-7-2021 01:46 PM

ada jer..last 2 years before covid kawan lelaki aku jadi kaki pak arab cari wanita yang nak jadi bini atas paper ja..nanti dia bagi agreement. allowance rm10k per month. jadah...
Quote manzilla 5-7-2021 01:48 PM
edayildiz replied at 5-7-2021 01:32 PM
apa keuntungan belah wanita yg kawen misyar ni..mcm untung kt pak arab jer..tp i tacod pak arab..ras ...

Boleh maskahwin pree.
Quote Decaffeinated 5-7-2021 01:53 PM
Bagi istilah ereb terus nampak macam suci

Hakikat nya lebih keji dari budaya barat yang walau pun tak nikah tapi yang jantan tetap tak boleh lari dari nafkah. Cuma tak boleh tuntut harta ja.
Quote kam3n 5-7-2021 01:55 PM
edayildiz replied at 5-7-2021 01:32 PM
apa keuntungan belah wanita yg kawen misyar ni..mcm untung kt pak arab jer..tp i tacod pak arab..ras ...

Untung untuk perempuan yang lebih drpd mampu tanggung hidup sendiri & nakkan zuriat tanpa laki menyemak dalam hidup dia. Dapat anak terus cerai dan jadi hak dia seorang. Itu aje lah kot yang untungnya.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.126641 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top