CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Dah Masuk Hari Ke-4 Tunku Azizah Dihina, Kerajaan Tak Buat Apa-apa Ke?

22-4-2021 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 56418| Komen: 420

Kerajaan perlu bertindak terhadap pihak yang menggunakan media sosial bagi menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan pelbagai tuduhan, panggilan nama dan poster yang memalukan.




Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya kesal dengan sikap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana sehingga hari ini belum memberikan sebarang kenyataan tegas berhubung isu tersebut.

Beliau turut mendakwa Kerajaan tidak melakukan tindakan drastik dan keras bagi mempertahankan kedaulatan Institusi Diraja.

“Perbuatan seperti itu tidak boleh dipandang enteng kerana Tuanku Raja Permaisuri Agong merupakan tonggak kepada Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana yang dipelihara dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara.

“Malah sudah masuk hari keempat penghinaaan sebegini berlanjutan, namun pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mahupun Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia tidak memperlihatkan sebarang usaha mahupun tindakan pantas untuk menyekat akaun-akaun media sosial yang jelas menghina Tuanku Raja Permaisuri Agong dan Institusi Raja,” katanya.



Antara poster dikongsikan di Twitter

Pemuda UMNO akan membuat laporan polis supaya pihak Kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia segera bertindak tegas terhadap kumpulan terbabit.

Katanya, penghinaan tersebut sengaja dibuat bagi mahu membentuk persepsi negatif dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi Raja-Raja Melayu yang selama ini menjadi pengimbang kepada segala kekalutan rakyat dan krisis politik dalam negara.

Tuanku Azizah sebelum telah menutup akaun Instagramnya hampir dua hari selepas tanda pagar #dengkike menjadi sohor kini di Twitter.

#dengkike bermula selepas Tuanku Azizah membalas kenyataan seorang pengguna di Instagramnya.

Malah pelbagai poster yang memaparkan wajah Tuanku Azizah telah dimuat naik dan dikongsi di Twitter.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 22-4-2021 02:20 PM
Umngok menjilat berpisah tedaaa...
Quote nirman 22-4-2021 02:24 PM
https://twitter.com/ladymissazir ... aysians-frustration

kalau kena angkut laptop sebab #dengkike  attached are the numbers for Legal Aid Centre in every state;

Quote kenari2101 22-4-2021 02:36 PM
sori kerajaan very busy sekarang,
tengah cek memana lagi harta karun tertanam
KWAN ni baru jumpa
nak cari harta di luar hegeri pulak lepas ni

apa ko ingat ko je  anak billionair, aku pun nak juga!
Quote NataliaLuiz 22-4-2021 02:39 PM
Edited by NataliaLuiz at 22-4-2021 02:40 PM
alesandra: Umngok menjilat berpisah tedaaa...


Apa laaa. Dah mmg pihak istana tak boleh nak counterback dah. RPA sendiri yg reply mcm tu. Beribu orang dah hentam sana sini. Nak buat macam mana lagi? Now face the consequences. Queen pun sibuk buat kuih raya..
Quote noor2 22-4-2021 02:41 PM
Tun dulu jatuhkan raja johor yg kuat daulat pun x kena tindakan.... hehe..ingat kes sultan johor dulu pada rakyat...


Hamponn
Quote kucingitam 22-4-2021 02:42 PM
tertinggal train isu ni...apa kes plak ni..
Quote songhara1226 22-4-2021 02:50 PM
NataliaLuiz replied at 22-4-2021 02:39 PM
Apa laaa. Dah mmg pihak istana tak boleh nak counterback dah. RPA sendiri yg reply mcm tu. Berib ...

I ingatkan, adalah kambing hitam mna2 yg dijadikan mangsa.... PA ke, tukang jaga media sosial ke......., Ni terus tutup terus IG
Quote tripleid 22-4-2021 02:51 PM
Umngok acah2 pembangkang utk nampak hero,padahal dorang  kerajaan sekarang.
Quote songhara1226 22-4-2021 02:52 PM
kucingitam replied at 22-4-2021 02:42 PM
tertinggal train isu ni...apa kes plak ni..

Cuba uolls buka burung biru dan search #dengkike
Quote 3480 22-4-2021 03:06 PM
Aku pon tetinggal train..
Quote kucingitam 22-4-2021 03:06 PM
songhara1226 replied at 22-4-2021 02:52 PM
Cuba uolls buka burung biru dan search #dengkike

alah..kita takde burung
Quote songhara1226 22-4-2021 03:15 PM
kucingitam replied at 22-4-2021 03:06 PM
alah..kita takde burung

Kisahnye bermula apabila ada khabar angin mengatakan jAgong dan family dpt vaksin di UAE dan membawa balik 2000 dos ke Malaysia (citer ni lagi panjang, sila rujuk thread yg dh buka ),

Jadi adalah seorang hamba bertanya di comment isteri jAgong, chef2 kat istana tu dpt vaksin gak ke? Maka sang Ratu balas “dengkike”.....  

Maka bermulalah kecaman kepada sang ratu hingga terpaksa menutup IG

Sekian
Quote BicaraHatiku 22-4-2021 03:24 PM
Kes dpt vaksin arab kah?
Quote famri7 22-4-2021 03:26 PM
Nampaknya kuiinn kena masak bubur lambuk lagi nk sejukkan rekyattt..makanan dapat sejukkan ummah saracen
Quote jfq 22-4-2021 03:30 PM
Harapkan SKMM?
Kementerian sendiri pun paksa smua staff like fb menteri siap kena tunjuk bukti
Quote mistified 22-4-2021 03:32 PM
Tgk ig queen duk busy buat kuih raya.
Quote haruslah 22-4-2021 03:33 PM
Ummah malaysia stress
Jgn silap sket, siap la kena berjemaah
Quote NataliaLuiz 22-4-2021 03:37 PM
songhara1226 replied at 22-4-2021 02:50 PM
I ingatkan, adalah kambing hitam mna2 yg dijadikan mangsa.... PA ke, tukang jaga media sosial ke.. ...

Pihak istana Nak putar belit macam mana lagi? Sbb mmg salah queen sendiri melayan. So hadap la kecaman. Pengajaran utk dia, jgn aktif sgt or libatkan personal life, share personal thoughts. A big no for royal. Sekali tersilap kata, habis.  I faham dia boring, sbb tu dia masak2 je.

So, for safety, lagi baik queen tak aktif  main socmed ni.
Quote Reymz 22-4-2021 03:38 PM
Ini penyakit cari sendiri

Lihat semua komen(420)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.074997 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top