CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siapa Pengarah Yang Suruh Nonny Nadhirah Buka Tudung?

23-9-2020 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10247| Komen: 28

Nonny Nadirah menepis dakwaan mahu berhenti bergelar artis.

Foto: IG

"Tak mungkin saya meninggalkan kerjaya seni kerana ini adalah periuk nasi saya selama ini. Bagaimanapun, saya berkemungkinan memperlahankan rentak dan menjadikan bidang lakonan sebagai kerja sambilan.

"Sebenarnya, ia adalah atas permintaan ibu yang pernah meluahkan hasrat supaya saya mencuba bidang lain. Bagaimanapun, itu bukan bermakna ibu minta saya bersara, sebaliknya dia hanya prihatin dan mahu saya memperbaiki diri sebagai bekalan akhirat.

"Namun, semakin banyak pula tawaran lakonan yang diterima setiap kali terbit perasaan mahu memperlahankan kerjaya seni. Ada masa, saya bertanya dalam hati, adakah ini rezeki atau ujian?," katanya kepada BH Online.



Pelakon ini menambah dia bukan mahu berlagak baik namun sedang berusaha memperbaiki diri.

Nonny juga mendedahkan ada pengarah yang memintanya untuk menanggalkan tudung atas alasan ia babak dalam rumah.

Bagaimanapun dia tidak akan sesekali tewas dengan permintaan pengarah.



"Antara ramai pengarah, saya sangat menghormati pengarah drama Luka Di Hati Diya, Eyra Rahman. Dia menghormati saya sebagai pelakon berhijab dan melarang membuka tudung kerana tidak mahu menanggung dosa.

"Sejujurnya, saya terkejut apabila ada pengarah tidak menghormati pelakon bertudung. Ada yang minta pakai rambut palsu jika tidak mahu membuka aurat. Peliknya, kenapa mereka tidak ambil pelakon yang tidak bertudung, bukankah ia lebih mudah?

"Saya bukan mahu berlagak baik, tetapi saya sedang dalam fasa memperbaiki diri. Saya banyak kekhilafan pada awal pembabitan dahulu, jadi saya tak mahu mengulangi kesilapan sama. Selain itu, saya mahu rezeki yang dicari untuk keluarga lebih berkat." -CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-9-2020 02:59 PM
Isu sama yg berulang2
Quote umbut 23-9-2020 03:16 PM
Ye lahhhhhh... ko je yg baik bertudung hidayah bagai.... hujung2 naik moto bersama jate...
Quote husna_amal 23-9-2020 03:34 PM
GAmbar yang last tu mengundang betul. Rapat2 macam tu boleh mengundang fitnah..
Quote missyL 23-9-2020 03:40 PM
husna_amal: GAmbar yang last tu mengundang betul. Rapat2 macam tu boleh mengundang fitnah..


Bkn laki die ke?laaaa
Quote lavendernovella 23-9-2020 04:35 PM
Ingat bergambo cengitu dah nikah.
Quote roti_banjir 23-9-2020 04:38 PM

belum kawen daaaaa..... baru settlekan urusan dokumen jer...
Quote TomyamPuteh 23-9-2020 04:41 PM
Ohhhh... I is terharu
Quote cikperiukkera 23-9-2020 04:49 PM
Tu je ke cerita psl minah ni? Patutla x berkembang kerjaya...msh sendu since free hair sampai berjilbab
Quote missyL 23-9-2020 05:01 PM
roti_banjir replied at 23-9-2020 04:38 PM
belum kawen daaaaa..... baru settlekan urusan dokumen jer...

Knp lagaknye cm nye lindungan syurga tp tidak selari dgn perbuatan. Adoii
Quote kakyungpilah85 23-9-2020 05:17 PM
Kemain lagi bercerita org suruh bukak tudung bagai.. Last2 bergambar rapat2 naik motor sama ngan jantan.. Mende laaaaa artis malaysia ni
Quote RatuDunia94 23-9-2020 06:56 PM
Masuk industri nk jd penyanyi join lah AF. Tersingkir jua.. eh kerjaya nyanyian sendu.. jd lah pelakon.. tak lama dh sendu berhijrah.. duk meratib itu x kena ini x kena.. tup2 "saya xnak bersara sbb dunia seni periuk nasi saya"
Quote red_velvet 23-9-2020 08:44 PM
Masalahnya ko berlakon citer apa sblm ni aku pun tak tau... Yg aku tau ko bekas student AF, tapi AF berapa tak tau gak.. pastu ko sendu... Tu je lah, takde yg menarik pasal ko...dalam dunia ni ramai je pompuan pakai tudung, tapi takdelah act good good pasal dosa pahala bagai... Aih dari sibuk nak jadi yatt sejadah no 2, baik ko jaga dulu ikhtilat dgn lelaki tu.. naik moto rapat, senggol2  tu pahala je?
Quote AyaqMeloSuam 23-9-2020 08:53 PM
umbut: Ye lahhhhhh... ko je yg baik bertudung hidayah bagai.... hujung2 naik moto bersama jate...

Ah.. gitewwww... tepat
Quote lattehazelnut 23-9-2020 09:00 PM
Biasalah atas tutup bawah bukak..
Quote vee_zara 24-9-2020 06:53 AM
Sapa dia ni. Berlakon crita apa? Asyik keluar nama dia je kat forum cari ni
Quote biozipstar 24-9-2020 12:17 PM
tapi dia belakon jadi jahat sesuai... berlakon jadi baik mcm kureng sesuai.. sbb tu pengarah tu suruh bukak tudung kot.. org jahat dikaitkan orang  x pakai tudung boleh fliphair. kahkah..okay itu spekulasi aku. moga kawen. jangan cerai berai...
Quote Lailerthee 24-9-2020 12:23 PM
Tangkap gambar rapat2 takpe pulak ye dok
Quote Belibis 24-9-2020 09:28 PM
Artis yg benar2 boleh dihormati selepas berhijrah seperti arwah Azmil Mustafa,Norkumalasari.
Terus takde dalam radar hiburan.kalau sekadar bertudung,masih terlompat2 atas pentas,takpayah la nak cakap banyak.diam2 sudahhhh.
Quote Suchi 24-9-2020 09:43 PM
Banyak pulak thread pasal dia nih huhu

Sebenarnya pelakon ni tak sesuai bertudung, melainkan nak pegang watak cliche je. Watak bertudung yg takde scene dlm umah bagai.

Kalau nak berlakon mcm2 watak sebaiknya tak perlu la bertudung lagi tidak lebih baik bersara je terus. Dapat jaga aurat dengan elok tak perlu dah risau itu ini.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.048931 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top