Wanita berusia 24 tahun nekad membunuh diri dengan menelan 20 biji paracetamol akibat tertekan setelah menjadi mangsa rogol di rumah sewanya di Cheras. Harian Metro melaporkan kejadian berlaku Ahad lalu itu disedari rakan serumah yang kemudian membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) jam 9 malam.
Dalam laporannya, mangsa yang bekerja sebagai kerani itu mendakwa dia diperkosa pada 4 September lalu selepas biliknya diceroboh lelaki dikenalinya yang juga rakan kepada teman serumah. "Rumah itu didiami empat wanita bujang dan akibat kejadian itu mangsa yang tertekan sehingga bertindak memakan 20 biji paracetamol. "Doktor yang merawatnya juga sudah membuat laporan polis dan mangsa kini stabil dan dibawa pulang ke kampung keluarganya di Johor. "Kita juga mengambil keterangan rakan serumah bagi membantu siasatan, manakala suspek sudah dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid. - CARI
|
dua_chzy replied at 9-9-2020 09:40 PM
Camna la, kawan boleh makan kawan punya kawan.
Bergaul dengan orang2 yang salah, inilah jadinya.
allshares replied at 9-9-2020 10:56 PM
Bencinya housemate jenis bawa jantan msk rumah sewa pompuan.
Dulu housemate iols mcmtu la, bawa s ...
supernaturalee replied at 9-9-2020 11:04 PM
memakan 20 biji paracetamol.
idadae replied at 9-9-2020 11:05 PM
Peliknya housemate you tu.. Dah lakinya biawak, pekdah ape pjj.. Kuar lah dr umah tu n cari lah um ...
allshares replied at 9-9-2020 11:15 PM
Iols rasa Minda dia tersekat di skala 6. Pjj sbb husband org kelate, rumah sewa ktorg kt KL. Kira ...
idadae replied at 9-9-2020 11:30 PM
Bilik pun kongsi, ada hati nk bwk laki gk.. Mesti sgt xselesa rumet dia tu..
Kdg2 diorg ni xpikir ...
clarizsa replied at 9-9-2020 11:20 PM
Kesian
I pernah telan banyak panadol juga
Tapi x mati cuma pengsan 48jam lebih cmtu tanpa siapa pe ...
allshares replied at 9-9-2020 11:02 PM
Kdg tu housemate yg tak paham Bahasa sis chzy, walau dilarang bawa juga jantan msk rumah, selaluny ...
macaiPH replied at 9-9-2020 11:07 PM
macam2 cara orang makan ubat
ada yang makan ubat dengan air kopi
belacan_gurl replied at 10-9-2020 02:05 AM
Mkn dgn pisang.. letak kat dlm tu...kunyah2 bila pahit kunyah lagi sampai abis hahaha
ADVERTISEMENT