CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pekebun Durian Dakwa Skim Royal Pahang Durian Kontrak Penghambaan?

28-8-2020 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16798| Komen: 158

Seorang pengguna Facebook membantah keras skim tidak adil yang ditawarkan Royal Pahang Durian dan meluahkan rasa kesal apabila pekebun kecil durian dipaksa menandatangani 'kontrak penghambaan'.

Save Musang King Alliance (SAMKA) yang didirikan pekebun durian tanpa permit mengadakan sidang media 'membongkarkan' bahawa syarikat swasta (Royal Pahang Durian Resources PKPP SDN BHD) bertindak zalim termasuk mendirikan outpost untuk menyekat kebebasan pekebun daripada memasuki ladang mereka dan memaksa pekebun menandatangani kontrak yang tidak adil.


Kredit foto: FB

Malah, dia menyifatkan kerajaan mengeksploitasi pekebun, sekali gus menolak mereka ke jalan mati.

"Pekebun bukan sengaja menduduki tanah secara tanpa permit. Sebaliknya, mereka telah lama menggunakan saluran formal untuk memohon geran tanah ataupun permit, tetapi permohonan kerap ditolak. 


"Sekarang, kerajaan negeri secara tertiba-tiba menyewakan tanah kepada syarikat swasta," luahnya.

Antara terma kontrak yang tidak adil menurutnya termasuklah cukai tanah sebanyak RM6,000 pada 2020 bagi seekar tanah dengan 30 batang pokok durian, dan kadar levi tanah yang bakal dinaikkan mendadak pada tahun 2021 dan 2022 melambangkan ketamakan syarikat.

"Pekebun mesti menjual semua buah kepada syarikat tersebut dan menghasilkan durian dalam bilangan tertentu setiap tahun. 

"Mereka tidak boleh memperdagang atau menimbun secara bebas, malah dilarang untuk membawa durian pulang ke rumah untuk dinikmati keluarga," ujarnya.



Individu itu juga mengecam pihak syarikat berkenaan yang mendakwa tiga ratus pekebun kecil telah menandatangani kontrak tersebut sedangkan tiada seorang pun menandatangani kontrak dengan syarikat itu.

"SAMKA menyatakan bahawa 'pekebun tanpa permit' ini sebenarnya berjasa untuk menjadikan Raub sebuah 'Bandar Musang King' serta menjadikan Raub pembekal Musang King utama di seluruh dunia," katanya.




Hantaran ini bagaimanapun mencetuskan perdebatan di kalangan warga maya di mana rata-ratanya mengecam golongan berkenaan yang diumpamakan 'diberi betis hendak paha'. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 28-8-2020 03:52 PM
Jap.. Jap.. Tanah kerajaan.. Ohhhhh.. PEKEBUN HARAM RUPANYA
Quote KIM.K 28-8-2020 03:57 PM
Ko jangan nak twist la status haram tu
Aku biasa lapor SMM peniagaan haram tanpa SSM. Dah macam hero pendekar peniaga takda ssm ni memperjuang nasib orang miskehin padahal..haramm. Poodah
Quote LadyCarefree 28-8-2020 03:57 PM
Royal Durian ni company anak Agong.

Hmmmmm dah sedia kaya raya maya yaya tata zaya kot. Cemaner tanah2 tu tanah kerajaan tp tetiba jd dia punya? Ke macam mana?
Quote LadyCarefree 28-8-2020 04:00 PM
Edited by LadyCarefree at 28-8-2020 03:04 PM
sarah82 replied at 28-8-2020 02:52 PM
Jap.. Jap.. Tanah kerajaan.. Ohhhhh.. PEKEBUN HARAM RUPANYA


Tanah tu memang tanah pekebun tanam cara haram. Tp pekebun ni dah berzaman tanam durian.
Ok je kalau kerajaan nak kenakan levi ke sewa ke apa. Tapi kenapa company anak agong pula tetiba dapat hak atas tanah2 ni?

Sesiapa boleh bagi pencerahan?

5300+ ekar. Annual bayaran saja kompeni tu kutip 5300x6000 = RM31juta. Belum lagi pas. And what not. Kenapa semua ni bukan kerajaan pahang yg kutip sebab tu tanah kerajaan.
Quote salamon 28-8-2020 04:01 PM
Jaman jibby lgi dorang niaga durian harey, jibby x bising pon.
Quote akusukaq 28-8-2020 04:01 PM
Tak kenakan cukai atas hasil yg dikaut  50 tahun yg lalu pun dah kira cukup bagus.
Mai kita tukar peribahasa mcm Belanda mintak tanah  kpd  mcm cina mintak tanah.
Quote dizekni 28-8-2020 04:01 PM
Tak payah layan sumber cina komunis

yang sahih dan rasmi cuma kenyataan pihak berkuasa kerajaan negeri Pahang je
Quote sarah82 28-8-2020 04:02 PM
LadyCarefree replied at 28-8-2020 04:00 PM
Tanah tu memang tanah pekebun tanam cara haram. Tp pekebun ni dah berzaman tanam durian.
Ok je  ...

Dah haram mcm tu la.. Ada kes dulu kat Perlis.. Depa dah puluh tahun dok situ.. Sebab tak ada geran dan ada company memohon.. Tanah tu dapat kat company tu.

Berpuluh2 tahun puak2 ni makan hasil haram since tak byr cukai apa kan...maka patut la kena kaw2..
Quote dizekni 28-8-2020 04:03 PM
LadyCarefree replied at 28-8-2020 04:00 PM
Tanah tu memang tanah pekebun tanam cara haram. Tp pekebun ni dah berzaman tanam durian.
Ok je  ...

Itu taktik biasa towkay cina

buat company, lepas tu pelawa sorang Melayu berpengaruh untuk kuada lobi derang

ini semua taktik basi komunis
Quote LadyCarefree 28-8-2020 04:07 PM
sarah82 replied at 28-8-2020 03:02 PM
Dah haram mcm tu la.. Ada kes dulu kat Perlis.. Depa dah puluh tahun dok situ.. Sebab tak ada gera ...

Like I said, tu tanah kerajaan. Setuju?

Why kompeni anak agong pula tiba2 dapat hak penggunaan dan kutip 6k per ekar = 31 juta setahun just on permit. Belum lagi pas dan hal2 lain. Kenapa bukan kerajaan pahang?


Quote LadyCarefree 28-8-2020 04:08 PM
dizekni replied at 28-8-2020 03:03 PM
Itu taktik biasa towkay cina

buat company, lepas tu pelawa sorang Melayu berpengaruh untuk kuad ...

Eh. Awak ni faham ke apa isu saya bangkitkan?
Quote prettyuglybabe 28-8-2020 04:08 PM
dah berjuta kaut suruh bayar 6000 pun riuh..
ceng cong ceng cong punya cerita sama macam kelly..
sikit pun i tak percaya..
Quote Kurex 28-8-2020 04:13 PM
Leluhur........ Tersi*l
Quote sharlenetexas 28-8-2020 04:13 PM
Tebang je lah pokok durian tu.
Quote LadyCarefree 28-8-2020 04:14 PM
prettyuglybabe replied at 28-8-2020 03:08 PM
dah berjuta kaut suruh bayar 6000 pun riuh..
ceng cong ceng cong punya cerita sama macam kelly..
s ...

Awak tahu ke siapa yang dapat 31juta setahun tu hanya kerana tanah kerajaan tu dah dibagi hak pengunaan kepada syarikat persendirian. Tak kisah ke hal ini asalkan cina yang kena? Cina atau pekebun haram tu memang eloklah kalau kena bayar. Tapi bayarlah pada tuan tanah. Tak gitu?
Quote akusukaq 28-8-2020 04:17 PM
Pilihan di tangan pekebun,  mereke boleh tebang atau racun  semua pokok pokok durian tu. Tak siapa pun boleh paksa mereke jadi hamba.
Quote sarah82 28-8-2020 04:18 PM
LadyCarefree replied at 28-8-2020 04:07 PM
Like I said, tu tanah kerajaan. Setuju?

Why kompeni anak agong pula tiba2 dapat hak penggunaan  ...

Dan pekebun haram ni pun untung berjuta2 utk 1 ekar tanah haram yg depa buka kebun kan?
Quote annehuda 28-8-2020 04:19 PM
LadyCarefree replied at 28-8-2020 03:57 PM
Royal Durian ni company anak Agong.

Hmmmmm dah sedia kaya raya maya yaya tata zaya kot. Cemaner t ...

ni aku quote drpd buku undang2 tanah.


Walau         pun         kuasa         perundangan         berkaitan         dengan         tanah         secara         umumnya         telah        diambil         alih         oleh         kerajaan         Persekutuan,         kuasa         pentadbiran         tanah         masih         kekal         di        tangan        kerajaan        negeri.        Seksyen        40        KTN        secara        jelas        memperuntukkan        bahawa        Pihak        Berkuasa        Negeri        (PBN)        mempunyai        hak        ke        atas        semua        tanah        yang        termasuk        di        dalam        sempadan        negeri        masing-masing.        PBN        diberi        kuasa        untuk        melupuskan        tanah        tersebut        mengikut         kaedah         yang         ditetapkan         oleh         undang-undang         seperti         KTN,         Enakmen        Perlombongan         (Cap         147)         dan         Akta         Perhutanan         Negara         1984.         Segala         urusan        pentadbiran        yang        berkaitan        dengan        tanah        juga        perlu        dilakukan        melalui        kuasa        PBN.        Istilah        PBN        merujuk        kepada        Raja        atau        Gebenor        yang        perlu        bertindak        mengikut        nasihat        Majlis         Mesyuarat         Negeri         di         dalam         melaksanakan         tugas         dan         kuasa         yang         ditetapkan        oleh         KTN.


Quote LadyCarefree 28-8-2020 04:20 PM
sarah82 replied at 28-8-2020 03:18 PM
Dan pekebun haram ni pun untung berjuta2 utk 1 ekar tanah haram yg depa buka kebun kan?

iols bukan masuk side pekebun haram. Memang patut pun dah lama kena tindakan.

iols tanya kenapa bukan kerajaan yg kutip semuanya sebab tu tanah kerajaan.

Lihat semua komen(158)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.045836 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top