CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majlis kahwin ala kelab malam buat netizen terkejut

27-11-2024 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25793| Komen: 40|Original author: YgBenar




Pepatah mengatakan perkahwinan atau berumah tangga itu umpama mendirikan masjid.

Kebiasaannya, selesai pernikahan akan disusuli pula dengan majlis perkahwinan sama ada secara sederhana mahupun besar-besaran mengikut kemampuan dan tema masing-masing.

Namun, sedikit luar biasa apabila sebuah majlis perkahwinan disambut dengan gilang gemilang tak ubah seperti kelab malam!

Menerusi video tular, sepasang pengantin berarak masuk ke dalam dewan

Kedua-dua mempelai yang kemudian dapat dilihat secara agresif menggoyangkan badan mereka mengikut lagu rancak berentak disko yang dipasang

Di tengah-tengah dewan pula menyaksikan sekumpulan lelaki  dan wanita yang  dipercayai pengiring kedua-dua pengantin asyik menari bersama.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 27-11-2024 11:47 AM
kelainan oleh bangsa Johor?
Quote edayildiz 27-11-2024 12:28 PM
tgk mika sikit
Quote edayildiz 27-11-2024 12:29 PM
ada after party x
Quote makciktijah 27-11-2024 01:10 PM
ni puak ulu banat mana la feeling sekolah membesar tgh2 JB ni? tgk baju memasing pun mcm blazer mydin atau bundle paso malam.



Quote AbukRokok 27-11-2024 02:06 PM
cuba dia letak lagu gamelan jadi xde isu
ini cuma isu pemilihan muzik je

ingat semua orang suka rock kapak balada sendu eddie hamid ke?
Quote berusjamban 27-11-2024 02:14 PM
Sukahati la tu majlis dia... nak happy2 takkan la nak buat macam majlis tahlil pulekkkk... alahai
Quote vespa_oren 27-11-2024 02:17 PM
Baguslah dia dh kawen
Quote Decaffeinated 27-11-2024 02:26 PM
Yang komen tu confirm tak pernah jejak kelab malam
Quote kucingitam 27-11-2024 02:29 PM
yg budak kecik 2 orang tu tak tau nak reaksi cemana..
Quote hokeypokey 27-11-2024 02:31 PM
majlis dia duit dia so lantak la..
Quote afie_m 27-11-2024 02:31 PM
majlis dia biar lah..lantak dia lah..ni nak lain dr yg lain lah kononnya kot
Quote seri_mawr 27-11-2024 02:39 PM
mak ayah dia ok...siapa lah kita nak komen lebih2....

cumanya klu itu anak aku...mmg tak lah aku nak benarkan majlis buat gitu...
Quote ultra78 27-11-2024 02:44 PM
keluarga kerabat ke?
Quote slavehunter 27-11-2024 03:03 PM
Pengantin nak kelainan, ok jer. Ada tu majlis dah berkah dengan doa dan nasyid semua perfect pengantin pun kahwin dapat restu semua, lagi sebulan nak cukup setahun perkahwinan cerai juga.

Kisah benar my friend.  
Ikut nasib dan takdir masing2 qada dan qadar.
Quote ketambangkang 27-11-2024 03:04 PM
nk buat gini bole..tp x leh jemput la tok long, tok ngah, tok busu sema tu
Quote Sazreena 27-11-2024 05:02 PM
Nauzubillahminzalik...
Quote Budakmomok 27-11-2024 05:07 PM
Cucuk langit semua hahaha
Quote brainbiru 27-11-2024 08:45 PM
Nak ke kelab malam mak ayah tak benarkan... jadi dia pulun la mencucuk mcm kelab malam di majlis perkahwinan.  Semoga bahagia dunia dan akhirat
Quote brainbiru 27-11-2024 08:47 PM
Belah2 Benut ke ni?

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.044679 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top