CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Harga Dah Macam Firaun, VIP Je Mampu Pakai Batik Malaysia Sekarang

28-8-2020 10:55 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 19967| Komen: 165|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Batik Malaysia cost RM300++ but I bought batik indon RM150++ Its all about affordability. Young kids nowadays cant afford that."


"Batik Malaysia cost RM300++ but I bought batik indon RM150++ Its all about affordability. Young kids nowadays cant afford that."


Antara perdebatan hangat di laman Twitter saat ini adalah mengenai mengapa industri batik tempatan tidak mendapat tempat dalam kalangan majoriti rakyat Malaysia?

Jauh berbeza dengan Indonesia yang mana rakyatnya sangat bangga memakai baju batik tempatan. Ianya sehingga mereka berasa wajib memakainya sekurang-kurangnya seminggu sekali seperti pelajar sekolah rendah memakainya pada setiap hari Isnin.


Adakah kerana kita tiada semangat nasionalisme atau ada punca lain menyebabkan batik Malaysia dipandang sepi oleh rakyat sendiri?



Kredit foto:

Rata-rata warganet melemparkan pandangan bahawa harga yang terlalu mahal sehingga beratus-ratus ringgit bagi sepasang kain atau sehelai kemeja batik yang menyebabkan batik Malaysia menjadi milik golongan berada sahaja.

Malah, warga Indonesia sendiri terkejut dengan harga batik Malaysia yang katanya mampu membeli lebih banyak kain batik di sana.


Foto : Twitter

Foto : Tribunews.com

Selain harga yang kononnya golongan kenamaan sahaja yang mampu memakainya, corak rekaan batik tempatan juga didakwa tidak cantik, terlalu eksklusif sampaikan rekaan pun tidak mengikut peredaran semasa!


Foto : Twitter
Foto : OmarAli.com

Bagaimanapun, ada yang mengatakan material batik Malaysia banyak menggunakan kain lembut seperti satin atau sutera, jadi ia tidak sesuai dijadikan pakaian harian. Manakala, batik Indonesia pula lebih pelbagai dari kain kapas hinggakan kain mahal. 


Foto : Norarfabatik.com

Jadi, bagaimana mahu mengkomersialkan batik tempatan supaya lebih ramai rakyat Malaysia memakainya? Anda cadangkan. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 28-8-2020 10:58 AM
Sblm ni harga Yahudi..skrg harga Firaun..dh upgrade ke?
Quote chandrahusin 28-8-2020 11:01 AM
dulu2 masa Petronas mendunia in the 90s
kwn Petronas aku jual batik dr Indonesia
RM2k paling murah utk 4 meter
laku keras dikalangan org Petronas
Quote ChildrenOfBodom 28-8-2020 11:02 AM
harga dajjal > harga syaitan > harga firaun > harga yehudi
Quote YgBenar 28-8-2020 11:07 AM
Kain batik kat mydin baru 20 hinggit,apa mahalnya
Quote talapia 28-8-2020 11:09 AM
aku bukan staff gomen.. jadi takde wajib kena pakai baju batik di hari khamis. Biasanya aku pakai baju batik ni pergi majlis kawin.. majlis2 formal la.. Dh seharian pakai casual.. special ocassion pakaila batik.. Mahal oi batik nak pakai hari2... kain potong aje dah 300.. belum jadi baju lagi. Adoila..  

Tapi aku suka batik.. baju kurung batik sutera tak ditelan zaman. Buat sepasang pakai entah berapa tahun.. tapi untuk hari special aje la.. Bukan orang tau pon tu baju zaman tok adam.. sebab takde trend. hehe
Quote deknon 28-8-2020 11:11 AM
YgBenar replied at 28-8-2020 11:07 AM
Kain batik kat mydin baru 20 hinggit,apa mahalnya

betoi.. baru p borong semalam
coraknya sedap mata memandang
Quote bottombikini 28-8-2020 11:11 AM
aku lagi suka batik indon.
cotton & corak so cantik..
Quote ifanonline 28-8-2020 11:12 AM
i dont like batik
Quote kucingitam 28-8-2020 11:13 AM
satgi dia klaim keras...jaga2 gais..
Quote minguk 28-8-2020 11:14 AM
dulu mak i suka pakai batik and sutera. sekarang mahal namatey.. katanya pakai jubah arab yang plain dah la.
Quote mizruncing 28-8-2020 11:15 AM
ade je batik murah. tp kualiti cikai laa. means kain mudah reput n nipis. tp meols suka tgk songket n batik kt pasar payang nun. hrga blh tahan
Quote meteorspeed 28-8-2020 11:15 AM
Sbb tue aku tak beli.. Tak mampu eh.. Mahal nak, mampus
Quote CocoCily 28-8-2020 11:17 AM
Mana nak sama batik cetak mesin dengan batik lukis tangan kan.
Yes, batik Malaysia memang mahal and material banyak sutera. Mana nak kena selera orang muda.

Batik indonesia cotton and sedap pakai. Ada jual ela so boleh jahit jadi macam macam fashion.
Batik Malaysia yang cotton ni kain batik untuk pakai bila berpantang je la orang kita cari.

Tak semua orang selalu pakai traditional attire pun satu la.
Termasuk I la, only pakai for raya & weddings


Quote Bulanbaru 28-8-2020 11:17 AM
bottombikini replied at 28-8-2020 11:11 AM
aku lagi suka batik indon.
cotton & corak so cantik..

Mi jugak.

Paling penting bagi mi, mesti 100% cotton. Mi eczema teruk. Kena pakai natural fabric aje.

Ehhhh, ada mana2 online seller keren nak rekomen???
Quote TomyamPuteh 28-8-2020 11:20 AM
Firaun pkai batik ke?
Quote swateng1 28-8-2020 11:28 AM
MEMANG BATIK MALAYSIA MAHAL NAK MAMPUIHHHH
Quote BicaraHatiku 28-8-2020 11:33 AM
Batik ni sebenarnya practikal...kalau kenduri iols suka pakai batik. Selesa lebih2 lagi kenduri melayu bawah khemah.
Quote vespa_oren 28-8-2020 11:33 AM
batik Malaysia susah nk gosok, aku ada batik msa awal dpt keje gomen ayah aku bgi, susah betul nk gosok last aku beli batik kt kedai hari2 sampai skrg aku pakai
Quote dekmieDandy 28-8-2020 11:38 AM
tak suka pakai kain satin, segala benda nampak timbul

tapi kemeja batik corak jawa tu tak berkenan

penyudahnya memang ada satu je kemeja batik dalam almari tu, yang tu pon bertahun dah tak pakai

diorang tak nak buat corak batuk malaysia cotton ke???

Lihat semua komen(165)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.080928 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top