Jika kita merasakan cuaca di Malaysia sudah sangat panas dengan suhu
tertinggi 37.4 darjah celsius ketika ini, bayangkan pula suhu yang
direkodkan setinggi 55 darjah celsius? Pada Ahad lalu, Taman Negara Death Valley California, Amerika Syarikat (AS) mencatatkan rekod suhu terpanas di dunia. Menurut BBC, perkembangan itu susulan gelombang cuaca panas yang melanda
pantai barat negara itu. Lebih dasyat, ianya dijangka semakin meningkat
minggu ini. Memburukkan lagi keadaan, ianya menganggu bekalan elektrik di California apabila stesen jana kuasa mengalami masalah.
Seorang petugas di taman negara berkenaan, Brandi Stewart menyatakan dia banyak menjalankan tugas di dalam bangunan sepanjang bulan ini. "Ini
adalah haba yang amat menyeksakan. Bila berjalan di luar, anda akan
berasa seperti berada di dalam ketuhar dengan gelombang haba terasa di
seluruh badan." Bagaimanapun, ianya tidak menghairankan kerana taman negara sama pernah
merekodkan cuaca paling panas di dunia iaitu 54 darjah
Celcius pada 2013. Dalam masa sama, pihak berkuasa meramalkan gelombang haba akan meliputi kawasan dari Arizona di barat daya menghala ke pantai di Washington barat laut negara itu. Ia dijangka mencapai kemuncaknya pada Isnin dan Selasa sebelum suhu panas itu diramal menurun dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 hari lagi. Mujurlah negara kita tidak sepanas itu. Paling tinggi pun pernah
mencapai suhu sehingga 40 darjah Celsius, itu pun sekali sahaja pada
tahun 1998 disebabkan fenomena El Nino. Jadi, bersyukurlah ya. - CARI |
9
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
3
Sedih |
3
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Nana_Man: Kawan aku kat arizona smlm tunjuk telur masak lepas 2 jam letak kat luar rumah.
ulamalu: Padang pasir Arab dgn Afrika countries x sampai suhu ni ke?
ADVERTISEMENT