CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adibah Noor Tak Ada Duit, Jual Rumah Dan Barang Kemas

2-8-2020 12:26 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 12916| Komen: 46|Original author: Oleh: Saiful

Disebabkan kesempitan wang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Adibah Noor terpaksa menjual rumah dan menggadaikan barang kemasnya.

Adibah kata ramai yang menyangka anak seni hidup mewah tapi hakikatnya tidak.

"Saya menerima banyak mesej dalam media sosial yang memohon bantuan kewangan. Mana yang saya boleh dan sempat bantu, saya tolong.

"Pekerja seni macam saya yang berada di depan lensa kamera dan atas pentas, memang nampak macam mewah, sering kali muat naik video atau gambar untuk menunjukkan kami masih aktif bekerja dalam bidang seni."

"Hakikatnya, ketika PKP, saya tidak ada 'job' langsung sekali gus tiada pendapatan.

"Jadi, selepas PKP, iaitu pada fasa pemulihan, barulah dapat tawaran kerja sedikit demi sedikit untuk berlakon, menyanyi dan sebagainya,"  katanya kepada Berita Harian.


Penyanyi ini tidak malu untuk memberitahu banyak benda yang dah dijual.

"Saya tak malu nak beritahu saya juga mengalami kesusahan atau kesukaran daripada segi kewangan. Tetapi kita cuba cari jalan sendiri," tambahnya.

Walaupun semasa PKP Adibah tiada pendapatan, dia tetap perlu membayar gaji pekerja dan menyediakan makanan untuk 37 ekor kucing peliharaannya.

"Saya bukan nak mengadu, ini juga bukan curahan perasaan untuk menagih simpati. Saya cuma nak beritahu hakikatnya, saya juga mempunyai masalah sendiri.

"Minta maaf saya tak dapat membantu orang lain kerana saya kena bantu diri saya sendiri.

"Apa-apapun, saya doakan semoga kita semua dapat mencari rezeki. Semoga Tuhan permudahkan segala urusan kita." -CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 2-8-2020 12:29 PM
Dah elok2 dulu kerja jd cikgu berhenti..
Quote armin 2-8-2020 12:30 PM
37 ekor kucing?? Yelah takde anak maybe kucing tempat bermanja. Tp mesti kena upah orang tolong mandikan, cuci, bagi makan kan. Ada my friend bela 40 ekor kucing dia sewa satu rumah untuk kucing tu saja duduk. Sebulan 4k habis untuk kucing.
Quote Catpaw 2-8-2020 12:32 PM
armin replied at 2-8-2020 12:30 PM
37 ekor kucing?? Yelah takde anak maybe kucing tempat bermanja. Tp mesti kena upah orang tolong mand ...

Dia bela baka yg org jual ke?
Quote rosli_nurizzati 2-8-2020 12:44 PM
37 ekor kucing... mak aih... mau almost 2-3k per month ni expenses dia.. tu la... elok2 hang jadi cikgu, pi berenti.. kalau dak naik gred berapa dah... lepastu jadi retis, tunjuk lak political stance.. neutral sudah.. I hope u dpt la byk job ms dibah .. demi your cats...
Quote merrissa 2-8-2020 01:46 PM
adoi x abis2 berita pasai dia xde duit...nyampah aku...hdup bersederhana je la...
Quote gadget 2-8-2020 04:21 PM
nak jual diri (kahwin) tak laku, so jual rumah je lah ye gemok?
Quote Rhyno 2-8-2020 04:26 PM
Sendunya Kak Deebo ni dari dulu mula2 kuar smpai skrg takda lagu2 baru......
Quote blekkep 2-8-2020 05:12 PM
patut lar poremer ramai marah kat sepol cari nie...suke sgt copy thread poremer lain...dosa woo mkn duit haram sbb x nak usaha sndirik buat keja
Quote kiah_mai_pulak 2-8-2020 05:16 PM
kak debab try lah potong usus, confirm kurus turun 20-30kg,  sebulan lepas tu juallah produk kurus timbang kilo. silap2 boleh beli vellfire.

#kakiahsuggest
Quote dudaberhias 2-8-2020 05:19 PM
kiah_mai_pulak replied at 2-8-2020 05:16 PM
kak debab try lah potong usus, confirm kurus turun 20-30kg,  sebulan lepas tu juallah produk kurus t ...

jangan lupa boleh join venture dengan mamasab untuk suruh agen dia jualkan produk2 kurus dia... di jamin BMF...

takde customer? tiada masalah, agen beli sesama agen la, dropship beli sesama dropship. Ulang2 la sampai sold out.

stok dekat agen bertimbun2 tak habis? boleh korek lubang dan kambus belakang rumah kemudian update status sold out.
Quote kiah_mai_pulak 2-8-2020 05:51 PM
dudaberhias replied at 2-8-2020 05:19 PM
jangan lupa boleh join venture dengan mamasab untuk suruh agen dia jualkan produk2 kurus dia... di ...

takda customer jgn mggelabah teksssss, sbb mamasab kan adoooo
Quote dudaberhias 2-8-2020 06:04 PM
kiah_mai_pulak replied at 2-8-2020 05:51 PM
takda customer jgn mggelabah teksssss, sbb mamasab kan adoooo

trust the process, trust the process... mamasab warrior the best
hall of fame August nanti (jualan produk kurus mamasab x deebah noor)

Agen 1 : 80 trillion
Agen 2 : 50 trillion
Agen 3 : 30 Trillion
Agen 4 : 10 Trillion
Agen 5 : 900 billion

sambil pos poster dekat sosial media dress up coat
Quote Pamelaloba 2-8-2020 06:08 PM
gadget replied at 2-8-2020 04:21 PM
nak jual diri (kahwin) tak laku, so jual rumah je lah ye gemok?

Jahatnya mulut
Quote addamnor 2-8-2020 06:23 PM
kiah_mai_pulak replied at 2-8-2020 05:16 PM
kak debab try lah potong usus, confirm kurus turun 20-30kg,  sebulan lepas tu juallah produk kurus t ...

Tak perlu nak potong usus utk kurus.. adele dari gemok obese elok jah sheols transform kurus melidi hasil dari diet dan exercise over a year plus ( i think almost three years juga beliau ambil masa utk loose weight dari lagu hello tu release sudah nampak susut muka ).. adibah noor pernah kluar statement sheols nak kurus tapi nak hidup sedap iaitu tak mahu susah payah exercise dan control diet.. so hadap lah gemok sampai mampos kalau ada thinking sebegitu
Quote slyfynx 2-8-2020 06:30 PM
Awat aku rase mcm dh ade ye thread ni?
Quote pencintaABC 2-8-2020 06:30 PM
Selain terlalu Istimewa menang AJL & berlakon dlm filem Yasmin Ahmad, apa lagi pencapaian beliau?
Quote kiah_mai_pulak 2-8-2020 06:32 PM
slyfynx replied at 2-8-2020 06:30 PM
Awat aku rase mcm dh ade ye thread ni?

biasalah. takkan u tak kenal si pemalas copypaste @Cari-Saiful ni?! jadilahhhh at least ada duit masuk tetiap bulan buat mkn anak beranak
Quote addamnor 2-8-2020 06:50 PM
pencintaABC replied at 2-8-2020 06:30 PM
Selain terlalu Istimewa menang AJL & berlakon dlm filem Yasmin Ahmad, apa lagi pencapaian beliau?

Juara pujaan nescafe 94
Pelakon iklan raya
Quote timah03 2-8-2020 06:53 PM
dudaberhias replied at 2-8-2020 06:04 PM
trust the process, trust the process... mamasab warrior the best
hall of fame August nan ...

Lahhhh... Ada sambungan lagi ke dudaberhias....
Ingat dah habis pasal mamasab.....

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.094210 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top