"Kerana saya bertudung, mereka terpaksa batalkan tawaran." Aktres Zila Bakarin, 45, mengakui pernah beberapa kali ditolak syarikat produksi selepas tampil dengan imej bertudung sejak Februari lalu. Zila berkata, kebanyakan tawaran lakonan itu ditawarkan sebelum dia bertudung dan selepas berbincang, dia melepaskan tawaran itu dengan hati terbuka. "Ada beberapa tawaran yang saya terima awal tahun ini ketika belum bertudung. Jadi, bila saya bertudung ada beberapa tawaran dibatalkan kerana mereka mahukan Zila Bakarin yang dahulu." Menurut Harian Metro, Zila berlapang dada walaupun tawaran lakonan buatnya dibatalkan kerana imej terbarunya ini. "Peringkat awal bertudung, bimbang juga akan beri kesan pada karier lakonan. Tapi, saya buka mata dan reda walaupun beberapa bulan tak ada tawaran memandangkan kita pun berdepan dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ketika itu." Bercerita mengenai watak yang akan diterimanya selepas ini, Zila berkata, dia masih lagi terbuka sekiranya ditawarkan watak jahat. "Walaupun bertudung, kita kena terima hakikat bahawa tak semua orang yang bertudung itu baik." Ramai pula artis yang menyuarakan tidak mendapat tawaran berlakon dengan pelbagai sebab. Jadi, adakah memang salah produksi atau kita yang kekurangan karya hebat? - CARI |
limau_lemon replied at 1-8-2020 08:53 AM
Salah satunya cerita yg sedang di tayang kan tu ke?
kiah_mai_pulak replied at 1-8-2020 09:41 AM
tolong buat cter awek tudung kaki kikis jantan gemok n snaggup bermadu dgn bini hot seksi n moden. p ...
fadz84 replied at 1-8-2020 10:39 AM
Antagonisnya watak heroin cmtu.. hehehe.. adaptasi kisah hidup AI ye.. haha.. kang kena banned ngn ...
ADVERTISEMENT