Lelaki warga asing maut selepas terjatuh ke dalam parit sedalam tiga meter ketika melarikan diri dari penyamun. BH Online melaporkan, kejadian berlaku di kawasan berhampiran depoh Keretapi Tanah Melayu (KTM), Bukit Tengah di Bukit Mertajam, semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad mengesahkan kejadian dan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat dalam parit berkenaan jam 12 tengah hari. Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika Mohammad Bappi, 39, dalam perjalanan ke sebuah bank. Difahamkan, mangsa ditemani rakannya berusia 32 tahun untuk memasukkan wang ke dalam akaun keluarganya di kampung. "Namun ketika tiba di lokasi kejadian, mereka berdua didatangi seorang penunggang motosikal tidak dikenali yang mahu melakukan kegiatan samun sebelum memukul rakan mangsa dengan objek keras hingga pengsan.
"Mangsa kemudian dipercayai menyelamatkan diri dengan melompat pagar stesen kereta api berkenaan tetapi disebabkan gagal mengawal dirinya dia terjatuh ke dalam parit sedalam tiga meter hingga cedera parah dan meninggal dunia," katanya. Rakannya yang sedar dari pengsan bergegas pulang ke asrama mereka di Taman Nagasari untuk memaklumkan mengenai kejadian sebelum menghubungi polis. "Pemeriksaan lanjut yang dijalankan ke atas mayat mangsa menemui kesan kecederaan disebabkan objek tumpul dan kesan melecur pada lengan sebelah kanan," tambah Mohammad Bappi. Polis kini giat memburu suspek dan mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. - CARI
|
Xim replied at 19-7-2020 11:36 PM
12tgh hari ke tgh mlm ni?
FOTHER-MUCKER replied at 20-7-2020 04:12 PM
Dalam News tu dah bagi tau 12tgh!
Ada ke bank buka 12tengah malam untuk dia hantar duit ke kam ...
Xim replied at 20-7-2020 03:36 PM
12tgh hari ke tgh mlm ni?
jazaa100 replied at 20-7-2020 09:20 PM
Tgahari lah yang....
Tgah mlm bank tutup
Xim replied at 20-7-2020 09:27 PM
ingtkn malaysian blh transfer pakai cdm je....hehehe....
jazaa100 replied at 20-7-2020 09:39 PM
Sepatutnya dorang klu nk gi bank, pergi ramai ramai....klu 2org, mcm ni lah jadinya.....
NekNgah replied at 21-7-2020 10:29 AM
Kesian walaupun dia warganegara asing tapi dia mencari rezeki untuk keluarga. Mesti keluarga tertun ...
ADVERTISEMENT