Bulan depan nak kahwin, tapi dah kena tangkap khalwat. Pasangan kekasih itu adalah antara yang ditahan di sebuah motel di Bedong Kedah.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib, pasangan yang masing-masing berusia 29 tahun itu daftar masuk ke motel selepas menghantar borang nikah di Pejabat Agama Daerah Sik. Awani melaporkan, wanita berasal dari Sik itu bekerja di sebuah kilang di Kulim dan akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya pada 3 Ogos depan. Sementara itu, enam lagi pasangan lain turut ditahan dalam operasi tersebut. Semua pasangan yang ditahan ini akan disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana berkhalwat.
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. -CARI |
mieymiey replied at 17-7-2020 04:48 PM
Apa ko ingat lepas hantar borang nikah tu ko dah dikira bernikah ker? Bodoh!
dudaberhias replied at 17-7-2020 04:51 PM
dekat motel.... patut la... lain kali pilih la ritz carlton... nak bersedap pun labur la lebih sikit ...
prettyuglybabe replied at 17-7-2020 04:58 PM
test drive dulu ke
ADVERTISEMENT