Sejak kebelakangan ini, nama Sajat Kamaruzzaman dan Safiey Illias kembali disebut-sebut kerana ulah mereka yang menyakitkan hati ramai rakyat Malaysia.
Selepas teruk dihentam warganet termasuk golongan pendakwah, Safiey membuka suara menempelak teguran mereka dan 'menyatakan kesediannya bersemuka mana-mana PU (Pencetus Ummah), ratu motivasi atau ratu syurga'. Berikutan itu, PU Syed Bakri tampil 'menjemput' Safiey jika benar sudah bersedia bersemuka dengannya. Malah, dalam satu hantarannya selepas itu meminta Sajat juga menyertai pertemuan mereka. Bagaimanapun, katanya mereka yang 'memerlukan bimbingan dan khidmat nasihat yang sepatutnya datang bersemuka dengannya, bukan sebaliknya. "Jangan samakan ambe dengan Ustaz Ebit (Lew). Jika dia yang datang secara lemah lembut pun kamu dan kawan baik kamu masih tak insaf, biarlah yang agak garang ni nasihatkan kamu pula," tulisnya di Instagram. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|