Hanya kerana tidur terganggu akibat bunyi bising ketika mengalihkan kenderaan, lelaki memukul sepupunya dengan paip PVC. Memetik Berita Harian, kejadian di Permatang Kerai Besar, Kepala Batas pada Sabtu lalu itu menyebabkan lelaki berusia 26 tahun mengalami lebam dan luka.
Dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu, lelaki berusia 24 tahun terjaga dari tidur akibat bunyi bising di luar rumah sebelum keluar dan mendapati sepupunya sedang mengalihkan kenderaan sepupu perempuannya. Menurut laporan, suspek yang berang tidurnya diganggu mengambil paip PVC dan memukul belakang badan serta peha kiri mangsa. "Suspek kemudian masuk semula ke rumahnya untuk sambung tidur," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor. Bimbang keselamatan diri, ibu bapanya dan juga ibu saudara serta nenek yang tinggal di rumah suspek, mangsa membuat laporan polis sebelum lelaki terbabit ditahan.
"Polis membuat tangkapan di rumah suspek yang terletak dua meter dari rumah mangsa pada jam 6.30 petang semalam. "Semakan mendapati, suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik," katanya. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - CARI |
noor2 replied at 14-7-2020 05:20 PM
Zaman covid ni orang semua susah hati banyak masalah tau dak ...masalah duit...kerja. ..hutang. ...
ADVERTISEMENT