Turun berat badan dengan berlari? Macam jarang dengar, kan? Tapi ada yang berjaya walaupun tidak seramai mereka yang turun berat badan dengan diet pemakanan. Seorang pengguna Facebook, Abdullah Faiez menjelaskan yang dia jatuh cinta pada larian setahun yang lalu ketika berat badannya 120 kilogram. Walaupun sedar beratnya tidak begitu sesuai untuk aktiviti fizikal lasak, namun digagahi juga untuk menyertai Larian Amal hingga kini hilang separuh dari beratnya dulu menjadikannya 64kg. Melakukannya dalam diam, Faiez mengutip ilmu larian di dalam grup FB larian Malaysia dan bermula dengan larian terpaksa dek beratnya yang terlebih itu. Berkat tidak putus asa menuju gaya hidup sihat, dia juga tidak menyangka beratnya turun dengan berlari walaupun mengambil masa setahun untuk berhasil. Di kala ramai rakan FB bertanya bagaimana turun berat badan dengan hanya berlari? Faiez menjelaskan yang semua perlu konsisten dengan apa yang dilakukan, barulah mendapat hasil baik. Malah, penurunan tersebut membuatkan penampilan Faiez turut berubah dari bentuk muka dan auranya sendiri seolah-olah dua individu berbeza. Siapa sangka berat lebih 100kg boleh berlari dan seterusnya turun berat badan. Apa yang kita perlukan hanyalah azam, kesungguhan dan usaha berterusan. Jadi, siapa yang belum mendapat berat badan ideal tu, bolehlah cuba berlari macam abang ini ya. - CARI |
Kurex replied at 12-7-2020 10:33 AM
Baguslah.. Takdelah kena tekan bawah pusat utk keluarkan kote
umbut replied at 12-7-2020 11:29 AM
Hahaha.. tersembunyi eh..
djzara81 replied at 12-7-2020 09:59 AM
Mcm ni la baru betul nk kurus. Bukan mkn ubat kurus semata2. Syabas bro!
ADVERTISEMENT