Pendapatan
Garis Kemiskinan (PGK) Nasional berjumlah RM980 pada tahun 2016 akhirnya dinaikkan kepada RM2,208 bagi tahun 2019 dengan mengambil kira corak ekonomi semasa. Angka yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia itu berdasarkan kajian yang dijalankan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri (UPE, JPM) Kementerian Kesihatan, dan beberapa kementerian serta agensi
berkaitan bermula Mac 2019 sehingga Jun 2020. Menurut laporan Astro Awani, metodologi penetapan PGK telah
ditambahbaik dalam tiga aspek, antaranya adalah penetapan PGK makanan yang diperkemaskan daripada 'minimum' kepada 'optimum minimum'.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, angka tersebut adalah nilai PGK baharu yang diperolehi setelah kerajaan mengkaji semula metodologi pengiraan yang diguna pakai sejak 2005. Bertitik
tolak dari itu, Mustapa memaklumkan kerajaan telah mengkaji semula
metodologi penetapan PGK supaya ia lebih menggambarkan corak
perbelanjaan dan keperluan serta demografi semasa isi rumah, seiring
dengan kemajuan yang dicapai oleh negara sejak tahun berkenaan.
"Ia mengambil kira peningkatan kualiti item
Piramid Makanan 2020 dan Panduan Diet Malaysia (PDM)
2020 selaras dengan aktiviti fizikal harian dan kehidupan yang sihat. Sebagai contoh susu pekat manis dalam bakul makanan
sebelum ini telah ditukarkan kepada susu tepung yang lebih sihat." Mustapa turut berkata perubahan corak perbelanjaan isi rumah,
harga barangan dan perkhidmatan semasa pada 2019 berbanding tahun
2005 juga diambil kira. Jadi, ia bermakna semakin ramailah yang berada di bawah paras PGK memandangkan gaji minimum rakyat Malaysia sendiri pun RM1,200. Statistik sudah pun dikeluarkan. Apa pula tindakan dari pihak kerajaan selain sentiasa bertekak isu politik? - CARI |
TravellingBear: naik gaji tak selesai masalah. kurangkan tax & subsidi yg kena naikkan . contoh: petrol , berastapi barang mewah kena tax kawkaw punya tinggi
Kurex: Dah tu, naikkanlah gaji
crazybeach replied at 12-7-2020 05:39 PM
so kalau tak kena menggelabah nak buat apa babi? bukan semua orang mampu nak dapat keja mindef gred ...
TravellingBear replied at 12-7-2020 09:37 AM
naik gaji tak selesai masalah.
kurangkan tax & subsidi yg kena naikkan . contoh: petrol , beras
...
ADVERTISEMENT