CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Tak Perlu Dimaklumkan Kejadian Menimpa Nazrin - Samirah

6-7-2020 10:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12416| Komen: 37

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu pegawai bomba Abdul Malek Mat Dui, 45, bahawa Samirah Muzaffar memaklumkan tidak perlu memberitahu keluarga terdekat Nazrin Hassan berhubung kejadian menimpa suaminya.


BERNAMA melaporkan, saksi pendakwaan ke-24 kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund itu berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.


Kredit foto: BH Online/FB

Pegawai bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya itu berkata, ketika tiba di tempat kejadian dia melihat anggota polis, orang awam dan anggota bomba dari Balai Bomba Damansara berada di tingkat bawah berdekatan pintu utama rumah mangsa.

"Saya bercakap dengan isteri mangsa (tertuduh pertama) dan menyerahkan telefon bimbit. Saya dimaklumkan bahawa telefon bimbit itu diambil dari tempat terbakar (bilik Nazrin)," katanya.


Tambahnya, dia diminta anggota bomba untuk menyerahkan telefon bimbit itu kepada isteri Nazrin.

"Saya tak pasti siapa yang menyerahkan telefon bimbit itu. Kemungkinan anggota bomba dari Balai Bomba Damansara, tapi saya tidak pasti siapa kerana dia memakai penutup muka.

"Saya lihat telefon bimbit itu basah dan saya cuba bantu isteri mangsa (Samirah) untuk membuka telefon itu. Pada waktu sama saya tanya isteri mangsa, dah bagi tahu ke ahli keluarga mangsa? Tetapi isteri mangsa cakap 'tidak perlu'," katanya.

Bagaimanapun, cubaannya membantu Samirah membuka telefon bimbit itu gagal kerana ia dalam keadaan basah sebelum mengeluarkan kad sim dari peranti berkenaan untuk digunakan bagi menghubungi keluarga Nazrin.

"Saya meminta alat untuk mengeluarkan kad sim daripada isteri mangsa dan dia (Samirah) memberi saya pin atau jarum, saya tidak pasti.

"Saya gunakan alat itu untuk keluarkan kad sim dan apabila dikeluarkan, saya minta isteri mangsa masukkan kad sim ke telefon bimbit lain yang boleh diguna untuk menghubungi keluarga mangsa," katanya. - CARI



1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 6-7-2020 09:39 PM
Biasa hearing session satu kes just 45 mins. Tu yang bersambung2 info sampai 2-3 tahun
Quote Zeatyisaac 6-7-2020 09:44 PM
Saksi Utama masih bebas. Akan telus kah perbicaraan ini nanti?
Quote sharlenetexas 6-7-2020 09:48 PM
Harapnya acik samirah tiap2 malam mimpi ngeri. Tak tenang hidup.
Quote sarah82 6-7-2020 09:57 PM
Perghhhhhh... Mmgs sesuatu sangat la samirah ni.
Quote Sazida 6-7-2020 10:01 PM
Entah2 yg bebas tu dah dpt cash byk. Tu yg xdpt kesan. Balik indon. Menyorok dlm hutan tidur ats duit.
Quote CatMiow 6-7-2020 10:06 PM
Esok ko mati tak payah bagi tau sesiapa pun.  

Biar mayat mereput sendiri.  

Semoga berhalunisasi sepanjang hayat yg arwah sentiasa memerhati dari kejauahan..
Quote TravellingBear 6-7-2020 10:21 PM
Pelik pulak spontan dia ckp “tak perlu”

kematian kan sesuatu yg besar. lahai....
Quote naina 6-7-2020 10:26 PM
minta tolong polis indon la..gertak ckit minah endon tu. pasti takut
Quote niena90 6-7-2020 10:30 PM
Suami ko meninggal dlm keadaan camtu ko boleh kata x perlu bagitau. Ehhh ape kepeliknya isteri mcm ko ni. Ni suami mati tau bukan kucing. Bongok btol!
Quote Knowlee 6-7-2020 10:43 PM
Tak silap dulu ada keterangan yg cakap Samirah ni tak nampak sedih pun waktu kejadian.
Quote matbad 6-7-2020 11:20 PM
Sazida: Entah2 yg bebas tu dah dpt cash byk. Tu yg xdpt kesan. Balik indon. Menyorok dlm hutan tidur ats duit.

Dia takkan dapat sesen pun sbb kes masih bejalan..utk insurans dah segala waris semua tu akan dibekukan dan akan dibahagi sehingga kes settle saja..kalau 20 tahun, 20tahun la..si acik samira ni gigih meroyan dgn polis haritu kes tak bagi kata putus utk beliau claim insurans dan sgala bala mak nenek harta la..dudk kejap kena tgkap laaaaaa
Quote CiliPadiSedap 7-7-2020 12:53 AM
KIM.K: Biasa hearing session satu kes just 45 mins. Tu yang bersambung2 info sampai 2-3 tahun

Lah ye ke.dh macam drama korea pula mahkamah session.. Mungkin ada sebab di sebaliknya

Baguslah u share info yang orang awam xtahu.
I biasa naik food court or badminton court je.
Quote Xim 7-7-2020 12:58 AM
matbad replied at 6-7-2020 11:20 PM
Dia takkan dapat sesen pun sbb kes masih bejalan..utk insurans dah segala waris semua tu akan dibe ...

Padan muke....moga mereput dlm penjara.....
Quote Xim 7-7-2020 01:12 AM
Lawa jugak samirah ni mase kes baru2 brjln...sblm ni x penah tgk pn dia....not bad la....no wonder la arwah trpikat.....knowing that anak2 samirah ni dah besar2 so trbyg rupa mak2....
Quote binipopeye 7-7-2020 02:37 AM
lama lagi laa masuk jailed cenggini....
moga mak & dua anak dia mendapat balasan setimpal... 'tak perlu' yerrr... sgt laa sesuatu
Quote mongoose_kidz 7-7-2020 06:28 AM
Edited by mongoose_kidz at 7-7-2020 06:30 AM
matbad replied at 6-7-2020 11:20 PM
Dia takkan dapat sesen pun sbb kes masih bejalan..utk insurans dah segala waris semua tu akan dibe ...


bukan sttment atas tu tuju pada org gaji yg x dpt dikesan tu ke...
maybe da dibayar utk lari n tutup mulut..
Quote eyansss 7-7-2020 08:16 AM
mongoose_kidz replied at 7-7-2020 06:28 AM
bukan sttment atas tu tuju pada org gaji yg x dpt dikesan tu ke...
maybe da dibayar utk lari n  ...

aku pun rasa samada dia or apaknya dah bayar si indon tu n indon tu terus lari balik sana...  dah la indon tu besau...  banyak kepulauan...  lagi senang la dia menyorok...

Quote blackpaper 7-7-2020 09:11 AM
motif dia nak membunuh laki nya yg CEO tu...iskkkk psiko sangat. elok hdp belakikan CEO ...gigih nk hdp dlm dosa membunuh. sah lah bodo tak cerdik dia ni.
Quote husna_amal 7-7-2020 09:57 AM
Lama juga kes ni dan masih kes mahkamah.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.257498 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top