"Apa jua keputusan rumah tangga, saya serahkan kepada mahkamah." Sharnaaz Ahmad kini gembira hubungan baiknya dengan isteri sebagai 'kawan' untuk membesarkan anak bersama-sama.
Katanya, dia reda dengan keputusan mahkamah menentukan status rumah tangganya dengan Noor Nabila Mohd Noor. Sharnaaz, 35, juga gembira apabila kini dia dapat bersama anak kesayangannya, Jebat Jayden tanpa sebarang halangan. "Kami belum bercerai tapi keputusan nak keluar tak lama lagi. Apa yang saya nak beritahu sekarang ini, hubungan kami sebagai kawan yang akan bersama-sama membesarkan anak. "Selama ini saya fight untuk anak, tapi hari ini saya sudah dapat bersamanya semula tanpa sebarang halangan. Itu dah cukup memadai. Bagi saya hal anak ini keutamaan dan perkahwinan jatuh nombor dua," katanya kepada mStar. Sharnaaz juga menegaskan semua yang dilakukannya adalah untuk Jebat dan dia gembira Nabila menjadi ibu kepada anaknya.
"Sejujurnya saya bersyukur Nabila menjadi ibu kepada Jebat dan saya juga bersyukur kerana dapat jumpa Jebat bila-bila masa tanpa halangan. "Saya tak pernah miss jumpa sebanyak tiga kali sehari... pagi, tengahari dan petang! Itulah aktiviti seharian, dah jadi biasa. Kalau ada shooting, kami akan buat video call. "Apabila Nabila beri keizinan saya berjumpa Jebat, saya dah cukup berterima kasih, kalau tidak saya rasa macam tak betul. "Demi Allah! Apa saya buat ini semua hanya untuk anak. Sekarang, saya dah dapat apa lagi saya nak? Isteri boleh ganti, tapi anak tidak sama sekali," ujarnya. - CARI |
Aunty_Acid replied at 3-7-2020 01:31 PM
Ako x bole langsung tgk muka dia ni, menyampah, benci, meluattttt
Wpun seyum tp msih nmpk baran
Ak ...
Tudungpink replied at 3-7-2020 12:42 PM
Duduk celah.kankang mcm org gersang , pastu share pulak dlm igs..satu kepala memaki org , menghina o ...
salamon replied at 3-7-2020 10:36 AM
kaknab dah bahagia dgn abe rosik
me12345 replied at 3-7-2020 01:25 PM
Semoga bahagia masing2 deh...elok la rosix aje dijodoh dgn bella...selain dh berkepit spjg masa..muk ...
ADVERTISEMENT