CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Laporan Polis Terhadap Ibu Kerana Beri Ahli Keluarga Lain Guna Motosikal

3-7-2020 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2855| Komen: 8

Description: Hanya kerana motosikalnya digunakan ahli keluarga lain, lelaki berusia 40 tahun tergamak membuat laporan polis terhadap ibunya.
Hanya kerana motosikalnya digunakan ahli keluarga lain, lelaki berusia 40 tahun tergamak membuat laporan polis terhadap ibunya.

Sinar Harian yang memetik Kompas melaporkan, laporan yang dibuat terhadap Kalsum, 60, itu bagaimanapun ditolak kerana dianggap tidak munasabah.


Ketua Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Polis Lombok Tengah, Priyo Suhartono berkata, insiden berlaku antara dua beranak itu adalah konflik dalaman keluarga.


Foto: TribunNews

Dia menasihati semua ahli keluarga yang terbabit dalam konflik itu harus berbincang untuk menyelesaikannya secara baik.

"Konflik mula tercetus apabila si anak menjual tanah warisan ayahnya bernilai Rp200 juta (RM60,217).

"Hasil daripada jualan tersebut, si anak hanya memberikan ibu Rp15 juta (RM4,516).

"Dengan wang tersebut, si ibu membelikan sebuah motosikal dan diletakkan di rumah saudara mereka. Motosikal tersebut kemudian digunakan secara bersama," katanya.


Bagaimanapun, lelaki terbabit berang apabila mengetahui kewujudan motosikal tersebut dan mendakwa ibunya menyembunyikan motosikal tersebut daripada pengetahuannya.

Kalsum yang sedih apabila mendapat tahu mengenai laporan berkenaan mengakui hubungan mereka memang renggang, malah pernah diusir keluar daripada rumah. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kuasaberganda 3-7-2020 02:25 PM
moga kita diberi kekuatan bila menjaga orang tua kita.
Quote Melopan 3-7-2020 02:28 PM
4k je bagi mak kau?? Malin kundang betul
Quote husna_amal 3-7-2020 03:04 PM
Anak tak guna, marah pula baca.
Quote Artemesiaa 3-7-2020 03:16 PM
Buruknya perangai semua nak disapunya
Quote darkness 3-7-2020 03:22 PM
Moga anaknya tidak ditimpa bala lepas ni
Quote LostStar 3-7-2020 03:46 PM
setan pny anak
Quote buapakperut 4-7-2020 06:35 AM
anak jenis tak guna tapi at least dia tak pukul ibu dia mcm penagih
Quote Fairy88 4-7-2020 11:59 AM
Anak2 neraka.. peragai kalah setan..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.180953 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top