CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Diri Lepas Cekik Isteri Kerana Marahkan Mentua

2-7-2020 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5438| Komen: 20

Description: Seorang suami hilang pertimbangan apabila mencekik isterinya hingga mati sebelum menggantung diri, manakala anak kecil mereka sedang tidur.
Seorang suami hilang pertimbangan apabila mencekik isterinya hingga mati sebelum menggantung diri, manakala anak kecil mereka sedang tidur.

Memetik laporan Mirror, kejadian berlaku di rumah pasangan itu di Burton, Staffordshire pada September tahun lalu.


Kiril Nemcev, 32, tidak dapat mengawal kemarahannya ketika bertengkar dengan isteri, Lana Nemceva, 33.


Kredit foto: Mirror/FB

Difahamkan, Nemcev tidak suka apabila ibu mentuanya bercadang mahu tinggal bersama mereka.

Mayat pasangan itu ditemui penyewa rumah mereka, Yuri Latchis yang baru pulang dari kerja; Nemcev dengan kesan tikaman di perut dipercayai dilakukan Lana sebelum dia mencekik isterinya.

Mayat lelaki itu ditemui di tangga, manakala mayat isterinya ditemui di lantai bilik air dan hasil pemeriksaan mendapati kejadian tidak membabitkan pihak ketiga.

Sementara itu, Oscar yang berusia dua tahun yang tidur di dalam bilik pasangan terbabit tidak cedera.



Kredit foto: Mirror/FB

Pasangan itu berpindah ke Britain dari Latvia selepas Lana mendapat kerja sebagai optometris, manakala suaminya bekerja sebagai cef di Pizza Express.

Perbicaraan di Mahkamah Staffordshire dimaklumkan, Nemcev mengambil ubat penenang dan pernah menyelidik mengenai perceraian secara dalam talian sebelum menyerang isterinya.

Ketua Inspektor Dan Ison berkata, rumah tangga pasangan itu mula retak apabila ibu Lana sering menginap di rumah mereka. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 2-7-2020 07:08 PM
Heols ada anxiety... The wife perlukan ibu tu utk babysit anaknya. Perhaps bini xtau heols ada anxiety.
Quote matchstick 2-7-2020 07:26 PM
Naseb baik anak tak diapa2 kan..tapi kesian la jadi yatim piatu.
Quote ReginaGeorge 2-7-2020 07:40 PM
Mungkin sheols yg pelawa mak sbb husband mungkin pernah sampai tangan
Quote iminidin 2-7-2020 08:02 PM
Mak mentua toxic ka..
Sian anak nye.
Quote asamfish 2-7-2020 08:03 PM
So mak2 dan bapak2 yang bakal bergelar mertua sila take note ye
Duduk je la diam2 di rumah masing2
Jgn nak sibuk2 duduk dgn anak menantu
Atau menyibuk hal rumahtangga anak menantu
Hatta mengharap anak menantu sara hidup
If they do, that is a bonus
If they don't, time muda2 ni jgn nak boros sgt
Quote Kurex 2-7-2020 08:56 PM
Tak mungkin orang yg bertamadun dalam dunia sampai dipuji urban berkerak buat benda macam ni ni..
Quote angelofish 2-7-2020 09:01 PM
ingat Kat leluhur..rupanya ummah sanjungan rasis
Quote ikanmasin 2-7-2020 09:16 PM
kesian anak jd yatim piatu hilang mak bapa sekali gus..
Quote Kuasaberganda 3-7-2020 12:35 AM
lepas ni nenek boleh la tgal bersama cucu
Quote Kerexxx 3-7-2020 08:16 AM
Kurex: Tak mungkin orang yg bertamadun dalam dunia sampai dipuji urban berkerak buat benda macam ni ni..

Ini kisah mitos shj....
Quote Kipaskiok 3-7-2020 09:13 AM
Xmemasal..marah org lain..org lain jadi mangsa
Quote Supersirap 3-7-2020 09:24 AM
Apakah kegilaan ini, di mana sifat kemanusiaan kita ni
Quote husna_amal 3-7-2020 10:03 AM
Kesian apa yang jadi. Kita ni kalau tak kuat kawal emosi macam2 boleh jadi.
Quote trisnalovezul 3-7-2020 10:12 AM
kasian..punya kluarga bahagia mereka...
Quote zeed 3-7-2020 10:16 AM
Wow trisna.. Lama taknampak. Masih 5k ke gaji zul tu?
Quote haryatie 3-7-2020 12:33 PM
stress sgt kut smpai hilang pertimbangan
mulut prempuan ni kalau sejenis mulut longkang
mmg boleh buat org hilang akal
aku ada sedara dpt mak mentua yg macam ni
kesian btul kat laki tu
serba x kena mak mentua dia buat dgn menantu
smua ank ank prempuan dia janda
kecuali yg sorang ni, sedara aku ni trus bertahan dgn mak mentua yg banyak songeh
bini pulak ikut ckp mak, ank2 pulak ada yg sebelah nenek dn mak
mana ank yg menyebelahi bapak, mak tu akan boikot
sedara aku kdg2 bawak diri duduk kat kebun ada pondok
hilang stress balik rumah
pdhal sedara aku byk harta dn duit
x kedekut dgn ank2 dn bini, sediakn rumah banglo utk ank bini, ada rumah sewa, ada dusun
cuma sedara aku ni da berumur dr bini
tp dulu kawin pun dia org suka sama suka, tp maybe sbb mak prempuan tu suka campur tgn

Quote Ratutulip 3-7-2020 12:50 PM
sian dkt anak...  sblm tido mak ayah ada bagun tido dh jdi yatim piatu
Quote cikmi 3-7-2020 01:15 PM
payah kalau jenis mak mertua campur tgn
Quote Fairy88 3-7-2020 04:10 PM
Cian anaknya.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.060864 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top