Baru saja awal Mac lalu Syafiq Kyle kata sudah memasang niat untuk berkahwin, tup tup dah sebulan rupanya dia dan Mimi Lana putus cinta.
Dalam temu bual bersama BH Online, pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 25, bagaimanapun enggan menyalahkan mana-mana pihak. Sebaliknya, dia mendakwa tiada lagi persefahaman punca hubungan mereka terkandas. "Ini tiada kaitan dengan soal populariti atau gangguan orang ketiga. Hubungan kami masih baik dan tidak pernah bermasam muka. Anggap sahaja kami tiada jodoh," katanya kepada BH Online.
Lima tahun menjalin hubungan, Mimi memilih untuk memutuskan hubungan mereka dan reda dengan apa yang berlaku. "Bohonglah kalau nak kata saya tak sedih dengan perpisahan ini. Lima tahun menjalinkan hubungan, banyak kenangan yang pernah kami cipta bersama. "Nak buat macam mana, kenalah reda dengan apa yang berlaku. Hidup harus diteruskan. "Fokus saya sekarang adalah untuk terus memajukan diri dalam bidang lakonan.
|
cikpisang replied at 4-6-2020 12:41 AM
Ni kan. Sbb tu iolls dah lama pelik dgn diorg ni. Ig story ni tarikh 28 Mei
jargon replied at 4-6-2020 01:16 AM
Hbis mse kapel gn ukasa thn bila??
ADVERTISEMENT