Seorang lelaki didakwa membiarkan jirannya diserang anjing peliharaan hingga menyebabkan kecederaan parah. F Miranda Terrance, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, hari ini.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Auzi Mohamed Abdul Rashid, 45, di tepi Jalan Bunga Raya, Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar, sekitar jam 5.30 pagi Sabtu. Bagi kesalahan itu, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK) yang dan boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun dan denda. Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa cuai kerana tidak mengambil langkah memadai terhadap anjing peliharaannya bagi menghindari sebarang bahaya terhadap Auzi pada waktu, tarikh dan lokasi sama.
Untuk itu, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 289 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nor Izawani Ahmad Jalaludin yang mewakili tertuduh memohon hukuman dikurangkan dengan alasan Terrance menyara dua anak bersekolah selain pendapatannya terjejas teruk akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mahkamah memutuskan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Tertuduh juga dilarang mendekati mangsa yang menetap di taman perumahan sama. - CARI
|
matchstick replied at 3-6-2020 06:58 PM
Byk soalan aku..anjing tu mmg dilepas bebas kt luar pagar ke pagi2 buta tu.. Si mangsa pulak pukul 5 ...
monsterwife replied at 3-6-2020 10:16 PM
Standardlah bangun pkul 5.30 pagi
Nak solat subuh,nak keluar kja
Org dah biasa bangun awal
monsterwife replied at 3-6-2020 10:16 PM
Standardlah bangun pkul 5.30 pagi
Nak solat subuh,nak keluar kja
Org dah biasa bangun awal
annehuda replied at 3-6-2020 07:59 PM
Jiran makcik aku kt rawang, kaum india jugak. Bela anjing sbb nk elak pencuri, tapi kurung dlm rumah ...
matchstick replied at 3-6-2020 10:58 AM
Byk soalan aku..anjing tu mmg dilepas bebas kt luar pagar ke pagi2 buta tu.. Si mangsa pulak pukul 5 ...
Sazida replied at 3-6-2020 04:34 PM
Jiran atas aku ni siap bela anjing lagi. Warga india jgk. Xtau la dorang tau ke tak tau yg high rise ...
ADVERTISEMENT