"Ke mana lagi kamu harap Tun bawa kamu? Tun dah ibarat GPS yang rosak. Bacaannya dah tak betul. Kalau arahan kata belok kiri, belum tentu kiri." Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mokhtar Senik mempersoalkan kesetiaan orang ramai yang masih menyokong mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau juga mempertikan mereka yang masih berdegar-degar 'mewiridkan' Pakatan Harapan (PH) bawah pimpinan Tun Mahathir akan mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Saya hairan, apa yang kamu semua masih percayakan Tun itu? Lebih menghairankan bila Anwar sendiri kononnya akan sekali lagi menyokong Tun untuk menumbangkan Perikatan Nasional (PN). "Yang peliknya PKR, PAN dan DAP masih menyalahkan UMNO dan PAS dalam soal kejatuhan Kerajaan mereka dan tertubuhnya Kerajaan baru PN. Tangkal apa lah yang Tun pakai sampai kamu tak nampak kecelaruan politik Tun," ujarnya menerusi Harakah Daily.
Mokhtar bagaimanapun berterima kasih kepada Tun Mahathir kerana menghalang Anwar dari menduduki kerusi PM. Tambahnya, tidak wajar Tun Mahathir meneruskan serangan terhadap Muhyiddin untuk kepentingan peribadi. - CARI
|
Decon replied at 3-6-2020 04:29 PM
segala jasa dia telahpun terkubur selepas dia dh giler nak jadi PM buat kali ke-3
Rumah Ahli Jawatankuasa Pusat Pas, Mokhtar Senik di Kuantan, Pahang terbakar petang ini.
Bagaimanapun, api hanya menyambar di bahagian bilik tengah dengan memusnahkan keseluruhan ruang itu.
Ketua Dewan Ulama Pas Pahang berkenaan memberitahu insiden kebakaran itu dalam status Facebook miliknya atas nama ‘Mokhtar Dup’ kira-kira 4.30 petang tadi.
“Mohon sahabat doakan keselamatan kami. Rumah ana (saya) baru sahaja terbakar.
“Habis satu bilik tengah dengan segala isinya. Alhamdulillah ada anak kat rumah (Hujjatul Islam) sempat padamkan,” kata pemilik Pusat Pendidikan Islam an-Nuur di Pantai Sepat, Kuantan itu.
Untuk rekod, asrama penginapan di pusat pendidikan yang dikenali sebagai Pondok An-Nuur itu juga pernah terbakar pada 16 Januari lalu sehingga menyebabkan 113 pelajarnya hilang tempat tinggal.
Sehubungan itu, Mokhtar yang istiqamah menulis ‘UMS’ dipercayai singkatan bagi ‘Ustaz Mokhtar Senik’ dalam setiap kali status Facebooknya turut memberitahu tidak dapat hadir majlis yang dijadualkan malam ini.
“Kepada sahabat yang sepatutnya saya berprogram malam ini dan Subuh esok, mohon maaf kerana saya terpaksa balik semula ke Kuantan atas urusan berkaitan,” tulisnya lagi dengan diakhiri catatan ‘Gombak Selangor’ diikuti tarikh hari ini.
Namun, kata Edry, Mokhtar tidak membuat permohonan maaf dan sekadar mengatakan bahawa ia hanya ‘bahasa kesat dan caci maki’.
“Dia tak buat, tak minta maaf, tak tarik balik. Dia kata benda ni dah lama.
"Saya tak fahamlah apa maksud dia benda ni dah lama. Benda lama tak semestinya betul. Dia kata biasalah jadi ahli politik kenalah tahan caci maki,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
“Ramai orang percaya saya keluarkan kenyataan itu. Sedangkan saya tak pernah keluarkan kenyataan sedemikian.
“Kononnya dia parti Islam, dia sepatutnya tabayyun. Dia boleh saja siasat dulu kan. Semak dulu betul ke tidak,” tambahnya.
dewimalam78 replied at 3-6-2020 02:36 AM
Ai pun pelik. Cakap pun dh tak lancar, baling gelas tak pecah...still ada follower dan masih meminta ...
tobby replied at 3-6-2020 08:48 PM
perasan tak sekarang tak ada sorang pun sanggup nak sebut 'rindu zaman Tun' hatta kalangan penyok ...
tobby replied at 3-6-2020 08:48 PM
perasan tak sekarang tak ada sorang pun sanggup nak sebut 'rindu zaman Tun' hatta kalangan penyok ...
ADVERTISEMENT