CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mahkamah Jatuhkan Hukuman 13 Bulan Penjara Terhadap Farid Kamil

2-6-2020 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17913| Komen: 104

Mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman 13 bulan penjara terhadap Farid Kamil Zahari kerana menghalang polis menjalankan tugas dengan menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan kesat terhadap seorang anggota, dua tahun lalu.


Menurut BERNAMA, bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah, Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Manakala, bagi pertuduhan mengeluarkan perkataan tidak sopan, pelakon dan pengarah itu dikenakan hukuman penjara empat bulan mengikut Seksyen 90 Akta Polis.


Foto: IG Farid Kamil

Difahamkan, Farid akan menjalani dua hukuman itu serentak, tetapi berasingan dengan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan terhadapnya sebelum ini kerana menggunakan ganja THC atau Tetra Hydrocannibol.

Farid juga diarahkan membayar RM5,000 untuk kos pendakwaan atau dipenjara enam bulan jika gagal membayarnya.


Hukuman dijatuhkan selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Suami kepada pelakon Diana Danielle itu bagaimanapun dibenarkan menangguh pelaksanaan hukuman dengan jaminan RM10,000 bersama seorang penjamin.

Peguamnya, Kee Wei Lon merayu budi bicara mahkamah supaya mengenakan hukuman berbentuk bon berkelakuan baik atau denda minimum dengan alasan Farid penanggung utama keluarga yang menyara isteri, dua anak serta ibu bapanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim memohon agar Farid dijatuhi hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Miyameyo

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 2-6-2020 04:25 PM
Edited by Boomibulat at 2-6-2020 04:26 PM

Tak paham yg hapal 30 juzuk quran tu bila pulak..takkan ni kali kedua masuk kut

https://mforum1.cari.com.my/foru ... light=farid%2Bkamil

Quote anony-mous 2-6-2020 04:36 PM
Berita baru ke ni? Kenapa heols jd smpai mcm ni? Depression kah? Kesian DD n anak2
Quote Themilo 2-6-2020 04:39 PM
busuknya.. kepam sesangat..
Quote blekkep 2-6-2020 04:53 PM
Boomibulat replied at 2-6-2020 04:25 PM
Tak paham yg hapal 30 juzuk quran tu bila pulak..takkan ni kali kedua masuk kut

https://mforum1.c ...

Yg dlu tu dadah...yg ni sbb maki polis...yg tampar polis pon x settle lg...org awam pon ade kn heols tampar?org yg kutip heols tgh sasau tgh jln tuh

Lupe dh brp pertuduhan heols kene hadap
Quote RVP20 2-6-2020 04:57 PM
blekkep replied at 2-6-2020 04:53 PM
Yg dlu tu dadah...yg ni sbb maki polis...yg tampar polis pon x settle lg...org awam pon ade kn heo ...

Rasanya maki & tampar polis tu yg kena 13 bulan
Quote blekkep 2-6-2020 04:58 PM
PELAKON, Datuk Farid Kamil Zahari, dijatuhi hukuman 13 bulan penjara bagi sabitan kes menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis dan empat bulan penjara bagi sabitan kes mengeluarkan perkataan tidak sopan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Farid, 39, yang berbaju kemeja putih dilihat tenang mendengar keputusan yang dibacakan oleh Majistret Noor Arifin Hisham ketika dalam kamar tertuduh.

Majistret Noor Arifin berkata, selepas meneliti dan menimbangkan keterangan dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah dan dibuktikan bersalah terhadap dua pertuduhan terbabit.

Majistret Noor Arifin kemudian mengarahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan dijalankan secara serentak namun memerintahkan hukuman itu berjalan berasingan dengan hukuman penjara sembilan bulan yang dihadapinya sebelum ini atas kesalahan menggunakan dadah.

Bagi kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaann (KK) dan Seksyen 90 Akta Polis, Farid Kamil didakwa menghalang anggota polis iaitu Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira jam 1.20 petang, 11 Januari 2018.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan rayuan terhadap hukuman itu dengan jaminan RM 10,000 dengan seorang penjamin.

Farid yang diwakili Peguam Kee Wei Low, merayu agar mahkamah menggunakan budi bicara dan mengenakan hukuman berbentuk bon berkelakuan baik dengan alasan anak guamnya penanggung utama keluarga yang menangung isteri dan dua anak berusia 7 dan 4 tahun.

Timbalan Pendakwaraya Mohammad Fahkhrurrazi Ahmad Salim bagaimanapun memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada orang awam jika melakukan kesalahan yang sama.

Mahkamah turut memerintahkan, Farid membayar kos pendakwaan berjumlah RM5,000 kepada pihak pendakwaan dan jika gagal bayar hukuman penjara enam bulan akan dikenakan terhadap tertuduh.
Quote Boomibulat 2-6-2020 04:59 PM
blekkep replied at 2-6-2020 04:53 PM
Yg dlu tu dadah...yg ni sbb maki polis...yg tampar polis pon x settle lg...org awam pon ade kn heo ...

Kalau ikut tred lama tu dia kena 9 bulan..yg siap hapal quran tu kan..pastu dh keluar yg tu masuk lg utk 13 bulan pulak..kesian DD
Quote blekkep 2-6-2020 04:59 PM
RVP20 replied at 2-6-2020 04:57 PM
Rasanya maki & tampar polis tu yg kena 13 bulan

tampar polis tuh x silap aiols dlu dh ade tp tangguh hukuman
Quote Boomibulat 2-6-2020 05:01 PM
Themilo replied at 2-6-2020 04:39 PM
busuknya.. kepam sesangat..

Tu gmbar ntah tahun bila..ni yg terbaru hr ni..


Quote nia_salina 2-6-2020 05:05 PM
ni maknanya dia kedalam balik kan?
Quote Orix 2-6-2020 05:05 PM
Untung lah diaa ni dpt wife mcm DD. Dia n alif aziz antara jejanz bertuah di muka bumi beristerikan isteri penyabar ya hamat lepastu soft. Dapat bini mcm raja azura, che ta masakk la deme.

Tapi jejanz yg plg bertuah selamanya of coz lah tok kertu
Quote makita 2-6-2020 05:05 PM
Dia ni pgg rekod la kot artis msia rajin keluar masuk penjara.
Quote matchstick 2-6-2020 05:13 PM
Pemandu mabuk langgar org sampai mati hukuman denda atau penjara antara 3-10 tahun je..Ada forumer tulis tadi ada yg kena penjara 2 tahun je lps bunuh org dgn alasan mabuk. mcm x setimpal pulak maki polis kena 13 bulan
Quote Rara77 2-6-2020 05:17 PM
Padan muka dasar lelaki gila
Quote dewi_rina 2-6-2020 05:18 PM
Seronok kot ek keluar masuk penjara
Kesian anak2
Quote RVP20 2-6-2020 05:25 PM
13 bulan penjara :
Kekerasan jenayah ke atas polis (tampar polis)

4 bulan penjara :
Perkataan tidak sopan ke atas polis (maki polis)

9 bulan penjara :
Kes dadah. Yang ni dpt penangguhan kan ?

13 bulan & 4 bulan :
Berjalan serentak. So 13 bulan saja.

13 bulan & 9 bulan :
Berasingan.


Quote terpaling 2-6-2020 05:41 PM
RVP20 replied at 2-6-2020 09:25 AM
13 bulan penjara :
Kekerasan jenayah ke atas polis (tampar polis)

banyaknya kesalahan ko farid.. kesian DD..
Quote terpaling 2-6-2020 05:42 PM
wpun aku kesian kt bini farid ni, tapi aku cam rasa nak padankan ja muka farid ni.. moga dapat pengajaran la kali ni..
Quote prettyuglybabe 2-6-2020 06:14 PM
mujur la kerja jadi retis..
kalau kerja ofis dah kena buang dah..

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.102353 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top