CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Lepas Hantar Makanan Dijual Isteri

1-6-2020 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13926| Komen: 180

Description: Semakin menjadi-jadi kes kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk sejak kebelakangan ini.
Semakin menjadi-jadi kes kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk sejak kebelakangan ini.

Terbaru, seorang pekerja kontrak dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya maut selepas dirempuh kereta dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol.



Foto hiasan

BERNAMA melaporkan, sebelum kejadian sekitar 1.30 pagi itu, Mohamed Zaili Mohamed, 44, sedang menunggang motosikal di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara.

Kejadian meragut nyawa mangsa di tempat kejadian akibat parah di kepala.

"Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh ke sebelah kiri bahu jalan manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

"Suspek kemudiannya memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa dekat kawasan itu selepas ditahan orang awam," kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya.


Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke Bukit Antarabangsa, Ampang selepas menghantar makanan dijual isterinya.

Sementara itu, ujian saringan mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan pemandu yang bekerja di sebuah kedai aksesori kereta itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - CARI
2

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote totokreturn. 1-6-2020 07:59 AM
Tak habis habis lagi ka bangsa ni mabuk?
Quote whitemagic 1-6-2020 07:59 AM

Lagi kes nahas maut akibat pemandu mabuk

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara, di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohamed ZailiMohamed berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa dirempuh Nissan Grand Livina dipandu suspek berusia 21 tahun dari arah belakang.

Katanya, ketika itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa, dekat Ampang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya.

"Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke sebelah kiri bahu jalan, manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

"Suspek memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa dekat kawasan itu setelah ditahan orang awam.

"Suspek kemudian dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun H S Lee dan keputusan saringan ujian mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan lelaki berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Quote grose.. 1-6-2020 08:04 AM
Sejak bila MCA dah re- register under kumpulan melayu?

haaaaaaaaaaaa


Quote minah_selekeh 1-6-2020 08:07 AM
whitemagic replied at 1-6-2020 07:59 AM
Lagi kes nahas maut akibat pemandu mabuk

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas terbabit dal ...

Sedihnya.. Tengah2 malam camtu masih keluar cari rezeki.. Salam takziah pada seluruh ahli keluarga mangsa.. Dah berapa kes pasal mabuk within these 2 months saja?? Cepat la kuatkuasakan hukuman yang lebih berat..
Quote grose.. 1-6-2020 08:11 AM
totokreturn. replied at 1-6-2020 07:59 AM
Tak habis habis lagi ka bangsa ni mabuk?

Kematian pengguna jlnraya yg lain disebabkan pemandu yg hilang kawalan dek mabuk dgn yg speeding(waras).....patut diletakkan dlm kategori hukuman yg sama, kau rasa tok?
Quote R2D2 1-6-2020 08:11 AM
kalau mangsa tu Cina dan melanggar tu Cina tentu DAP terdiam
Quote GigaMom 1-6-2020 08:16 AM
grose.. replied at 1-6-2020 08:11 AM
Kematian pengguna jlnraya yg lain disebabkan pemandu yg hilang kawalan dek mabuk dgn yg speeding( ...

Bunuh diri la manak
Quote balqishku 1-6-2020 08:18 AM
dlm undang2 family mangsa boleh saman x pemandu yg mabuk tu? sbb kalau nk harapkan undang2 gomen mmg hapah pun x dpt
Quote tungkai 1-6-2020 08:20 AM
Apa nak jadi ni............................................
Quote monreyes 1-6-2020 08:23 AM
dah sampai masanya...
nyawa utk nyawa...
byr pampasan untuk family simati...
Quote paz 1-6-2020 08:33 AM
Kasihanya. Orang peminum alkohol ni. Tolong lah bertanggungjawab. Kalau minum jangan lah memandu. Naik lah grab or taxi.

Quote KIM.K 1-6-2020 08:38 AM
Macam yang aku kata
Sepet akan gunakan cara mabuk untuk bunuh melayu secara sah disisi undang2
This is the only way it can be done
Quote dizekni 1-6-2020 08:57 AM
Mujur PM dah arah undang2 digubal untuk tindakan lebih berat

Quote Kurex 1-6-2020 09:00 AM
Opismate aku kata jumaat lepas, melayu yg salah kalau kes mabuk ni.. siapa suruh keluar masa tu, kalau duduk rumah takkan jadi macam ni. nak keluar, melayu kena guna jalan yg tak ada kereta. dia cakap lagi, melayu salah sebab kerja foodpanda, ehailing, melayu jgn keluar waktu malam kalau taknak kena langgar. pasal covid ni pun dia kata melayu punca sebab suka berkumpul. Cina tak suka berkumpul sebab cina takut mati...
Btw cina yg cakap ni dap.
Quote miss_baby 1-6-2020 09:03 AM
rasanya kaum ni memang aim nak bunuh malays
kau minum sampai mabuk pastu aim mana2 malay utk dilanggar kan
Quote rospinki 1-6-2020 09:07 AM
rasanya memang mereka ada simpan niat utk langgar mati bangsa kita dlm mabok..nk langgar time sedar tak berani.
Quote nazzse 1-6-2020 09:12 AM
Yg peliknya Melayu je yg jadi mangsa..bangsa lain takda plak. Memang aim ke apa ni
Quote Nahnukutu 1-6-2020 09:13 AM
Info dari berita & gambar
Pemandu umur 21
Bawak Grand Lavina
Plate J

Info dari tajuk thread
DAP
Foodpanda

Quote mayong 1-6-2020 09:15 AM
sampai bila goverment nk berlembut pasal hal ni?

kalo langgar org sampai mati consider membunuh la kan? so pemandu mabuk ni kena hukum mati la.

Lihat semua komen(180)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.076120 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top