Cleopatra mengambil inisiatif Rangsangan Ekonomi Rakyat dengan mengadakan Seminar Forex secara tertutup sebanyak RM 1.00. Menurut Cleopatra atau Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, mereka yang berminat perlu mendaftar sebagai ahli Pertubuhan Perkasa Wanita Malaysia (PPWM) terlebih dahulu dengan yuran sebanyak RM6.90. Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Twitter dan ramai juga warganet menunjukan minat untuk menyertai seminar kos rendah berkenaan.
Ia susulan ciapannya yang mendakwa semua 'sifu Forex' yang dikenalinya adalah penipu. Namun, ada beberapa hal yang dipertikaikan warganet, antaranya adalah siapa yang akan menurunkan ilmu Forex kepada peserta. Lebih menarik perhatian apabila ada suara-suara mendakwa Cleopatra membuat keuntungan dengan mengambil duit orang selepas menyatakan yuran penyertaan perlu dimasukkan ke akaun di bawah nama Cleo International Sdn Bhd. Tidak berdiam diri, Cleopatra tampil menafikannya berserta paparan skrin perbualan dengan peserta. - CARI
|
CiliPadiSedap replied at 21-5-2020 05:43 PM
forex ni game or probability, if u cant lose money then dont trade. tiada teknik holy grail yang ada ...
LuvAurora replied at 21-5-2020 06:24 PM
forex ni hukum dia apa sis? Iols teringin nak join yg copytrade sbb teringin nak try..
ADVERTISEMENT