Si abang, Isa Khan punyalah romantik dengan kekasihnya, Risteena. Tapi tak sedap bila dengar adiknya, Aliff Alli Khan yang juga merupakan seorang pelakon Indonesia didakwa memukul bekas isterinya, Aska Onai.
Menurut laporan Insertive Indonesia, Aliff memukul Aska ketika wanita tersebut sedang hamil empat bulan. Perkara itu didedahkan oleh penasihat undang-undang yang mewakili Aska, Sunan Kali. Sunan juga menyatakan yang Aliff adalah seorang pemabuk dan berperangai buruk. Difahamkan Aska telah membuat laporan polis kes keganasan rumah tangga sebelum ini namun buntu dan tak tahu apa yang perlu dilakukan memandangkan ketika itu masih bergelar isteri kepada Aliff.
Namun kini dia nekad untuk mengambil tindakan yang sepatutnya. Aska juga menerima sokongan padu daripada bekas isteri Aliff, Nora Alexendra yang juga pernah berdepan dengan hal yang sama. Berapa gambar yang dikongsi Aksa, membuktikan keganasan yang berlaku terhadap dirinya: Bukan itu sahaja, Aska juga pernah melaporkan Aliff ke Pejabat Imigresen kerana tidak mepunyai permit kerja yang sah. Aliff dan Aska berkahwin pada 19 Disember 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Alyssa Ismillah Khan. Perkahwinan hanya bertahan selama setahun dan sah bercerai pada November 2019. -CARI
|
jlo replied at 21-5-2020 09:11 AM
muka kemain innocent ya..oh 2 kali dah adik nye kawen
belilies replied at 21-5-2020 09:48 AM
Tak mustahil gak isa tu lebey kurang. Clingy semacam je. Esok lusa kawen bini berlakon ngan jantan d ...
lanse replied at 21-5-2020 10:10 AM
Ermmm..Pernah terpikir macam ni jugak. Teringat drama siri kat TV3 (lupa pulak tajuk) yang Shukri ...
jlo replied at 21-5-2020 09:27 AM
anak sedare yusoff haslam kan..
adik tiri sabrina ali..
mak nye indonesian
lanse: Ermmm..Pernah terpikir macam ni jugak. Teringat drama siri kat TV3 (lupa pulak tajuk) yang Shukri Yahya berlakon tu.
ADVERTISEMENT