CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Biar Betul! Melambai Ketika Dikebumikan, Mayat Ucap Selamat Tinggal?

19-5-2020 10:02 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 12062| Komen: 80|Original author: Oleh: natrahn

Kredit foto: The Vocket


Orang ramai digemparkan dengan video tular yang menunjukkan mayat melambai-lambai ketika dikebumikan. 

Menurut Mirror, kejadian itu dilaporkan berlaku di Manado, Sulawesi, Indonesia pada 5 Mei lalu dan difahamkan mayat berkenaan melambai-lambai ketika bacaan doa dibuat. 

Kelihatan ada tangan dan jari yang sedang bergerak-gerak seolah sedang melambai-lambai.

Menyeramkan!




Sementara itu, Daily Mail pula melaporkan, sebaik sahaja orang yang mengetuai upacara itu berkata, "Tuhan telah mengatakan dalam kitab Injil, Akulah kebangkitan dan kehidupan. Sesiapa yang mempercayai akan hidup walaupun dia sudah mati" ketika itulah mayat berkenaan melambaikan tangannya dan ia dapat dilihat dengan jelas menerusi kaca pada keranda tersebut.


Video ini telah mencetuskan perdebatan di pelbagai pihak sama ada mayat itu memang betul-betul melambai atau sebenarnya itu hanyalah kesan kamera. 

Namun, ada juga teori mengatakan kejadian tersebut berlaku kerana proses pereputan mayat. 

Penyelidik di Australian Facility for Taphonomic Experimental Research yang diketuai Alysin Wilson berkata, tangan tersebut bergerak disebabkan penumpukan gas di dalam badan pada peringkat awal hinggalah pertengahan pereputan.

Ini bermaksud, pergerakan badan adalah normal bagi penyelidik kerana dari pergerakan badan, mereka akan dapat menentukan waktu kematian. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 19-5-2020 10:17 AM
Aneh2 je lah kat negara satu ni kalau bab2 mistik.
Quote iminidin 19-5-2020 10:17 AM
Hoiii..

Hidop lagi tu..
Cepat angkat smula weiii..
Sian dia mtk tolong tu..

Quote iminidin 19-5-2020 10:18 AM
Apa fungsi keranda ada tingkap bercermin mcm tu...? Untuk lambaian terakhir mungkin?

Quote tobby 19-5-2020 10:23 AM
sebab tu dalam islam sebenarnya tiada talkin.  
Quote ninjago 19-5-2020 10:31 AM
laa pastu dorg bukak balik tak keranda tu check? ntah2 hidup lagi
Quote esbok 19-5-2020 10:41 AM
aku takut dia baru bangun. dia baru nak hadam dia kat mana. bukannya melambai.


teringat pula cerita good doctor. ada patient tu ada masalah apa ke, aku tak ingat, dia dah disahkan mati. pulse takdak. tak lama lepas tu sedar/hidup  semula.
Quote Skuau 19-5-2020 10:59 AM
iminidin replied at 19-5-2020 10:18 AM
Apa fungsi keranda ada tingkap bercermin mcm tu...? Untuk lambaian terakhir mungkin?

tuk tgk muka dia...kalo dh msk keranda.
Quote thetimes 19-5-2020 11:04 AM
Takut kalau tak mati lagi je.
Quote noell 19-5-2020 11:04 AM
jgn memain tuh saka dia dok melambai tuh saka antu raya
Quote duri_durians 19-5-2020 11:52 AM
woiii bukak kerandaa tuuuu
Quote mdhelmi 19-5-2020 12:14 PM
bukan lambai la
dia silau
Quote Boomibulat 19-5-2020 12:15 PM
Jgn2 beliau x jadi mati..
Quote misc 19-5-2020 12:21 PM
Ada je kes org mati hidup balik sebab sebenarnya org tu belum mati. Dorang ni tak check balik ke mayat tu mana tahu hidup balik ke.
Quote husna_amal 19-5-2020 12:29 PM
agaknya itu efek dari camera je. Dah dalam keranda yang sempit boleh ke nak melambai tangan tu.
Quote Tinot7 19-5-2020 01:18 PM
Rigor mortis kaa?
Quote selipar_hijau 19-5-2020 01:24 PM
Pastu bukak ke tidak keranda? Kalau yg sakit corona diorg gigih bukak
Quote djzara81 19-5-2020 01:52 PM
Kalo kat europe zmn dulu, bila nk tanam mayat dlm keranda, depa letak loceng. Sbb ada kes org hidup disangka mati pastu terus tanam. Zmn dulu mana ade pakar post mortem yg advance mcm skang. Bila org tu sedau dlm keranda, dia tarik tali loceng kuat2 kasi org kampung dengau. Tgk cite the Nun, father tu kene tanam idop2.
Quote Miss_LoveLeen 19-5-2020 01:53 PM
Dia lmbai x bg diorang amik video dia. Smpai kwan tu dah dlm liang pun gigih ko nak amik gambar lg
Quote slavehunter 19-5-2020 01:59 PM
Ada satu tempat kat Sulawesi kan ada tempat nama Tanah Taroja kat area situ kan ada budaya puja mayat datuk nenek moyang .... Masyarakat situ boleh gali kubur datuk hidupkan mayat mandikan mayat dan pakaikan baju dan mayat boleh bergerak then tanam balik. Dorang puja. I belive jin yang tumpang. So kalau ni melambai maybe jin tumpang lah.

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.278964 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top