Kerajaan digesa menggunakan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) untuk mengukur semula kemiskinan dan ketidakseimbangan dalam masyarakat. Perkara itu disarankan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris yang menyifatkan ramai lagi golongan terlepas pandang.
Katanya, golongan miskin bandar juga perlu dijadikan focus group memandangkan kualiti hidup mereka lebih mudah terjejas. Tegasnya, jika tiada tindakan daripada kerajaan seperti meningkatkan taraf isi rumah B40 ke arah masyarakat kelas menengah, jurang pendapatan antara rakyat akan meningkat. "Tiada gunanya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat dan berkembang pesat, tetapi jurang pendapatan antara rakyat semakin meluas hingga menyebabkan ada yang ketinggalan," tulisnya di Facebook. Loading FB Post...
Beliau berkata demikian selepas hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyaksikan kedai pajak gadai di beberapa lokasi sekitar bandar diserbu orang ramai. “Ramai di kalangan mereka menggadaikan barangan kemas kerana simpanan sudah kurang disebabkan tidak dapat bekerja untuk tempoh yang lama, khususnya golongan bergaji hari. Malah, ada yang diberhentikan kerja,” katanya dalam kenyataan kepada media yang dipetik dari MalaysiaGazette. Tambahnya, Bank Negara Malaysia (BNM) juga mendapati rakyat cenderung berbelanja lebih kerana kos sara hidup semakin tinggi membuatkan 75 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sebanyak RM1,000. - CARI
|
dudaberhias replied at 4-5-2020 07:44 PM
kesian pada mereka yang kena gadai emas... tapi at the same time kalau bagi meols... meols akan jual ...
sarah82 replied at 4-5-2020 08:49 PM
Patut beli skrg atau tgg covid-19 ok dulu? Iols ingat nak beli gold bar/coin buat simpanan
sarah82 replied at 4-5-2020 08:49 PM
Patut beli skrg atau tgg covid-19 ok dulu? Iols ingat nak beli gold bar/coin buat simpanan
namieamuro replied at 4-5-2020 08:52 PM
bru nk tnye soalan ni.uols sll beli kt mne
namieamuro replied at 4-5-2020 08:52 PM
bru nk tnye soalan ni.uols sll beli kt mne
sarah82 replied at 4-5-2020 08:54 PM
Iols x pernah beli emas.. Sebab tak minat.. Tapi sejak covid-19 ni mmg iols terfikir nak beli emas ...
dudaberhias replied at 4-5-2020 08:54 PM
dah Terlambat nak beli uolsss... Harga naik gila2, tunggu lepas pandemik dia turun balik baru beli ...
dudaberhias replied at 4-5-2020 08:55 PM
Kalau tak nak simpan physical gold boleh beli dari broker emas online @dino ada share haritu apa n ...
ADVERTISEMENT