Penghantar barangan menegaskan mereka tidak akan menuruti kerenah pelanggan yang culas puasa di bulan Ramadan. "Kami tak layan orang culas puasa," kata Mohd Syahid Daud, 21 kepada Harian Metro.
Dedahnya, sepanjang tiga bulan menjadi penghantar barangan, dia dan rakan setugas bertegas tidak akan melayan karenah 'geng plastik hitam'. "Kami tahu mengenai geng plastik hitam namun kami tidak akan layan mereka. "Walaupun letih berpanas dan perlu meredah perjalanan jauh, kami tetap terus berpuasa. Mengapa pula kami layan sikap malas orang culas puasa ini?" katanya. Jelasnya, mereka tidak akan sekali-kali menggunakan laluan tikus untuk menghantar makanan kepada geng berkenaan lebih-lebih lagi mereka juga perlu melalui sekatan jalan raya seperti pengguna jalan raya lain selain mematuhi garis panduan majikan. - CARI
|
kluangman replied at 24-4-2020 04:45 PM
Kalau guna apps macam mana diorang nak tolak tempahan?
CiliPadiSedap replied at 24-4-2020 05:15 PM
Akak ordr food panda sekali yg dtg kungfu panda
isseliparjepun replied at 24-4-2020 05:33 PM
Boleh ke request tolak order? Rider kan just menghantar aje. Mana la tahu yang order lelaki, tapi na ...
rogayahtop replied at 24-4-2020 06:25 PM
Mengarut je lah. Boleh je guna akaun bini, mak, adik pompuan kalau nak order grab food pun.
Dah ...
Akumagoukioni replied at 24-4-2020 08:35 PM
Kenapa namanya geng plastic hitam?
sarahmirza replied at 24-4-2020 06:53 PM
I teringat dulu2 pernah naik cab tengah hari dr jln semarak ke jalan tar.. driver cab tu budak muda ...
Mamidingdong replied at 24-4-2020 10:45 PM
i paling benci org macam ni...ko nak jadi setan tak payah nak ajak org lain jd setan boleh tak, ma ...
ADVERTISEMENT