CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dari 'Dunia Lain', Ini Fakta Unik Gua Movile Yang Terasing Dari Dunia Luar

20-4-2020 11:16 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 7396| Komen: 23|Original author: Oleh: PDOT777

Pernahkan anda terfikir untuk ke dunia lain? Anda mungkin terfikir tentang sebuah pintu atau laluan yang boleh membawa anda ke dunia lain. 

Bercakap tentang 'dunia lain', ada sebuah gua pelik di Romania yang sangat terasing dari dunia luar, atau dalam erti lain 'gua dari dunia yang lain'. 

Mari kita tengok.

Gua Movile
KREDIT FOTO: The Secret of Movile Cave, kiarayew.com

Terletak berdekatan Mangalia di daerah Constanta, Romania, gua Movile ditemui Cristian Lascu pada 1986, beberapa kilometer dari pantai Laut Hitam. 

Kehidupan dalam gua ini terasing dari dunia luar dan gua ini sangat gelap selama 5.5 juta tahun.


Apa yang peliknya tentang gua ini? 

Difahamkan, gua ini sangat berbahaya untuk dimasuki mana-mana manusia. Udara dalam gua ini sangat beracun, di mana kandungan oksigen dalam gua adalah hanya separuh daripada kandungan oksigen sebenar di kawasan luar.

Selain itu, kandungan karbon dioksida dan hidrogren sulfida sangat tinggi dalam gua membuatkan mustahil untuk manusia tinggal di sini. 

Difahamkan, kandungan hidrogen sulfida dan ammonia sangat tinggi pada air dalam gua ini. Dengan oksigen yang sedikit, manusia mampu bertahan maksimum enam jam sahaja dalam gua ini.

Walau bagaimanapun, gua yang beracun ini tidak menghalang spesis unik untuk hidup di dalam gua ini. Dengan suhu setinggi 25 darjah Celsius, sebanyak 48 spesis hidupan dijumpai termasuk 33 spesis endemik yang takkan boleh dijumpai di tempat lain seluruh dunia. 

Hidupan seperti lintah, labah-labah, cacing tanah, dan waterscorpion antara yang boleh dijumpai di sini.


Antara spesis pelik yang dijumpai di dalam Gua Movile
KREDIT FOTO: The Cave of Moville in Romania: a closed ecosystem, erch2014.com

Tidak seperti tempat lain, jenis lintah dan labah-labah dalam Gua Movile ini sangat ganjil dan tidak dapat dikenal pasti identitinya.

Kitaran makanan melibatkan hidupan dalam gua ini adalah berdasarkan kemosintesis. Ia berbeza dengan fotosintesis, proses di mana tumbuhan menggunakan matahari sebagai tenaga cahaya untuk ditukarkan kepada tenaga kimia yang penting dalam rantaian makanan asas haiwan.

Proses kemosintesis dalam gua ini terjadi apabila lapisan bakteria yang dikenali sebagai autoroph terapung di atas air dalam gua ini. Bakteria autoroph ini mendapat karbon hasil daripada pengoksidaan sulfida dalam air membentuk asid sulfurik, atau pengoksidaan ammonia yang membentuk nitrat. 

Berbeza dengan tumbuhan, bakteria autoroph menggunakan karbon sebagai sumber tenaga. 

Tumbuhan hanya boleh dijumpai di bahagian pintu masuk gua. Memandangkan tiada tumbuhan yang ada bahagian dalam gua, rantaian makanan daripada fotosintesis tidak boleh berlaku. Jadi, rantaian makanan hasil kemosintesis pula berlaku dan bakteria autoroph memainkan peranan ini sebagai sumber makanan. 

Sebab itu, hidupan yang tinggal jauh di dalam gua mampu untuk hidup.


Waterscorpion yang sedang menangkap mangsa untuk dimakan
KREDIT FOTO: Romanian cave sealed for 5.5 million years is full of strange creatures, geek.com

Ada pendapat mengatakan, hidupan dalam gua Movile ini dapat memberi klu bagaimana hidupan pada zaman dahulu dapat hidup di Bumi. Keadaan di gua ini mungkin sama dengan keadaan ketika zaman Bumi primal. 


Gambaran Bumi ketika zaman primal
KREDIT FOTO: Download Early earth wallpaper, besthdwallpaper.com

Ketika fasa terawal terbentuknya Bumi, cahaya matahari tidak sampai sepenuhnya ke Bumi kerana terlindung dengan lapisan atmosfera yang tebal dengan karbon dioksida, metana dan ammonia. Boleh jadi juga sekiranya hidupan mikro seperti bakteria di dalam gua Movile, telah wujud sejak Bumi baru sahaja terbentuk.

Apa pendapat anda? - CARI
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Catpaw 20-4-2020 11:22 AM
Info yg menarik
Quote GigaMom 20-4-2020 12:52 PM
Patutla forumer yg baru keluar dr gua pelik2 belaka
Kekurangan oksigen gamaknya
Quote Amigurumi 20-4-2020 01:04 PM
GigaMom: Patutla forumer yg baru keluar dr gua pelik2 belakaKekurangan oksigen gamaknya


Hahahah..kelakar {:smile
Quote tupaiterbang 20-4-2020 05:10 PM
inilah tempat sesuai utk macai PH D4P duduk
Quote misuke 20-4-2020 05:17 PM
info hebat.. tq tt
Quote Melur1 20-4-2020 09:31 PM
geli tengok organism yg dalam gua tu

hehe
Quote biozipstar 21-4-2020 10:40 AM
menarik!!! aku suka tengok national geography kalau cite2 pasal benda gini... tq TT
Quote epuepy 21-4-2020 10:48 PM
Thanks tt for the info. Menarik. Tp mmg idok le nk try2 masuk. Geli tgok binatang dlm tu
Quote antoofighter 23-4-2020 10:05 AM
Good Info!!!..Terbaikk TT
Quote Artemesiaa 23-4-2020 04:20 PM
Menarik infonya
Quote supernaturalee 15-5-2020 07:01 AM
Mesti busuk dlm gua ni sbb ada ammonia
Ammonia ni bau mcm telur kemuruk kn

Tp gua bau wangi ok
Xcaye, meh dekat sikit

Quote angelofish 19-5-2020 09:11 PM
best.i suka sangat.ekosistem yang tak bergantung pada cahaya matahari.
Quote angelofish 19-5-2020 09:12 PM
mungkin yakjuj makjut pon rangkaian makanan dia pon macam ni jugak.
Quote awekjepun 20-5-2020 12:23 AM
Mesti menarik kalau ada pengkaji yang guna camera or drone untuk tgk isi dlm gua ni. Tgk dlm bentuk video lg best, suspen kot
Quote Annaquinn009 26-5-2020 11:03 PM
gua tu dalam air ke atau bawah tanah
Quote aliazulaikha 28-5-2020 09:58 PM
Menarik info ni. Tq tt
Quote afie_m 1-6-2020 04:35 PM
good info..tq
Quote najib888 7-6-2020 06:58 PM
supernaturalee replied at 15-5-2020 07:01 AM
Mesti busuk dlm gua ni sbb ada ammonia
Ammonia ni bau mcm telur kemuruk kn


Ammonia bau menyengit(pungent) mcm air kencing.. Bau public toilet yg cleaner malas nk cuci..
Amine/amina bau macam ikan kat pasar..
Quote Supersirap 7-6-2020 09:46 PM
Info yang sangat menarik, trimas TT

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.053551 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top