CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rukun Tetangga Tak Perlu Turun Padang Pantau Pematuhan PKP

20-4-2020 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1925| Komen: 12

Description: Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, pihaknya tiada perancangan menggerakkan Rukun Tetangga (RT) untuk membantu memantau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, pihaknya tiada perancangan menggerakkan Rukun Tetangga (RT) untuk membantu memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Sebaliknya, tanggungjawab itu diserahkan kepada pasukan pakaian seragam yang diberi latihan khususnya untuk berdepan situasi kecemasan dan kawalan keselamatan.


Kredit foto: Perak Today

Katanya, barisan hadapan selain kakitangan Kementerian Kesihatan seperti polis, tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah terlatih.

“Mereka adalah pihak yang diakui kemahirannya dan mendapat latihan dalam kes kecemasan. Mereka sudah terlatih. Sebab itu kita beri tanggungjawab kepada anggota pakaian seragam.

“RT bukan kumpulan pakaian seragam. Setakat ini kita tidak ada perancangan untuk babitkan RT membantu polis di mana-mana, kawasan bandar atau luar bandar. Buat masa ini, tiada keperluan,” katanya hari ini seperti dipetik Berita Harian. - CARI

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • salmon-suki


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qicki 20-4-2020 05:37 PM
so xyah la JKKKKKKKKK ke sume2 ke nk kawal2 kg/taman.....duk dendiam dalam rumah
Quote rogayahtop 20-4-2020 05:38 PM
RT taman akak gigih join kelab prihatin janda je.
sampai janda pegi keja balik keja dgn siapa semua diorang tau. dah tua2 nak mati pun sibukla bergosip sesama jantan dlm whatsapp grup taman.
Quote jazaa100 20-4-2020 05:58 PM
qicki replied at 20-4-2020 05:37 PM
so xyah la JKKKKKKKKK ke sume2 ke nk kawal2 kg/taman.....duk dendiam dalam rumah

Kannn....

Dorang yg terlebih sibuk...sepatutnya Jkkkkkk tu pi cari org yg terputis bekalan makanan
Quote jazaa100 20-4-2020 05:59 PM
rogayahtop replied at 20-4-2020 05:38 PM
RT taman akak gigih join kelab prihatin janda je.
sampai janda pegi keja balik keja dgn siapa semu ...

Jantan ni klu bergossip lebih teruk dari pompuan......
Quote Supersirap 20-4-2020 06:56 PM
Semoga pipermudahkan segala urusan.
Quote Tinot7 20-4-2020 07:15 PM
stay at home plis
Quote Artemesiaa 20-4-2020 07:25 PM
Betul tak perlulah pihak keselamatan je dah cukup untuk mengawal keadaan
Quote LautBiru52 21-4-2020 12:08 AM
Nak amik kesempatan keluar rumah la tu. Dah2. Duduk je rumah diam2
Quote shernazz 21-4-2020 12:13 AM
Tempat iols rela je jenjalan..
Sebab ada aje budak budak muda yang suka lepaks lepaks  
Pastu terus depa block jalan depan sana..jadi keluar masuk kena check..
Quote otai_g 21-4-2020 01:44 AM
rukun tetangga? X pyh buang ms bang. Gang2 rkn tetangga ni kebnykan bkn org asal sesuatu tmpt tu. Pastu tetiba nk jd jagoan. Buat leceh.
Quote kilometrico 21-4-2020 08:11 AM
Mase PKP neh bior RELA jek la bantu polis
RT tmpat haku neh melepak reramai minum kopi jek
Bkn nak meronda pon
Quote biozipstar 21-4-2020 10:32 AM
JKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK rumah aku ni bagus sangat wey... dah ada bantuan gelombang kedua....

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.140109 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top