CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakar Arang, Mulut Berbuih Mati Dalam Kereta

8-1-2020 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5544| Komen: 31

Lelaki ditemui maut dalam keadaan mulut berbuih di dalam sebuah pacuan empat roda di sebuah pasar raya di Plentong, Pasir gudang, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian jam 5.55 petang sebelum beberapa anggota dikerahkan ke lokasi.



Gambar hiasan

Katanya, mangsa berusia 35 tahun yang juga pegawai pemasaran ditemui di tempat duduk belakang Toyota Hilux yang diparkir di aras dua pasar raya berkenaan.

"Ketika ditemui mangsa tidak sedarkan diri dan enjin pacuan empat roda itu masih hidup. Pemeriksaan dalam kenderaan itu menemui beberapa ketulan arang yang telah dibakar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Sufian Mohd Lis mengesahkan anggotanya dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan mengenai kejadian pada 6.04 petang.


“Sebaik tiba di lokasi berkenaan, anggota kami dapati mangsa ketika itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terbaring di tempat duduk belakang.

“Pasukan penyelamat kemudiannya bertindak memecahkan tingkap kereta tersebut apabila melihat mulut mangsa ketika itu sudah berbuih sebelum membawa keluar mayat berkenaan,” katanya.

Ismail bagaimanapun memaklumkan, setakat ini polis tidak mengesyaki terdapat unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat,” katanya. - CARI
2

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anaktoyol 8-1-2020 03:28 PM
bunuh diri ler ni... siap bakar arang
Quote fliphair8 8-1-2020 03:33 PM
keracunan karbon monoxide kan camni? tekanan hidup melampau...
Quote Madel 8-1-2020 03:45 PM
Pasaraya Plentong?
Giant or Tesco
Tapi kalau bertingkat, is Giant la tu..Giant je ada parking bertingkat
Masuk ni dah 2 or 3 org kot bunuh diri kat parking atas tu
Quote justchu 8-1-2020 03:50 PM
ni mesti dia tiru psycopath diary korean drama tu. bakar arang nk bunuh diri. ishhh pengaruh drama kuat betol
Quote KIM.K 8-1-2020 03:52 PM
fliphair8 replied at 8-1-2020 03:33 PM
keracunan karbon monoxide kan camni? tekanan hidup melampau...

Monoxide & dioxide. Low oxygen
Quote KIM.K 8-1-2020 03:53 PM
justchu replied at 8-1-2020 03:50 PM
ni mesti dia tiru psycopath diary korean drama tu. bakar arang nk bunuh diri. ishhh pengaruh drama k ...

Gitu. Kalau dia tinggalkan enjin & ekon hidup pun mati gak
Quote intanazlynna 8-1-2020 04:11 PM
kesian nya dia... tekanan sangat2 tu
Quote minahmanja 8-1-2020 04:27 PM
Madel replied at 8-1-2020 03:45 PM
Pasaraya Plentong?
Giant or Tesco
Tapi kalau bertingkat, is Giant la tu..Giant je ada parking ber ...

serius ahh.. patut la sendu je giant tu..
Quote MsKoreanfanatic 8-1-2020 04:39 PM
mcm drama Korea.. nak bunuh diri / bunuh org letak arang dlm kete
Quote MsKoreanfanatic 8-1-2020 04:42 PM
justchu replied at 8-1-2020 03:50 PM
ni mesti dia tiru psycopath diary korean drama tu. bakar arang nk bunuh diri. ishhh pengaruh drama k ...

iols sakit hati tau tgk drama ni.. bangang sgt si Yook Dong-sik dgn mimik2 muka heols tu (padahal iols minat je dia)
Quote HannahMontana 8-1-2020 05:45 PM
KIM.K replied at 8-1-2020 03:52 PM
Monoxide & dioxide. Low oxygen

Low class nya komen mcm tu !  
Quote KIM.K 8-1-2020 05:49 PM
HannahMontana replied at 8-1-2020 05:45 PM
Low class nya komen mcm tu !

Hi Hannah Jahannam
Trooper yang manakah tengah online ittew..taktau sape bertugas handle id enam jahanam ko ni
Quote HannahMontana 8-1-2020 05:54 PM
KIM.K replied at 8-1-2020 05:49 PM
Hi Hannah Jahannam
Trooper yang manakah tengah online ittew..taktau sape bertugas handle id enam  ...

Aku rasa ko xcantik.

Aku xmahu komen tentang body ko.
Quote KIM.K 8-1-2020 06:02 PM
HannahMontana replied at 8-1-2020 05:54 PM
Aku rasa ko xcantik.

Aku xmahu komen tentang body ko.

Pensil kecik eh
Quote HannahMontana 8-1-2020 06:49 PM

ko nak yang besar ke,ko nakk?
Quote Madel 8-1-2020 10:30 PM
minahmanja replied at 8-1-2020 08:27 AM
serius ahh.. patut la sendu je giant tu..

Dulu pun ada cina terjun bunuh diri kat parking atas tu
Sejak tu jarang netizen parking situ, escalator tngkat 2 pun mana ada berfungsi..
Giant besarkan n buat parking berbumbung kat area pasar tani sana.
Iols kalau gini sana mmg tak le nak parking tingkat 2 tu..cam skeri gitu
Quote DayangKirana 9-1-2020 10:08 AM
Ekceli, kalau gugel cara2 nak bunuh diri yang tidak menyakitkan, this is actually one of the method..
bukan sebab pengaruh drama korea ke hape..

but to me, kalau dah mati tu, mana ade mati yang tak menyakitkan..but who i am to tell kan..
Quote Forfoxache 9-1-2020 10:16 AM
Maybe mangsa jinjang kalah judi atau putus kasih? Kalau season world cup + kalah judi.

Most of the time jinjang jer yg take easy way out at this age. Jinjang tak bertuhan sembah patung percaya reinkarnasi tapi suh beri explanation, 10% pun tak tau nak explain reinkarnasi. WALOB
Quote justchu 9-1-2020 10:56 AM
MsKoreanfanatic replied at 8-1-2020 04:42 PM
iols sakit hati tau tgk drama ni.. bangang sgt si Yook Dong-sik  dgn mimik2 muka heols tu (padah ...

iya..rasa nak masuk dlm tv tu hempok2 dia sikit bagi betul sikit

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.039473 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top